Rafidah Aziz
Rafidah Aziz PMN; SPMT (Ter); DGSM (Mel); SPMP (Prk); PNBS (Swk); DPMS (Sel); AMN | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kuala Kangsar, Perak | |
Dalam jawatan 14 Jun 1982 – 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Yong Fatimah Mohd Razali |
Digantikan oleh | Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Selayang, Selangor | |
Dalam jawatan 1978–1982 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Rahmah Othman |
Ketua Pergerakan Wanita UMNO | |
Dalam jawatan 1999 – 26 Mac 2009 | |
Didahului oleh | Datin Paduka Siti Zaharah Sulaiman |
Digantikan oleh | Shahrizat Abdul Jalil |
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri | |
Dalam jawatan 20 Mei 1987 – 18 Mac 2008 | |
Didahului oleh | Tengku Razaleigh Hamzah |
Digantikan oleh | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Selama, Perak, Tanah Melayu British (kini Malaysia) | 4 November 1943
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Mohamed Basir Ahmad |
Anak | Alfian Rohaiza Rohaila |
Pekerjaan | Ahli politik, Bekas Menteri |
Tan Sri Dato' Seri Rafidah binti Aziz (lahir 4 November 1943) ialah bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak 20 Mei 1987 hingga 19 Mac 2008 (paling lama berkhidmat sebagai menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia) selepas digugurkan dalam Jemaah kabinet Abdullah Ahmad Badawi 2008, walaupun menang besar di Kuala Kangsar. Penggantinya ialah bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Naib Presiden UMNO. Beliau juga ialah bekas Ketua Wanita UMNO dan kemudian digantikan oleh Shahrizat Abdul Jalil.
Pendidikan
Dilahirkan di Selama, Perak, Rafidah Aziz mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Melayu di Kampung Baru (1948-1950), Sekolah Rendah Convent di Bukit Nanas, Kuala Lumpur (1953-1955), dan Sekolah Menengah Convent di Johor Bahru (1959-1960). Selepas menamatkan pengajian di Victoria Institution Kuala Lumpur pada tahun 1962, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1966.[1]
Kerjaya
Rafidah Aziz memulakan kerjayanya sebagai Tutor di Universiti Malaya sambil meneruskan pengajian dalam bidang Sarjana Ekonomi antara 1966 dan 1970. Selepas menamatkan pengajian, beliau telah dilantik sebagai Penolong Pensyarah sehingga tahun 1973 sebelum dilantik sebagai Pensyarah sehingga tahun 1976. Dalam tempoh berkenaan, beliau memegang beberapa jawatan yang penting di Universiti Malaya seperti Pengerusi Bahagian Pembangunan Desa Fakulti Ekonomi serta Ahli Senat.
Rafidah memegang beberapa jawatan politik yang penting iaitu Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia. Di samping itu, beliau juga adalah Pengerusi Wanita Barisan Nasional.
