Reinkarnasi
Reinkarnasi atau kelahiran semula ialah suatu kepercayaan bahawa seseorang yang meninggal dunia akan dilahirkan kembali dalam bentuk kehidupan lain. Bentuk yang dilahirkan itu bukanlah wujud fizikal seperti keberadaan manusia saat kini, sebaliknya merupakan jiwa orang tersebut yang kemudian mengambil bentuk kehidupan tertentu berdasarkan akhlak dirinya semasa hidup.
Reinkarnasi memiliki dua aliran utama: pertama, mereka yang mempercayai bahawa manusia akan terus-menerus lahir kembali, dan kedua, mereka yang mempercayai bahawa manusia akan berhenti lahir semula pada suatu ketika apabila memiliki pekerti yang baik atau apabila mendapat kesedaran agung (nirvana) atau bersatu dengan Tuhan (moksa). Agama Hindu sebagai contoh, menuruti aliran yang kedua.
Reinkarnasi ialah pegangan utama agama-agama Dharma seperti Hinduisme, Buddhisme, Jainisme dan Sikhisme serta kumpulan pagan tertentu, walaupun terdapat kumpulan Hindu dan Buddha yang tidak percaya kepada konsep ini, dan sebaliknya percaya kepada akhirat;[1][2][3][4] dalam agama Hindu dan Buddha, falsafah reinkarnasi mengajar manusia agar sedar terhadap kebahagiaan yang sebenarnya, dan bertanggungjawab terhadap nasib yang sedang diterimanya. Selama manusia terikat pada kitaran reinkarnasi, maka hidupnya tidak luput dari duka.
Dalam pelbagai bentuk, ia berlaku sebagai kepercayaan esoterik dalam banyak aliran Yahudi dalam aspek yang berbeza, dalam beberapa kepercayaan peribumi Amerika,[5] serta peribumi Australia (walaupun kebanyakannya mempercayai akhirat atau alam roh).[6] Kepercayaan kelahiran semula atau metempsikosis dipegang oleh tokoh-tokoh sejarah Yunani seperti Pythagoras, Socrates dan Plato, serta dalam pelbagai agama moden.[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mark Juergensmeyer & Wade Clark Roof 2011, m/s. 271–272.
- ^ Stephen J. Laumakis 2008, m/s. 90–99.
- ^ Rita M. Gross (1993). Buddhism After Patriarchy: A Feminist History, Analysis, and Reconstruction of Buddhism. State University of New York Press. m/s. 148. ISBN 978-1-4384-0513-1.
- ^ Flood, Gavin D. (1996), An Introduction to Hinduism, Cambridge University Press
- ^ Gananath Obeyesekere, Imagining Karma: Ethical Transformation in Amerindian, Buddhist, and Greek Rebirth. University of California Press, 2002, p. 15.
- ^ Crawley[petikan lengkap diperlukan]
- ^ see Charles Taliaferro, Paul Draper, Philip L. Quinn, A Companion to Philosophy of Religion. John Wiley and Sons, 2010, p. 640, Google Books Diarkibkan 2022-12-12 di Wayback Machine