Pittsburgh Pirates
Pittsburgh Pirates | |||||
---|---|---|---|---|---|
Musim 2024 Pittsburgh Pirates | |||||
Ditubuhkan pada 1882 | |||||
| |||||
Gabungan liga utama | |||||
| |||||
Seragam terkini | |||||
Nombor tidak digunakan | |||||
Warna | |||||
Nama | |||||
| |||||
Gelaran lain | |||||
| |||||
Ballpark | |||||
| |||||
Kejuaraan Liga Utama | |||||
Kejuaraan Siri Dunia (5) | |||||
NL Pennant (9) | |||||
NL Central Kejuaraan Divisyen (0) | Tiada | ||||
Gelaran NL East Division (9) | |||||
Kemunculan Wild card (3) | |||||
Pejabat pengurusan | |||||
Pemilik | Bob Nutting[4] | ||||
Pengurus | Derek Shelton | ||||
Pengurus Besar | Ben Cherington |
Pittsburgh Pirates merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Pittsburgh. Pasukan ini bertanding di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota National League (NL) Central. Pittsburgh telah ditubuhkan pada tahun 1881 dengan nama Pittsburgh Alleghenys dan beraksi di American Association. Pittsburgh kemudiannya menyertai National League pada tahun 1887 dan menjadi anggota National League East dari tahun 1969 sehingga 1993. Pirates telah memenangi lima kejuaraan Siri Dunia, sembilan pennant National League, sembilan gelaran divisyen National League East dan melakukan tiga kemunculan di Wild Card.
Pasukan Pirates sering dirujuk sebagai "Bucs" atau "Buccos" (diambil daripada buccaneer, sinonim bagi lanun atau pirate dalam bahasa Inggeris). Sejak tahun 2001, pasukan ini telah beraksi di PNC Park, yang memiliki kapasiti sebanyak 39,000 tempat duduk. Pirates sebelum ini beraksi Forbes Field dari tahun 1909 sehingga 1970 sebelum menggunakan Three Rivers Stadium sebagai gelanggang pasukan dari 1970 sehingga 2000. Sejak tahun 1948, warna Pirates ialah hitam, emas dan putih sekali gus membolehkannya sepadan dengan pasukan sukan profesional lain di Pittsburgh iaitu Steelers dan Penguins (dan pasukan minor league, Pittsburgh Riverhounds SC). Warna-warna tersebut diambil daripada bendera Pittsburgh dan Pittsburgh merupakan satu-satunya bandar Amerika Utara yang memperlihatkan kesemua pasukan sukan berkongsi warna seragam sama.
Dari tahun 1882 sehingga 2021, rekod menang-kalah Pirates secara keseluruhannya ialah 10,625–10,547.[5]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pasukan Pirates pada awalnya diasaskan sebagai Pittsburgh Alleghenys pada tahun 1882 dan mereka beraksi di American Association. Pasukan ini kemudiannya berpindah ke National League pada tahun 1887. Pihak liga telah menuduh pasukan Alleghenys atas penggunaan taktik "lanun" untuk merampas pemain daripada pasukan lawan dan pasukan ini mula menggunakan pendekatan berkenaan dengan mengguna pakai nama Pirates mulai tahun 1891.
Pemain shortstop dan anak jati Pittsburgh, Honus Wagner merupakan bintang handalan awal pasukan apabila beliau beraksi bersama Pirates dari tahun 1900 sehingga 1917. Beliau telah membawa Pirates meraih tiga kemenangan pennant NL berturut-turut menjelang abad ke-20 dan membolehkan pasukannya beraksi di Siri Dunia pertama pada 1903 apabila pasukannya tewas kepada Boston Red Sox. Wagner juga meraih beberapa pencapaian individu seperti tergolong dalam kelompok pemain pertama yang disenaraikan ke dalam Dewan Kemahsyuran Besbol.
Pirates telah menjulang gelaran Siri Dunia pertamanya pada tahun 1909 tetapi pasukannya ini bergelut pada era 1910-an. Pirates kembali ke kejuaraan Siri Dunia pada tahun 1925 dengan mengecewakan Washington Senators. Mereka mara ke Siri Dunia sekali lagi pada tahun 1927 tetapi tertewas kepada skuad New York Yankees yang dibarisi pemain legenda Babe Ruth dan Lou Gehrig.
