Pergi ke kandungan

Pokémon Red dan Green

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Pokémon Red, Green, dan Blue)
Pokémon Red dan Green

PembangunGame Freak
PenerbitNintendo
PengarahSatoshi Tajiri Sunting ini di Wikidata
PengeluarShigeru Miyamoto Sunting ini di Wikidata
PerekaSatoshi Tajiri (Pengarah)
Ken Sugimori (Artis)
Pengatur caraJunichi Masuda Sunting ini di Wikidata
KomposerJunichi Masuda Sunting ini di Wikidata
SiriPokémon Sunting ini di Wikidata
PlatformGame Boy, Game Boy Advance (untuk Pokémon FireRed dan LeafGreen)
Pelepasan (Versi Aka dan Midori)
(Versi Ao)


GenreRPG Konsol
ModSeorang pemain, Ramai pemain

Pokémon Red dan Pokémon Green merupakan permainan siri RPG Pokémon yang pertama, diedarkan kali pertama untuk Game Boy di Jepun pada tahun 1996, kemudian diedar ke serata dunia pada tahun 1998 (Amerika Utara) dan 1999 (Eropah dan Australia). Terletak di dunia fantasi Kanto, cerita permainan ini mengikuti perkembangan watak utama dalam usahanya untuk menjadi master dalam perlawanan Pokémon.

Pocket Monsters Aka dan Midori telah direka semula untuk Game Boy Advance kepada Pokémon FireRed dan LeafGreen.

Di permulaan permainan, para pemain boleh memilih Bulbasaur, Charmander atau Squirtle sebagai Pokémon permulaan daripada Professor Oak. Mereka tidak boleh menangkap mana-mana permulaan atau evolusi-evolusi mereka di dunia liar atau menukar di dalam permainan; jadi, untuk menghabiskan Pokédex dengan semua 150 Pokémon, pemain perlulah memaut permainan-permainan dan menukar dengan pemain lain di dunia sebenar. Tujuan asas permainan ini ialah untuk menjadi pelatih terbaik di seluruh Kanto; ini dengan membesarkan Pokémon, mengalahkan kelapan-lapan Ketua Gym untuk Lencana Gym, dan mengalahkan Elite Four dan Jaguh, musuh pemain. Juga, di sepanjang permainan, Pemain perlu melawan Team Rocket, sebuah organisasi penjahat yang menggunakan Pokémon untuk kejahatan, dan akan berdepan dengan ketua mereka, Giovanni.

Penerimaan

[sunting | sunting sumber]
Pandangan
Penerbitan Markah
IGN
10 daripada 10[1]
GameSpot
8.8 daripada 10[2]
EGM
8.5 daripada 10
Nintendo Power
7.2 daripada 10
Kompilasi pelbagai pandangan
Game Rankings
88 daripada 100 (berdasarkan 14 pandangan)[3]

Permainan ini menjadi franchise blokbuster. Pokémon Red, Blue, dan Green telah dijual dalam anggaran 20.08 juta dicampur dengan di Jepun dan Amerika Syarikat.[4][5]

  1. ^ "IGN review". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-22. Dicapai pada 2007-12-11.
  2. ^ GameSpot review
  3. ^ Pokémon Blue at Game Rankings
  4. ^ "Japan Platinum Game Chart". The Magic Box. Dicapai pada 2007-12-08.
  5. ^ "US Platinum Videogame Chart". The Magic Box. Dicapai pada 2007-12-08.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]