Pergi ke kandungan

Ronin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rōnin (浪人 "orang ombak" - seseorang yang terumbang-ambing, seperti ombak di laut) adalah samurai yang tidak bertuan semasa zaman feudal di Jepun dari tahun 1185 hingga 1868. Samurai kehilangan tuan akibat kejatuhan tuan mereka, atau selepas kehilangan sokongan tuan mereka. Perkataan ronin berasal dari zaman Nara dan zaman Heian, apabila ia asalnya merujuk kepada petani yang lari dari tanah tuan mereka.

Juga digunakan sebagai panggilan untuk orang yang gagal ujian kemasukan universiti dan terpaksa menunggu sehingga tahun seterusnya untuk mengulang semula ujian berkenaan.

[sunting | sunting sumber]

Terdapat cerita Ronin yang dijayakan oleh pelakon terkenal.

Antara Ronin yang terkenal adalah mengenai kisah Empat puluh tujuh Ronin.