Pitas
Pitas | |
---|---|
Transkripsi lain | |
• Jawi | ڤيتس |
Etimologi: Nopitas | |
Koordinat: 6°43′N 117°4′E / 6.717°N 117.067°EKoordinat: 6°43′N 117°4′E / 6.717°N 117.067°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Bahagian Kudat |
Daerah | Pitas |
Pentadbiran | |
• Badan | Majlis Daerah Pitas |
• Pegawai Daerah Pitas | Tuan Haji Bakri Haji Nanun |
• DUN | Yang Berhormat Datuk Bolkiah Ismail (WARISAN) (Pitas) |
Keluasan | |
• Jumlah | 1,419.3 km2 (548.01 batu persegi) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 895 |
Populasi di sekitar Pitas sahaja tidak termasuk secara keseluruhan daerah Pitas. | |
Zon waktu | MST |
Poskod | 89100 |
Kod kawasan | 088 |
Tamu Mingguan | Sabtu |
Nombor plat | SK |
Laman sesawang | www |
Pitas merupakan sebuah pekan yang terletak di Daerah Pitas, Bahagian Kudat Sabah, Malaysia. Pitas merupakan pusat pentadbiran Daerah Pitas. Pitas terletak kira-kira 195 kilometer dari Kota Kinabalu dan 132 kilometer dari Kudat.[1][1] Pitas juga terletak dibahagian utara pulau Borneo. Komposisi etnik utama di Pitas adalah etnik dari suku kaum Rungus, Orang Sungai (termasuk sub-suku Tambanuo) dan suku Bajau.
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Asal-usul Pitas
[sunting | sunting sumber]Pitas pada asalnya dipanggil sebagai Tupak yang bermakna "seberang".[2] Perkataan "Tupak" merujuk kepada tempat tinggal Momogun Tombonuvo dan Momogun Rungus pada zaman dahulu.[2] Setelah berlakunya persengketaan sesama Momogun di Teluk Bandau sebilangan penduduk Bandau meninggalkan kawasan Bandau kerana serangan Sindaat Mogkorudu yang di lancarkan oleh Aki Palzavan dan Aki Sook.[2] Pitas merujuk kepada kawasan atau petempatan di mana Sindaat Mogkorudu tidak lagi berkuasa di sebelah Sungai Bengkoka.[2] Sejak hari itu, kawasan tersebut yang dikenali sebagai Tupak turut dipanggil sebagai Pitas setelah menyeberangi kawasan tersebut. Orang-orang Teluk Bandau juga tidak lagi menjadi mangsa serangan Ilmu Hitam Sindaat Mogkorudu.[2]
Sebutan Pitas berasal dari perkataan "NOPITAS" atau "MINITAS" yang merujuk kepada definisi "selepas melalui kawasan itu maka orang-orang Bandau terlepas dari kuasa Sindaat Mogkorudu".[1] Pitas ini juga merujuk kepada sebutan penduduk Momogun setempat mengenai Sungai Bengkoka yang sering di mengalami banjir besar.[1] Banjir besar yang melanda Sungai Bengkoka menyebabkan sungai tersebut terputus dan ia disebut "nopitas" dalam bahasa Momogun.[1] Melalui dua legenda ini sehingga hari ini daerah itu disebut sebagai Pitas dimana pada zaman dahulu dipanggil sebagai Tupak iaitu tempat orang Momogun (Rungus dan Tombonuvo) sering menyeberang.[2]
Pada hari ini Tupak tetap digunakan oleh sebilangan masyarakat Momogun Rungus sebagai kelembutan bahasa atau mengelakkan dari mengingatkan lagi kisah hitam yang pernah berlaku sesama Momogun pada zaman lampau.[2] Ini kerana pada zaman dahulu ramai yang mengelak untuk mengatakan Pitas untuk tidak menyinggungkan lagi persengketaan dahulu.[2] Namun sebutan Pitas ini kembali di gunakan pada zaman ketua lanun Syarif Osman dan zaman penjajahan untuk menghidupkan lagi sempadan-sempadan yang pernah dibuat oleh Aki Palzavan dan Aki Sook melalui ritual tertentu bagi tujuan upacara-upacara keagamaan Labus pada zaman itu.[2]
Cerita Rakyat
[sunting | sunting sumber]Kisah Lagenda Supirak
[sunting | sunting sumber]Pulau yang terletak di Pitas yang dinamakan Pulau Supirak merupakan tarikan pelancong di kawasan tersebut kerana rupabentuknya seperti sebuah kapal laut. Al-shibul hikayat diceritakan suatu waktu dahulu di sebuah perkampungan yang dinamakan kampung Kougun tinggal sepasang suami isteri. Oleh kerana perkampungan mereka terletak di tepi laut maka sudah menjadi lumrah dahulukala mata pencarian utama mereka adalah sebagai nelayan. Pada suatu hari, si suami yang keluar ke laut telah hilang. Si isteri yang bernama Supirak pula yang sedang berbadan dua tetap sabar menunggu suami di tepian pantai setiap hari. Hari berganti Bulan dan seterusnya genaplah sembilan bulan kandungan Supirak dan apalah nasibnya terpaksa mengharungi penghidupan tanpa suami.
