Profesionalisme
Profesionalisme (profésionalisme) ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional.[1] Profesionalisme berasal daripada profesion yang bermakna berhubungan dengan profesion dan memerlukan kepandaian khusus untuk menjalankannya, (KBBI, 1994). Jadi, profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang profesional.
(Longman, 1987).[2]
Istilah
[sunting | sunting sumber]Seorang profesional adalah anggota seseorang profesional atau setiap orang yang mencari nafkah dari aktiviti profesional tertentu. Istilah ini juga menjelaskan standard pendidikan dan latihan yang mempersiapkan anggota profesi dengan pengetahuan dan keterampilan khusus yang diperlukan untuk menjalankan peranan khusus mereka dalam profesi itu. Selain itu, sebahagian besar profesional tunduk pada kode etik yang ketat, yang menjunjung kewajiban etika dan moral yang ketat.[3]
Standar profesional praktik dan etika untuk bidang tertentu khas disepakati dan dipertahankan melalui asosiasi profesional yang diakui secara luas, seperti IEEE.[4] Beberapa definisi "profesional" membatasi istilah ini untuk profesi yang melayani beberapa aspek penting dari kepentingan masyarakat[5] dan baik masyarakat umum.[6][7]
Huraian
[sunting | sunting sumber]Istilah "Profesional" diadaptasikan dari istilah Inggeris iaitu yang bermaksud pekerjaan atau kerjaya.
- yg berkaitan dgn (bergiat dlm) bidang profesion (spt undang-undang, perubatan, dll)Contoh: golongan profesional; ahli profesional.
- berasaskan (memerlukan dsb) kemampuan atau kemahiran yg khusus utk melaksanakannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu. Contoh: setiap pengurus atau eksekutif dlm satu-satu firma harus tahu mengurus secara profesional.
- melibatkan pembayaran dilakukan sbg mata pencarian, mendapat bayaran. Contoh: mereka perlu mendapat bimbingan seorang jurulatih tenis profesional.
- orang yg mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan kemahiran) sesuatu bidang profesion; memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional. Contoh: persatuan bola sepak negeri itu tidak ketinggalan utk profesional pengurusan skuad negeri dgn melantik jurulatih asing; pihak pengurusan tertinggi jabatan memang serius dlm soal profesional jabatan dan anggotanya; keprofesionalan kemampuan yg khusus (sbg seorang profesional), keupayaan seorang profesional. Contoh: usaha utk menumpukan perhatian pd aspek meningkatkan profesional guru bahasa dan sastera Melayu.
Ciri-ciri profesionalisme
[sunting | sunting sumber]Seseorang yang memiliki jiwa profesionalisme sentiasa mendorong dirinya untuk mewujudkan kerja-kerja yang profesional. Kualiti profesionalisme didokong oleh ciri-ciri sebagai berikut:[8]
1. Keinginan untuk selalu menampilkan perilaku yang mendekati piawai ideal.
Seseorang yang memiliki profesionalisme tinggi akan selalu berusaha mewujudkan dirinya sesuai dengan piawai yang telah ditetapkan. Ia akan mengidentifikasi dirinya kepada sesorang yang dipandang memiliki piawaian tersebut. Yang dimaksud dengan “piawai ideal” ialah suatu perangkat perilaku yang dipandang paling sempurna dan dijadikan sebagai rujukan.
2. Meningkatkan dan memelihara imej profesion
Profesionalisme yang tinggi ditunjukkan oleh besarnya keinginan untuk selalu meningkatkan dan memelihara imej profesion melalui perwujudan perilaku profesional. Perwujudannya dilakukan melalui berbagai-bagai cara misalnya penampilan, cara percakapan, penggunaan bahasa, sikap tubuh badan, sikap hidup harian, hubungan dengan individu lainnya.
3. Keinginan untuk sentiasa mengejar kesempatan pengembangan profesional yang dapat meningkatkan dan meperbaiki kualiti pengetahuan dan keterampiannya.
4. Mengejar kualiti dan cita-cita dalam profesion
Profesionalisme ditandai dengan kualiti darjat rasa bangga akan profesion yang dipegangnya. Dalam hal ini diharapkan agar seseorang itu memiliki rasa bangga dan percaya diri akan profesionnya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kamus Dewan Edisi Ketiga, ms 1057
- ^ http://www.pdii.lipi.go.id/profesionalisme-karyawan-pdii-lipi.html Profesionalisme Karyawan PDII - LIPI
- ^ Postema, Gerald J. (1980). "Moral responsibility in professional ethics". N.Y.U. L. Rev. 55. Dicapai pada March 26, 2016.
- ^ "IEEE.org Index Page". IEEE.ORG. IEEE.ORG. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-15. Dicapai pada March 26, 2016.
- ^ Harvey, L.; Mason, S.; Ward, R. (1995). Role of Professional Bodies in Higher Education Quality Monitoring. Birmingham: Quality in Higher Education Project. ISBN 1-85920-108-3.
- ^ Sullivan, William M. (2nd ed. 2005). Work and Integrity: The Crisis and Promise of Professionalism in America. Jossey Bass.
- ^ Gardner, Howard and Shulman, Lee S., The Professions in America Today: Crucial but Fragile. Daedalus, Summer 2005. (pgs. 13–14)
- ^ "Guru Profesional: Untuk Pendidikan Bermutu".
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Profesionalisme. |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Profesionalisme |