Pergi ke kandungan

Perang Kose Dag

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Kose Dag
Sebahagian daripada Peperangan Islam-Mongol
Tarikh26 Jun 1243M
Lokasi
Köse Dağ, bahagian timur laut Turki
Keputusan Kemenangan tentera Mongol
Perubahan
wilayah
Wilayah jajahan Saljuk dikuasai oleh tentera Mongol
Pihak yang terlibat
Empayar Mongol Saljuk Rom
Komandan dan pemimpin
Bayju Kaykhusraw II
Kekuatan
Sekitar 20,000 Sekitar 30,000
Kerugian dan korban
Sekitar 5,000 Sekitar 15,000

Pertempuran Köse Dağ terjadi di antara Turki Seljuk Rum dan Mongol pada 26 Jun 1243 di lembah Köse Dağ, di antara Erzincan dan Gümüşhane di timur laut Turkey,[1][2] dan berakhir dengan kemenangan muktamad Mongol.

Peperangan

[sunting | sunting sumber]

Di bawah pimpinan Bayju, tentera Mongol menyerang Erzurum, sebuah kota di dalam jajahan kerajaan Islam Saljuk. Sultan Kaykhusraw II menghantar utusan ke empayar Trebizond yang mana empayar itu bersebelahan dengan empayar kerajaan Saljuk. Namun ketika penghantaran tentera bantuan oleh empayar Trebizond ke wilayah Erzurum, tentera bantuan tadi berpecah kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan berpihak kepada tentera Mongol dan satu lagi berpihak kepada kerajaan Saljuk.

Pertempuran ini berlaku pada musim sejuk dan akhirnya kota Erzurum berjaya ditawan oleh tentera Mongol pimpinan Bayju.

  1. ^ Anthony Bryer and Richard Winfield, The Byzantine Monuments and Topography of the Pontos, vol. 1, (Washington D.C.: Dumbarton Oaks, 1985) 172, 353.
  2. ^ Köy Köy Türkiye Yol Atlası (Istanbul: Mapmedya, 2006), map 61.