Menempuhi penghidupan ala kadar, Supirak membesarkan cahayamatanya yang dinamakan Ragam sendirian dan ternyata kegigihan serta berkat tunjuk ajar dari ibu yang baik menjadikan Ragam tampil sebagai pemuda yang kuat bekerja dan sentiasa mendahulukan ibunya di dalam serba serbi. Dari hanya pondok buruk tempat berteduh dari panas mentari dan hujan, Ragam mampu membina dengan tulang empat keratnya sebuah rumah yang sederhana di kawasan yang dinamakan Torong Puteh.
Dek kerana fobia dengan dunia lautan kerana suaminya hilang begitu sahaja ditelan air laut membuatkan Supirak, si ibu tidak pernah membenarkan anak tungggalnya menjadi seorang nelayan. Akur dengan permintaan ibunya maka dikatakan Ragam hanya bekerja kampung sahaja seperti mencari kayu api, membina rumah dan sebagainya. Namun jauh disudut hati Ragam sebenarnya masih lagi diulit untuk menjelajah dunia lautan seperti ayahnya tetapi disimpan niat tersebut bagi menjaga hati ibunya, Supirak.
Pada suatu hari dikatakan ada sebuah bahtera yang cukup besar datang berlabuh di Torong Puteh. Kedatangan bahtera itu adalah untuk mengisi bekalan bagi pelayaran yang seterusnya. Ragam seperti selalunya yang bekerja kampung akan mengayuh perahunya menjual apa sahaja barangan yang mampu dijual kepada kapal-kapal yang singgah. Kagum dengan bahtera tersebut yang ada serba-serbi menyebabkan Ragam mempunyai niat untuk memohon pekerjaan sebagai anak kapal di bahtera tersebut.
Taktala pulang ke rumah pada hari itu setelah habis bekerja, Ragam duduk termenung di tangga rumahnya yang menghadap laut. Keadaan anak tunggalnya yang nampak sedih telah menyebabkan ibunya si Supirak mengetahui ada sesuatu yang tidak kena. Setelah disoal berulangkali akhirnya Ragam meluahkan isihatinya iaitu memohon keizinan daripada ibunya untuk beliau bekerja menjadi anak kapal. Walau pada mulanya Supirak membantah namun melihat kesungguhan Ragam akhirnya beliau mengalah dan membenarkan anak tunggalnya untuk bekerja jauh dan meninggalkan dirinya seorang diri di Torong Puteh.
Keesokan harinya, Ragam mendatangi bahtera besar tersebut dan kerana kepetahan beliau berbicara ditambahlagi susuk badannya yang sasa akhirnya beliau diterima bekerja sebagai anak kapal oleh nakhoda bahtera tersebut. Tiba waktunya Ragam hendak berangkat ke negara orang, ibunya si Supirak turut menghantar beliau dengan berperahu ke bahtera besar itu. Setelah naik bahtera itulah, dikatakan janji Ragam dengan ibunya bahawa beliau akan pulang jua suatu hari nanti membawa kekayaan untuk ibunya agar tidak lagi melalui kesusahan hidup. Ibunya si Supirak pula merelakan pemergian anak tunggalnya dengan linangan airmata dan sebagai bukti ikatan janji pada ibunya, Ragam telah memberikan sehelai rambutnya untuk disimpan oleh ibunya.
Hendak dijadikan cerita ketika di dalam pelayaran, Ragam merupakan kelasi yang cukup rajin dan berdedikasi sehingga menjadi orang harapan kepada nakhoda bahtera tersebut. Apabila nakhoda bahtera bersara akhirnya Ragam diangkat untuk mengambilalih tugasnya sebagai nakhoda dan sejak itulah nama Nakhoda Ragam begitu gah sekali.
