OH-6 Cayuse
OH-6 Cayuse/"Loach" | |
---|---|
Peranan | Helikopter peninjau ringan |
Pengeluar | Hughes Tool Co. - Aircraft Division |
Penerbangan sulung | 27 Februari 1963 |
Diperkenalkan | 1966 |
Status | Aktif |
Pengguna utama | Tentera Darat Amerika Syarikat |
Dikeluarkan | 1965-kini |
Kos seunit | AS$ 860,000[perlu rujukan] |
Kelainan | MH-6 Little Bird MD 500 MD 500 Defender |
OH-6 Cayuse (nama panggilan "Loach") adalah sebuah helikopter ringan berenjin tunggal yang digunakan untuk mengangkut anggota, melaksankan misi mengiring dan menyerang serta tinjauan. Hughes juga membangunkan Model 369 sebagai sebuah helikopter awam. Hughes Model 500 kini dikeluarkan oleh MD Helicopters.
Sejarah operasi
[sunting | sunting sumber]Helikopter OH-6 Cayuse buatan Hughes berkhidmat di Vietnam sebagai sebuah helikopter peninjau ringan (LOH) dan dipanggil Loach. Helikopter ini mempunyai enjin Allison T63-A-5A yang memberikan kuasa 253-shp. Prototaip helikopter ini melakukan penerbangan sulung dalam bulan Februari 1963. Helikopter ini memulakan khidmat dengan tentera Amerika Syarikat dalam tahun 1966. Helikopter ini memenangi pertandingan untuk pembekalan helikopter LOH mengalahkan helikopter FH 1100 rekaan Fairchild Hiller dan rekaan Bell Helicopter. Rekaan Bell kemudiannya dikembangkan menjadi Bell 206 (dan kemudiannya OH-58 Kiowa)
OH-6A Cayuse mempunyai prestasi tinggi dan bunyi yang kurang bising khususnya disebabkan penggunaan rotor 4 bilah dan saiznya yang kecil. Helikopter ini akan terbang rendah untuk mengacum musuh supaya menembak supaya kedudukan musuh dapat dikesan. Helikopter ini digandingkan sebagai “Pink Team” dengan helikopter penyerang AH-1 Cobra.
Helikopter OH-6A Cayuse boleh tahan menerima tembakan teruk dan masih berupaya pulang dengan selamat. Helikopter ini boleh dilengkapkan dengan sistem senjata M27 dengan senjata minigun M134 di sebelah kiri pesawat dan sepucuk mesingan M60D 7.62mm di sebelah kanan.
Spesifikasi
[sunting | sunting sumber]Ciri umum
- Anak kapal: 2
- Panjang: 30 kaki 10 in - 32 kaki 2 in (9.4 m - 9.8 m)
- Diameter rotor: 27 kaki 4 in (8.33 m)
- Tinggi: 8 kaki 6 in - 11 kaki 2 in (2.6 m - 3.4 m)
- Berat kosong: 1,975 lbs (896 kg)
- Berat berlepas maksimum: 3,549 lbs (1,610 kg)
- Loji kuasa: 1× 1x Allison T63-A-5A atau T63-A-700 turboshaft, 317 hp (236 kW)
Prestasi
- Kelajuan maksimum: 152 knot (175 bsj, 282 km/j)
- Kelajuan sederhana: 135 knot (155 bsj, 250 km/j)
- Jarak: 232 nm (430 km (267 batu))
- Lelangit khidmat 15,994 kaki (4,875 m)
- Kadar kenaikan: 2,067 kaki/min (10.5 m/s)
Persenjataan
- Meriam: 2x M60 atau minigan M134 7.62 mm mesingan; 2x .50 cal (12.7 mm) pod mesingan
- Roket: 2x 2.75 in (70 mm) Hydra 70 pod roket
- Peluru berpandu: 2x TOW pod peluru berpandu; 2x Hellfire
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan OH-6 Cayuse |
- Warbird Registry - OH-6 Cayuse Diarkibkan 2012-02-14 di Wayback Machine - Tracking the histories of OH-6 that survived military service.
- Hughes OH-6 "Cayuse" / MD 500 / MD 530 helicopter Diarkibkan 2007-10-16 di Wayback Machine - All the World's Rotorcraft's page on the Hughes H-6 and variants.