Politik
Dalam Pergerakan Wanita UMNO, Rafidah Aziz kini adalah Ketua Wanita UMNO (1984-1996) dan 1999 sehingga sekarang) di peringkat kebangsaan dan negeri Perak. Peranan yang beliau memainkan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak tahun 1987 telah menjadikan ekonomi Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur-pelabur asing di samping meningkatkan ekonomi negara menerusi aktiviti perdagangan luar. Kebolehan dan pencapaian beliau banyak dibantu melalui pengalamannya semasa memegang jawatan-jawatan penting seperti Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Awam (1976), Timbalan Menteri Kewangan (1977-1980) dan Menteri Perusahaan Awam (1980-1987). Rafidah Aziz juga pernah dilantik menjadi Senator Dewan Negara (1974).[2][3]
Rafidah Aziz juga menjadi tulang belakang dalam membangunkan dasar dan hala tuju beberapa agensi kerajaan persekutuan. Antara agensi-agensi dan organisasi-organisasi berkenaan ialah MARA (1973-1976), RISDA (1973-1976), Majlis Pelindung dan Penasihat Pengguna (1973-1976), Lembaga Perancang Keluarga (1973-1976), Majlis Penasihat dan Perunding Belia Kebangsaan serta Pengerusi Lembaga Kolej Tunku Kurshiah.[4]
Rafidah Aziz pertama kali dipilih sebagai Wakil rakyat setelah memenangi kawasan Parlimen Selayang pada Pilihan Raya Umum 1978. Selepas itu, beliau telah berpindah ke kawasan Parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1982.[5]
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Rafidah Aziz bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Kuala Kangsar , negeri Perak. Rafidah Aziz telah menang dengan mendapat undi sebanyak 10735. Calon lawan ialah Dr Khairuddin Dato' Abdul Malik dari PAS mendapat 9,277 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 73%. Undi rosak sebanyak 373.[6]
Aktiviti kemasyarakatan
Rafidah Aziz pernah merupakan Penasihat untuk Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), serta dipilih menjadi penaung bagi berbagai organisasi seperti PENIAGAWATI, NAWEM, IABC, USAHANITA, AOTS serta Gabungan Kontraktor Wanita Malaysia.
Hobi
Masa lapang Rafidah Aziz sering diisi dengan aktiviti membaca, menghias rumah, melakukan aktiviti kerja tangan, mendengar muzik ataupun bermain golf dan skuasy.
Jawatan
Keputusan pilihan raya
Tahun | Barisan Nasional | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1986 | Rafidah Aziz (UMNO) | 16,196 | 69% | Ab Aziz Ishak (PAS) | 6,598 | 28% | ||
1990 | Rafidah Aziz (UMNO) | 16,548 | 64% | Jamaluddin Mohd Din (S46) | 8,554 | 33% | ||
1995 | Rafidah Aziz (UMNO) | 15,393 | 73% | Abdul Kahlid Mohd Nasir (S46) | 4,744 | 23% | ||
1999 | Rafidah Aziz (UMNO) | 12,074 | 55% | Asmuni Awi (PAS) | 9,300 | 42% | ||
2004 | Rafidah Aziz (UMNO) | 12,938 | 64% | Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) | 6,747 | 33% | ||
2008 | Rafidah Aziz (UMNO) | 10,735 | 52% | Khairuddin Abd Malik (PAS) | 9,277 | 45% |
Garis masa sebagai Ahli Parlimen
Garis masa sebagai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun
Rujukan
- ^ "Transcript of Tun Mahathir's press conference". The Star. 24 October 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-10. Dicapai pada 2021-09-03.
- ^ "M'sia's Rafidah expresses hurt over cabinet departure". www.asiaone.com. Dicapai pada 8 July 2017.
- ^ "The Star: Wanita Umno chief not one to sulk". Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2012. Dicapai pada 8 Julai 2017. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Rafidah Aziz: Executive Profile & Biography - Bloomberg". www.bloomberg.com. Dicapai pada 8 July 2017.
- ^ "Malaysia election: Umno sacks two ex-ministers for backing opposition". New Strait Times. Dicapai pada 7 May 2018.
- ^ "Rafidah Aziz to be AirAsia X's chairman". Dicapai pada 7 May 2018.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 14 June 2010. Percentage figures based on total turnout.
Pautan luar
- Laman menggunakan sambungan EasyTimeline
- Kelahiran 1943
- Orang hidup
- Muslim Malaysia
- Orang dari Perak
- Ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu
- Bekas anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Alumni Universiti Malaya
- Menteri kerajaan wanita Malaysia
- Ahli wanita Dewan Rakyat Malaysia
- Senator wanita Malaysia
- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-5
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-6
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-7
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-8
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-9
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Penerima Panglima Mangku Negara
- Menteri Perusahaan Awam Malaysia
- Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Timbalan menteri kerajaan wanita Malaysia