Suatu hari bahtera Nakhoda Ragam singgah untuk berniaga di sebuah pulau yang bernama Pulau Intan. Disitulah Nakhoda Ragam bersua dengan seorang gadis yang elok rupa parasnya lantas jatuh cinta pertama. Gadis ini bernama Dayang Dundunai dan merupakan seorang puteri kepada pemerintahan Pulau Intan. Dek kerana hati sudah bersatu akhirnya Nakhoda Ragam memberanikan diri untuk bertandang ke istana Bahkiah bagi menemui sendiri ayahanda gadis tersebut. Atas sifat Nakhoda Ragam yang beradat itu membuatkan pinangan beliau langsung diterima oleh ayahanda Dayang Dundunai dan majlis perkahwinan mereka diadakan dengan gilang gemilang sekali.
Setelah lama di Pulau Intan akhirnya Nakhoda Ragam memohon keizinan daripada ayahanda mertuanya untuk membawa isterinya Puteri Dayang Dundunai belayar dan berjumpa dengan keluarganya di Torong Puteh. Bermulalah episod pelayaran pertama Nakhoda Ragam bersama isterinya membelah lautan menuju ke destinasi kampung halamannya. Taktala sebuah bahtera besar melabuhkan sauh di sebuah kawasan pantai yang terpencil sudah tentu akan menjadi bualan penduduk kampung dan perkhabaran seorang anak Torong Puteh sudah menjadi Nakhoda yang kaya raya akhirnya sampai ke telinga ibunya Supirak.
Dengan hati yang gembira dan bangga, si ibu Supirak tanpa membuang masa telah berdayung menuju ke Bahtera Nakhoda Ragam. Ketika sudah berada dekat di bahtera Nakhoda Ragam itulah Supirak memohon keizinan daripada anak kapal untuk beliau naik menemui anak lelaki kesayangannya. Namun sayangnya dek keran beliau kelihatan miskin dengan baju yang lusuh dan compang-camping menyebabkan beliau dilarang untuk berbuat demikian. Mendengar keriuhan itu menyebabkan Nakhoda Ragam meninjau apa yang berlaku dan dek kerana malu lebih-lebih lagi isterinya Puteri Dayang Dundunai ada disebelah beliau menyebabkan beliau sendiri turut memaki hamun dan menghina ibu kandungnya.
Kerana dimalukan dan dihalau, akhirnya Supirak kembali ke pondok buruknya dengan perasaan yang cukup kesal dan kecewa. Anak yang dikandungnya sembilan bulan sembilan hari dan dibesarkan umpama menatang minyak yang penuh malu mengaku dirinya sebagai ibu kandung dek kerana kemiskinan. Remuk hatinya, diperlakukan sedemikian rupa sehinggalah si Supirak yang kecewa mengeluarkan helaian rambut yang diberikan Nakhoda Ragam awal dahulu lantas menyumpah seluruh bahtera dan isinya menjadi sebuah batu.
Tatkala itulah juga diceritakan laut yang tenang menjadi bertukar bergelora, cuaca yang redup berubah menjadi gelap dan hujan lebat jatuh ke bumi. Pada ketika itulah, bahtera Nakhoda Ragam sudah terombang ambing dipukul gelora. Di dalam keadaan yang hingar bingar ituah Nakhoda Ragam sedar bahawa dirinya telah membuat dosa yang amat besar ke atas ibunya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya kerana hati ibunya sudah remuk berkecai atas kelakuannya yang biadap. Akhirnya bahtera besar Nakhoda Ragam bertukar menjadi batu yang dinamakan Pulau Supirak oleh masyarakat tempatan di Pitas, Sabah.[3] [4]
Demografi penduduk
[sunting | sunting sumber]Etnik
[sunting | sunting sumber]Jumlah penduduk di sekitar Pitas
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan sumber statistik tahun 2010, jumlah populasi penduduk di sekitar Pitas mempunyai penduduk seramai 895. Jumlah majoriti penduduk di kawasan pedalaman Pitas ialah bumiputera lain iaitu etnik Rungus dan etnik Orang Sungai (termasuk sub-suku Tambanuo).[5] [6]
Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Pitas pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;
Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[7] | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Melayu | Kadazan/Dusun | Bajau | Murut | Bumiputera Lain | Cina | India | Lain-lain | Bukan Warganegara Malaysia | Jumlah Keseluruhan |
2010 | 47 | 139 | 88 | 4 | 600 | 7 | - | 1 | 9 | 895 |
2020 (Akan Datang) |
|}
Jantina
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan jumlah penduduk daerah Pitas pada tahun 2010 dengan pecahan jantina seperti berikut; (Dikemaskini 2019)
Jantina[8] | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tahun | Lelaki | Perempuan | Jumlah | ||
2010 | 19,494 | 19,270 | 38,764 |
Kemudahan awam
[sunting | sunting sumber]1. Kemudahan Dewan Serbaguna:[9]
- Dewan Serbaguna Majlis Daerah Pitas
- Dewan Belia, KKBS, Pitas
- Mini Dewan Pejabat Daerah Pitas
- Dewan Serbaguna Kg. Feri, Pitas
2. Kemudahan kesihatan:[9]
- Hospital
- Klinik
3. Perkhidmatan kebajikan:[9]
- Rumah yatim piatu:[??]
