Pergi ke kandungan

Objek trans-Neptun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Objek Trans-Neptun)
Eris dan bulannya Dysnomia merupakan Objek Trans-Neptun.

Objek Trans-Neptun (Bahasa Inggeris: Trans Neptunian Object or TNO) adalah objek dalam sistem suria yang mengelilingi atau mengorbit matahari dan melewati orbit planet Neptun. Objek ini mempunyai saiz skala yang lebih kecil daripada planet dan bulan.

Objek trans-Neptun terbesar yang diketahui adalah Pluto dan Eris.