Pergi ke kandungan

Raúl Albiol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raúl Albiol
Maklumat peribadi
Nama penuh Raúl Albiol Tortajada[1]
Tarikh lahir (1985-09-04) 4 September 1985 (umur 39)
Tempat lahir Vilamarxant, Sepanyol
Ketinggian 1.90 m (6 ka ​2 1316 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Napoli
Nombor 33
Kerjaya remaja
1994–1996 Ribarroja
1996–1997 Vilamarxant
1997–2003 Valencia
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2004 Valencia B 35 (2)
2004–2009 Valencia 131 (5)
2004–2005Getafe (pinjaman) 17 (1)
2009–2013 Real Madrid 81 (1)
2013– Napoli 46 (1)
Pasukan kebangsaan
2004 Sepanyol B19 7 (0)
2003–2005 Sepanyol B20 4 (0)
2005–2006 Sepanyol B21 7 (0)
2007– Sepanyol 50 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 00:00, 18 Disember 2014 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 00:00, 19 November 2014 (UTC)

Raúl Albiol Tortajada (Sebutan Sepanyol: [raˈul alˈβjol tortaˈxaða]; lahir 4 September 1985) merupakan pemain bola sepak Sepanyol yang kini bermain untuk S.S.C. Napoli dan pasukan kebangsaan Sepanyol. Beiau bermain di posisi pertahanan.

Kerjaya kelab

[sunting | sunting sumber]

Albiol mula berpindah ke Valencia CF sebelum meraikan ulang tahun hari lahirnya ke-10. Beliau membuat debut untuk Valencia pada 24 September 2003 dalam pusingan pertama Piala UEFA menentang AIK Fotboll ketika beliau berusia 18 tahun 20 hari.

Pada Ogos 2004, beliau dipinjam ke Getafe CF. Albiol kemudian terlibat dalam kemalangan kereta yang serius. Beliau kemudian pulih pada Januari 2005 dan membuat debut pada 15 Januari ketika seri 1-1 menentang Atlético Madrid.

Albiol kembali ke Valencia pada musim berikutnya. Pada perlawanan pembukaan musim 2006-07, beliau menajringka gol kemenangan menentang Real Betis, 2-1.[2] Beliau juga menjaringkan gol dari jarak jauh ketika menentang Olympiakos pada 12 September 2006 pada perlawanan Liga Juara-Juara, di mana Valencia menang 4-2.

Real Madrid

[sunting | sunting sumber]
Albiol bermain untuk Real Madrid pada 2009.

Pada 25 Jun 2009, Albiol berpindah ke Real Madrid dengan bayaran 15 juta.[3] Beliau menjadi pemain Sepanyol pertama yang ditandatangani oleh Florentino Pérez. Pada 2 Julai, beliau ke Santiago Bernabéu dan menerima jersi 18 yang dipakai oleh Rubén de la Red, seorang pemain yang tidak dapat beraksi pada 2009-10 akibat masalah jantung.[4] Albiol menjaringkan gol pertamanya untuk Real Madrid pada 8 Disember, ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang Olympique de Marseille, Real menang 3-1.

Pada 2010-11, Albiol kebanyakannya duduk di bangku simpanan apabila Real Madrid membeli pemain baru yang bermain di posisi yang sama dengan Raul iaitu Ricardo Carvalho. Beliau juga bermain untuk menggantikan Pepe yang mengalami masalah lutut. Pada 26 Januari 2011, pada perlawanan separuh akhir pertama Copa del Rey menentang Sevilla, beliau berjaya menghalang tendangan Luís Fabiano sebelum bola itu sampai ke garisan gol.[5] Pada 16 April, beliau dibuang padang selepas mengasari David Villa di dalam kotak penalti ketika perlawanan El Clásico dan keputusan perlawanan seri 1-1.[6] Sejurus selepas perlawanan itu, beliau digantung pada perlawanan akhir Copa del Rey.

Pada 6 Ogos 2012, Albiol memperbaharui kontraknya bersama Real Madrid sehingga Jun 2017.[7] Pada 27 November, pada perlawanan pertamanya sebagai kapten pasukan menentang CD Alcoyano pada saingan Piala Sepanyol, beliau terpaksa dikeluarkan selepas seminit perlawanan apabila beliau mengalami kecederaan buku lali.

Pada 21 Julai 2013, Albiol dijual ke Napoli dengan bayaran sebanyak €12 juta. Beliau kemudian menandatangani kontrak empat tahun. Beliau membuat debut untuk Napoli pada 25 Ogos, menang 3-0 ke atas Bologna FC 1909.

