Pergi ke kandungan

Phasianinae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Phasianinae
بوروڠ کواڠ
Burung Kuang Biasa jantan, jenis Leher Gelang Mongolia
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Horsfield, 1821
Subkeluarga:
Phasianinae

Horsfield, 1821
Genus

Afropavo
Argusianus
Catreus
Chrysolophus
Crossoptilon
Gallus
Ithaginis
Lophophorus
Lophura
Pavo
Phasianus
Polyplectron
Pucrasia
Rheinardia
Syrmaticus
Tragopan

Phasianinae merupakan istilah yang memaksudkan ahli-ahli subfamili Phasianidae dalam order Galliformes. Kebanyakan ahli subfamili ini digelar burung kuang dalam bahasa Melayu.

Spesies-spesies Phasianinae bercirikan dimorfisme seks yang ketara, yang mana burung jantan memperlihatkan bulu berwarna-warni dengan dihiasi pial dan ekor panjang. Burung kuang jantan lebih besar tubuhnya dan lebih panjang ekornya daripada yang betina, tetapi burung jantan ini tidak aktif menjaga anaknya. Burung kuang biasanya memakan biji-bijian dan serangga.

Terdapat 35 spesies Phasianinae dalam 11 genus, yang paling terkenal ialah Burung Kuang Biasa yang dijumpai di merata dunia kesan penternakan dan pemasukan ke alam liar melalui perdagangan antarabangsa. Pelbagai spesies burung kuang yang lain juga terdapat dalam lau burung, seperti Kuang-Keledar Emas (Chrysolophus pictus).

Burung kuang menjadi haiwan buruan rekreasi dan sumber makanan, tetapi juga bernilai kerana paras rupanya yang menarik.

Senarai spesies

[sunting | sunting sumber]

Senarai berikut disusun secara taksonomi untuk menunjukkan unjuran hubungan antara spesies.

Lakaran kaedah memburu burung kuang dari abad ke-14.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]