4. Pejabat dan bangunan PDK (Pemulihan Dalam Komuniti):[9]
- Sekolah
5. Rumah Ibadat:[9]
- Surau
- Masjid
- Gereja
Kawasan tarikan pelancong
[sunting | sunting sumber]Pelancongan
[sunting | sunting sumber]- Pulau Batu Supirak
- Mata Air Tawar
- Batu Talam
- Batu Orag Berunsai
- Batu Dulang
- Batu Gerawang
- Dataran Bengkoka Pitas
- Floating Coral Bar
- Bukit Kinobuntung
Tempat penginapan
[sunting | sunting sumber]- Rest House Pekan Baru Pitas[10]
- Orkid Lodge Pekan Baru Pitas[10]
- Indah Chalet Dataran Bengkoka Pitas[10]
Budaya
[sunting | sunting sumber]Tamu
[sunting | sunting sumber]Tamu mingguan di pekan Pitas diadakan pada setiap pagi hari sabtu.[11] Di Tamu, hasil, makanan laut, minuman tradisional, kraf tangan dan barang-barang lain dari Pitas dan kampung sekitarnya dibeli dan dijual. Tamu Pekan Pitas sudah wujud seawal 80-an, difahamkan sempena perayaan 100 tahun Sabah maka beberapa gerai telah dibina di kampung Kalumpang.[12] Sambutan 100 tahun Sabah pada tahun 1981 peringkat daerah Pitas yang diadakan di gerai yang dibina di Kg Kalumpang merupakan antara pertemuan awal secara besar-besaran suku kaum di Pitas.[12] Sejak itu, gerai tersebut terus digunapakai sebagai "pekan" Pitas dan menjadi tapak tamu mingguan.[12]
Hiburan
[sunting | sunting sumber]- Rami Rami Poriamo – Perayaan Tahunan Tombonua[13]
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Pekan Pitas
-
Pejabat Daerah Pitas
-
Dataran Bengkoka
-
Masjid Daerah Pitas
-
Pasar Daerah Pitas
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e "Latar Belakang Daerah". www.sabah.gov.my/pitas. 1 Julai 2019. Dicapai pada 19 Februari 2020.
- ^ a b c d e f g h i "Lagenda Pitas Menurut Momogun Rungus". momogun.page.tl/Pitas.htm. 2008. Dicapai pada 19 Februari 2020.
- ^ Haslina, Bujang (11 Januari 2019). "Sumpahan Supirak, Asal Kapal Menjadi Batu". www.thepatriots.asia. Dicapai pada 19 Februari 2020.
- ^ "Supirak Island, an Island of Sorrow". www.mysabah.com. 22 Ogos 2017. Dicapai pada 19 Februari 2020.
- ^ "Impian Sabah: DAP teruskan misi bantu masyarakat pedalaman". ms-my.facebook.com/roketkini. 29 Mac 2015. Dicapai pada 23 Februari 2020.
- ^ "Etnik Rungus". www.studocu.com. 2015. Dicapai pada 23 Februari 2020.
- ^ "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). 27 Februari 2012.
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaDemografi
- ^ a b c d e "Kemudahan Awam". www.sabah.gov.my/pitas. 1 Julai 2019. Dicapai pada 23 Februari 2020.
- ^ a b c "Tempat Penginapan". www.sabah.gov.my/pitas. 1 Julai 2019. Dicapai pada 24 Februari 2020.
- ^ "Tamu Pitas". tamunupitas.blogspot.com. 26 September 2008. Dicapai pada 24 Februari 2020.
- ^ a b c Maklin, Masiau (24 September 2010). "Tamu Pitas". www.gerbangpitas.blogspot.com. Dicapai pada 24 Februari 2020.
- ^ "RAMI RAMI PORIAMO – PERAYAAN TAHUNAN TOMBONUO". www.sabahnewstoday.com. 8 April 2019. Dicapai pada 24 Februari 2020.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Kategori berkenaan Pitas di Wikimedia Commons