Tahun-tahun kekeccewaan menyusul tetapi Pirates yang kemudiannya dipimpin oleh bakal penerima Dewan Kemahsyuran, Roberto Clemente membantu Pirates memenangi Siri Dunia 1960 dengan aksi dramatik. Bukan itu sahaja, aksi home run Bill Mazeroski di inning kesembilan perlawanan ketujuh dengan penuh dramatik telah mengesahkan kemenangan pasukan. Pada era 1970-an, Pirates meninggalkan Forbes Field yang telah menjadi gelanggang utama pasukan selama lebih daripada 60 tahun. Pasukan ini berpindah ke stadium baru, Three Rivers Stadium. Zaman baru bermula apabila Willie Stargell dan Dave Parker yang mempunyai kelebihan memukul membant upasukan menjuarai NL Eastern Division sebanyak enam kali dan merangkul kejuaraan Siri Dunia pada tahun 1971 dan 1979. Pada pertengahan 1980-an, Pirates telah membawa masuk Barry Bonds dan Bobby Bonilla. Pasukan ini menamatkan kempen NL Eastern Division di tempat teratas selama tiga musim berturut-turut (1990-1992) tetapi mereka gagal untuk mara ke Siri Dunia dalam tahun-tahun tersebut.
Bonds telah menyertai pasukan San Francisco Giants sebagai ejen bebas setelah musim 1992. Pirates kemudiannya menjadi salah satu pasukan paling teruk di besbol. Pada tahun 2001, mereka mula beraksi di gelanggang baru, PNC Park. Pada tahun 2009, Pirates merekodkan rekod musim kekalahan buat ke-17 kali berturut-turut sekali gus menghasilkan rekod baru buat pasukan sukan profesional dalam empat sukan utama Amerika Utara. Rekod terus itu dilanjutkan kepada 20 musim berturut-turut sehingga ia berakhir juga pada tahun 2013 apabila Pirates yang dibantu oleh Pemain Terbaik NL, Andrew McCutchen meraih 94 kemenangan dan memperoleh kelayakan di postseason. Pasukan ini memenangi playoff Wild Card tetapi tersingkir di NL Division Series. Pittsburgh kembali ke postseason pada tahun berikutnya tetapi kemudiannya disingkirkan di aksi Wild Card. Pada tahun 2015, pasukan ini meraih 98 kemenangan dan ia menjadi musim terbaik Pirates semenjak era Bonds. Namun begitu, pada musim tersebut, Pirates terpaksa beraksi di persaingan Wild Card kerana mereka berkongsi divisyen dengan St. Louis Cardinals yang meraih 100 kemenangan dan keputusannya, pasukan ini tersingkir di playoff. Kemunculan pasukan ini di postseason selama tiga musim berturut-turut akhirnya berakhir pada tahun 2016 apabila ia mula kembali menghasilkan rekod musim kekalahan. Pirates terus bergelut pada tahun-tahun berikutnya dan pada tahun 2021, mereka mencatatkan 101 kekalahan.
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Pirates Uniforms and Logos". Pirates.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada June 22, 2019.
1948: The team replaced the traditional blue and red with the present day black and gold.
- ^ Berry, Adam (January 8, 2021). "Why Pittsburgh's teams wear black and gold". Pirates.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada January 11, 2021.
- ^ Castrovince, Anthony (May 17, 2019). "Players poll: Who has MLB's best uniforms?". MLB.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada June 22, 2019.
The Steel City’s steadiness in team tints is something to be celebrated. Be it on the ice at PPG Paints Arena, on the gridiron at Heinz Field or within the picture-perfect confines of PNC Park, Pittsburgh is bathed in black and gold. And because even the most garish styles tend to go and come around again, the bumblebee yellow jerseys, striped black pants and pillbox-style hats of the 1970s made a recent return as the go-to Sunday throwbacks.
- ^ "Front Office Directory". Pirates.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada April 16, 2023.
- ^ "Pittsburgh Pirates Team History & Encyclopedia". Baseball-Reference.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-11.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pittsburgh Pirates |