Albiol menjaringkan gol pertamanya untuk Napoli pada 25 Januari 2014 pada minit ke-88 menentang Chievo, 1-1.[8] Pada 3 Mei, beliau bermain pada perlawanan akhir Coppa Italiana dan menjuarai kejohanan itu selepas membenam ACF Fiorentina, 3-1.[9]

Kerjaya antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Albiol membuat debut untuk pasukan kebangsaan Sepanyol pada 13 Oktober 2007, pada perlawanan kelayakan UEFA Euro 2008 menentang Denmark, Sepanyol menang 3-1. Pada UEFA Euro 2008, beliau bermain dua perlawanan iaitu menentang Sweden dan Greece.

Jurulatih baru skuad kebangsaan, Vicente del Bosque memasukkan Albiol dalam skuad Piala Konfederasi FIFA 2009 di Afrika Selatan. Beliau mula bermain untuk Sepanyol ketika membelasah New Zealand, 5-0.

Albiol juga termasuk dalam skuad Piala Dunia FIFA 2010 tetapi beliau tidak dapat bermain akibat cedera pada menjalani latihan.[10] Beliau juga termasuk dalam skuad Euro 2012 tetapi tidak dapat bermain pada sebarang perlawanan.

Albiol termasuk dalam senarai akhir skuad Piala Dunia 2014.[11] Beliau bermain untuk Sepanyol pada kejohanan dunia itu pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Australia. Walaupun menang ke atas Australia 3-0, Sepanyol tetap tersingkir daripada kejohanan itu selepas tewas dua kali berturut-turut kepada Belanda dan Chile.

Statistik kerjaya

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 18 Disember 2014
Kelab Musim Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Sepanyol Valencia B 2002–03 14 3 0 0 0 0 14 3
2003–04 35 2 0 0 0 0 35 2
Jumlah 35 2 0 0 0 0 49 5
Sepanyol Getafe 2004–05 17 1 2 0 0 0 19 1
Jumlah 17 1 2 0 0 0 19 1
Sepanyol Valencia 2005–06 29 1 0 0 0 0 29 1
2006–07 36 1 2 1 12 1 50 3
2007–08 32 1 3 0 7 0 42 1
2008–09 34 2 2 0 6 0 42 2
Jumlah 131 5 7 1 25 1 163 7
Sepanyol Real Madrid 2009–10 33 0 2 0 8 1 43 1
2010–11 20 0 6 0 6 0 32 0
2011–12 10 0 2 0 5 0 17 0
2012–13 18 1 5 0 3 0 26 1
Jumlah 81 1 15 0 22 1 118 2
Itali Napoli 2013–14 32 1 5 0 9 0 46 1
2014–15 14 0 0 0 5 0 19 0
Jumlah 46 1 5 0 14 0 65 1
Jumlah kerjaya 324 13 38 2 61 2 430 17

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]
Valencia
Real Madrid
Napoli

Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010: List of players" (PDF). FIFA. 4 June 2010. m/s. 29. Dicapai pada 13 September 2013.
  2. ^ "Valencia 2–1 Real Betis". ESPN Soccernet. 26 August 2006. Dicapai pada 12 November 2012.
  3. ^ Real Madrid sign Raul Albiol and step up Karim Benzema chase; The Daily Telegraph, 25 June 2009
  4. ^ "De la Red will get his number back when he returns – Real Madrid's Albiol". Goal.com. 3 July 2009. Dicapai pada 6 July 2009.
  5. ^ Benzema advantage; ESPN Soccernet, 26 January 2011.
  6. ^ Ronaldo earns draw in el clasico; ESPN Soccernet, 16 April 2011
  7. ^ Official announcement; Real Madrid's official website, 6 August 2012
  8. ^ "Napoli held at home". Sky Sports. 25 January 2014. Dicapai pada 7 September 2014.
  9. ^ "Fiorentina 1–3 Napoli: Partenopei come out on top in Coppa Italia final". Goal.com. 3 May 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-07. Dicapai pada 7 May 2014.
  10. ^ Breaking (ouch!) news: Raúl Albiol injured Diarkibkan 2010-11-24 di Wayback Machine; World Cup Blog, 26 June 2010
  11. ^ "World Cup 2014: Spain drop Alvaro Negredo and Jesus Navas". BBC Sport. 31 May 2014. Dicapai pada 31 May 2014.