Nova
Nova merupakan letupan nuklear bencana yang disebabkan oleh penambahan hidrogen ke dalam permukaan bintang kerdil putih. Nova adalah suatu objek yang tidak harus dikelirukan dengan supernova atau nova merah terang.
Kadar kemunculan dan kepentingan astrofizik
[sunting | sunting sumber]Ahli astronomi menganggarkan bahawa Bima Sakti mempunyai lebih kurang 30 hingga 60 nova setahun, dengan kadar purata 40.[1] Bilangan nova yang ditemui di dalam Bima Sakti setiap tahun semakin berkurangan, lebih kurang 10.[2] Lebih kurang 25 buah nova adalah lebih terang dari magnitud 20 telah ditemui di Galaksi Andromeda setiap tahun dan bilangan yang lebih kecil turut dilihat di galaksi berhampiran.[3]
Cerapan spektroskopi bagi nebula pancutan nova telah menunjukkan yang nova adalah kaya dnegan unsur seperti helium, karbon, nitrogen, oksigen, neon, dan magnesium.[1] Sumbangan nova terhadap bahan antara najam tidaklah begitu besar; nova membekalkan hanya 1/50 bahan kepada Galaksi sebagai supernova, 1/200 sebagai gergasi merah dan bintang supergergasi.[1]
Nova yang berulang-ulang seperti RS Ophiuchi (dengan tempoh dengan tertib dekad) adalah jarang. Ahli astronomi memberi teori bahawa kebanyakan, jika tidak semua, nova adalah berulang-ulang, dengan skala masa dari 1,000 hingga 100,000 tahun.[4] Selang masa ulangan bagi sesebuah nova adalah kurang berdangtung pada kadar penambahan kerdil putih berbanding jisimnya; dengan gravitinya yang kuat, kerdil putih yang besar memerlukan kurang penambahan untuk menjana letusan berbanding yang berjisim rendah.[1] Maka, selang masa adalah lebih pendek bagi kerdil putih yag berjisim besar.[1]
Kepentingan sejarah
[sunting | sunting sumber]Ahli astronomi Tycho Brahe telah mencerap supernova SN 1572 dalam buruj Cassiopeia, dan menerangkan dalam bukunya de stella nova (Bahasa Latin bagi "perihal bintang baru"), lalu memberi nama nova. Dalam kerjanya, beliay berhuja yang objek berhampiran sepatutnya kelihatan bergerak secara relatif dengan bintang tertentu, dan nova pastinya berada sangat jauh. Walaupun ini ialah supernova dan bukan nova klasik, syarat itu telah dipertimbangkan untuk ditukarganti hingga 1930-an.[1]
Nova sebagai penanda jarak
[sunting | sunting sumber]Nova mempunyai potensi untuk digunakan sebagai lilin piawai. Sebagai contoh, taburan magnitu mutlak mereka adalah bimodal, dengan puncak utama pada magnitud −8.8, dan yang kurang pada −7.5. Nova juga mempunyai magnitud mutlak yang hampir srupa 15 hari selepas kemuncaknya (−5.5). Perbandingan jarak berdasarkan nova ini mampu menganggarkan jarak ke galaksi-galaksi dan kelompok galaksi berhampiran. Cara ini pernah digunakan untuk bintang berubah Cepheid dan didapati ketepatannya amat mengkagumkan.[5]
Nova terang sejak 1890
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f Prialnik, Dina. "Novae", pp. 1846-56, in Paul Murdin, ed. Encyclopedia of Astronomy and Astrophysics. London: Institute of Physics Publishing Ltd and Nature Publishing Group, 2001. ISBN 1-56159-268-4
- ^ http://www.cfa.harvard.edu/iau/nova_list.html
- ^ http://www.cfa.harvard.edu/iau/CBAT_M31.html
- ^ Seeds, Michael A. Horizons: Exploring the Universe, 5th ed. Belmont: Wadsworth Publishing Company, 1998, ISBN 0-534-52434-6, p.194.
- ^ Alloin, D., and W. Gieren, eds. Stellar Candles for the Extragalactic Distance Scale. Robert Gilmozzi and Massimo Della Valle, "Novae as Distance Indicators", pp. 229–241. Berlin: Springer, 2003. ISBN 3-540-20128-9.
- ^ Lebih tinggi magnitud, lebih rendah kecerahannya. Cth. T Aurigae (+3.8) lebih terang daripada HR Lyrae (+6.5)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Nova. |