Pertempuran Manzikert
Pertempuran Manzikert | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada the Perang Byzantine-Seljuk | |||||||
Pertempuran Manzikert mengikut catan Perancis abad ke-15. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Empayar Byzantine | Kesultanan Seljuk Agung | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Romanos IV #, Nikephoros Bryennios, Theodore Alyates, Andronikos Doukas |
Alp Arslan Afşin Bey Artuk Bey Suleyman Shah | ||||||
Kekuatan | |||||||
~70 000−100 000 orang[1][2][2]) | ~15 000 orang[1][2] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
~8,000 terbunuh[1] (lebih separuh melarikan diri) | sedikit |
Pertempuran Manzikert, atau Malazgirt, terjadi di antara Empayar Byzantine dan tentera Seljuq pimpinan Alp Arslan pada 26 Ogos 1071 berhampiran Manzikert (kini Malazgirt, Turki, di wilayah Mus). Ia berakhir dengan salah satu kekalahan paling teruk Empayar Byzantine dan penawanan Maharaja Byzantine Romanos IV Diogenes.[3]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Sekitar tahun 463 Hijrah, Sultan Muslim dari Turki yang bernama Alib Arselan As-Saljuqi baru sahaja pulang dari sebuah peperangan menuju ibukota negerinya di Thabaristan. Adapun bala tentaranya baru saja dilelahkan oleh peperangan yang sangat panjang dan pahit. Banyak di antara mereka yang maut dan terluka. Dan jumlah mereka cuma sekitar 15,000 perajurit. Apabila Maharaja Rom Barat Romanos IV mendengar kepulangan bala tentara Sultan Alib Arselan dengan kekuatan yang berkurangan dan letih, dengan serta merta dia bertolak diiring pasukan gabungan yang berasal dari Kurkh, Franka, Saxon dan sebahagian wilayah Rom Timur yang belum dikuasai oleh kaum Muslimin dengan jumlah yang sangat besar.[4]
Jumlah pasukannya mencapai 70 000 orang tentera elit Byzantine, " Catapratch ". Termasuk pasukan yang berasal dari Kurkh, Franka dan Saxon berjumlah 35 ribu perajurit perang. Dan dari wilayah Rom Timur dan yang Tinggal di Konstantinople berjumlah 15 ribu perajurit. Dia juga membawa 1,000 orang pelubang tembok dan pasukan penggali. Sedangkan jumlah perbekalan perang yang dia bawa adalah 400 kereta yang dilengkapi dengan roda dengan besi berduri, 1,000 kereta yang membawa senjata-senjata pelontar dan manjaniq serta berbagai macam alat perang moden (pada zaman itu). Salah satunya adalah sebuah meriam yang harus didorong oleh 1,200 orang.
Dalam perjalanannya Romanos berhasil merampas kawasan Anatolia, Kapadokia separuh wilayah Khurasan dan sebahagian wilayah Iraq hingga sampailah dia di Syam. Dengan penuh bongkak dia merampas seluruh harta kekayaan kaum Muslimin di daerah itu.
Khabar tentang tragedi ini sampai juga ke telinga Sultan Alib Arselan dan dia benar-benar terkejut. Setelah berfikir seketika beliau memakai baju besinya, serta mambalut tubuhnya dengan kain kafan. Selanjutnya, dia keluar dan berdiri sambil mengumumkan kepada bala tentaranya, "Pada hari ini agama Islam sedang diancam bahaya besar, dan segenap kaum muslimin pun juga sedang diancam bahaya besar. Saya begitu khuatir kalau saja kalimat Laa Ilaaha Illallah sampai terkikis di muka bumi ini." Kemudian dia berteriak dengan lantang, "Wahai kaum muslimin, tolonglah Islam, tolonglah Islam! Saya telah membungkus tubuh ini dengan kain kafan. Barangsiapa yang menginginkan surga, hendaklah dia melakukan seperti apa yang saya lakukan. Kita harus bertarung di bawah panji Laa Ilaaha Illallah hingga kita mati syahid atau dapat meninggikan kalimat Laa Ilaaha Illallah!" "AllahuAkbar,AllahuAkbar"!! Lantas seluruh pasukan tentaranya yang berjumlah 15,000 orang itu dibalut dengan kafan seluruh tubuhnya.[4]
Pertempuran
[sunting | sunting sumber]Romanos sampai ke Manzikert dan mudah menawannya pada 23 Ogos, 1071. Dia bagaimanapun tidak sedar bahawa Alp Arslan dan tenteranya berada tidak jauh dari situ.
Pada 26 Ogos, 1071 kedua-dua pasukan ini bertemu. Beberapa saat setelah pertempuran bermula, banyak kepala yang mulai berterbangan dan banyak potongan badan yang mulai berhamburan, darah pun membanjiri medan pertempuran, ternyata pertempuran berpihak kepada pasukan Mujahidin serta memberi kemudahan kepada mereka untuk menghabisi pasukan musuh, hingga banyak sekali pasukan kafir yang terbunuh, bahkan jumlahnya tidak dapat dihitung. Sementara itu Romanus, maharaja Rom Barat turut ditawan.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "The Battle of Manzikert". Dicapai pada 2008-08-26.
- ^ a b c Norwich, John Julius (1997). A Short History of Byzantium. New York: Vintage Books. m/s. m/s. 298.</ref name="Konstam40">Konstam, Angus (2004). The Crusades. London: Mercury Books. m/s. m/s. 40.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaGrant77
- ^ a b c Ibn Kathir. Muhammad bin Shamil As-Sulami (penyunting). Tartib wa Tahdzib Kitab Al-Bidayah wa al-Nihayah (dalam bahasa Arab). Dicapai pada 24 September 2008. Cite has empty unknown parameters:
|accessyear=
dan|accessmonth=
(bantuan)