Naginata
Naginata (なぎなた, 薙刀) adalah senjata berbatang (‘’pole weapon’’) yang secara tradisi digunakan di Jepun oleh golongan samurai. Ia telah dikaitkan dengan wanita, dan dalam masyarakat Jepun moden ia lebih banyak dipelajari oleh kaum wanita berbanding lelaki; manakala di Europah dan Australia Naginata kebanyakannya diamalkan oleh kaum lelaki. Bagaimanapun, ini hanyalah bayangan mudah demografi seni mempertahankan diri di Europah, di mana tidak terdapat kaitan sejarah sebagaimana yang terdapat di Jepun – iaitu naginatajutsu adalah bagi kaum wanita. Naginata terdiri dari batang kayu dengan bilah melengkung pada hujungnya; sama menyerupai Guan Dao Cina atau glaive Eropah atau sovnya Russia. Biasanya ia turut memiliki galang (tsuba) seperti pedang antara batang dan mata bilah.
Seni bela menggunakan naginata dikenali sebagai naginatajutsu. Kebanyakan pengamal Naginata masa kini mengamalkan bentuk moden gendai budō dikenali sebagai atarashii Naginata ("Naginata baru"), di mana pertandingan di adakan. Kegunaan naginata juga di ajar dalam aliran Bujinkan dan sesetengah koryū. Pengamal Naginata mungkin menggunakan bentuk perisai perlindungan yang dikenali sebagai bōgu sama seperti yang dipakai oleh pengamal kendō. Mengenakan bogu bererti menggunakan naginata iaitu campuran pemegang kayu oak ringan dengan mata buluh habu bagi atarashii Naginata.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Istilah naginata pertama kali muncul dalam Kojiki pada 712 AD dan digunakan oleh sami pahlawan Sohei semasa Zaman Nara, sekitar 750 AD. Ia kemungkinan besar berasaskan Guan Dao Cina. Dalam lukisan pemandangan medan pertempuran yang dihasilkan semasa Tengyo no Ran pada 936 AD, naginata boleh dilihat sedang digunakan. Ianya pada 1086, dalam buku Ōshū Gosannenki ("Dairi Tiga Tahun di Ōshū") barulah kegunaan naginata dalam pertempuran dirakamkan. Dalam tempoh ini naginata dianggap senjata amat berkesan oleh para pahlawan.
Semasa Perang Gempei (1180-1185), dalam mana suku Taira bertemu Minamoto no Yoritomo dari suku Minamoto, naginata bangkit kepada kedudukan amat dihormati. Pertempuran kalavari telah menjadi penting pada masa ini, dan naginata terbukti berkesan bagi menjatuhkan tentera kalavari dan melumpuhkan penunggangnya. Penerimaan meluas naginata sebagai senjata medan pertempuran memaksa pengenalan sune-ate (pelindung keting) sebagai sebahagian perisai Jepun. Kebangkitan naginata boleh dilihat sebagai mencerminkan pike Eropah, satu lagi senjata berbatang panjang yang digunakan terhadap tentera menunggang kuda. Contoh baik bagi peranan wanita dalam budaya seni bela diri dan masyarakat Jepun adalah Itagaki, yang terkenal kerana kemahiran naginatanya, mengetuai penempatan 3,000 pahlawan yang bertempat di istana kota Toeizakayama. Sepuluh ribu pahlawan suku Hōjō di hantar bagi menawan istana kota, dan Itagaki mengetuai pasukannya keluar dari istana kota dan membunuh sejumlah besar penyerangnya sebelum dia dikalahkan.
Semasa Zaman Edo, naginata menjadi kurang digunakan oleh orang lelaki di medan pertempuran, ia menjadi symbol status masyarakat wanita bagi kelas samurai. Naginata yang boleh digunakan seringkali menjadi mas kawin tradisi anak perempuan samurai. Sungguhpun mereka biasanya tidak bertempur sebagai tentera biasa, wanita dalam golongan samurai diharap berupaya mempertahankan rumah mereka semasa suami mereka pergi berjuang di medan pertempuran. Naginata dianggap sebagai satu sari senjata yang amat sesuai bagai wanita, kerana ia membenarkan wanita mengekalkan jarak musuh, di mana sebarang kelebihan dari segi tinggi, berat, dan kekuatan atas badan dapat dikurangkan.
Menjelang abad ke- 17 senjata api menadi popular menjadikan naginata semakin lenyap di medan pertempuran. Bagaimanapun, naginata melihat kegunaan akhirnya dalam pertempuran pada 1868, di Aizu, dan pada 1876, di Satsuma. Dalam kedua kes ia digunakan oleh pejuang wanita.
Akibat pengaruh barat selepas Pemulihan Meiji anggapan nilai seni bela diri termasuk naginata, jatuh teruk. Ianya dari tempoh ini tumpuan latihan menumpu pada mengukuhkan keazaman dan penbentukan badan dan minda. Semasa Tempoh Showa, latihan naginata menjadi sebahagian sistem sekolah awam pada 1912; dan ia "kekal" sebagai ruji bagi pendidikan fizikal wanita[1]
Latihan seni bela diri di Jepun diharamkan oleh PPasukan Bersekutu pada akhir Perang Dunia Kedua. Selepas pembatalan pengharaman pada 1950, bentuk moden latihan naginata dikenali sebagai Atarashii naginata ("naginata baru"), dibangunkan. Sejak Perang Dunia II, naginata terutamanya diamalkan sebagai sukan dengan penekanan khusus pada etika dan displin, dan bukannya sebagai latihan ketenteraan.
Sungguhpun dikaitkan dengan bilangan pengamal yang jauh lebih kecil, sebilangan sistem "koryu bujutsu" (seni perang sekolah lama) yang termasuk bentuk naginatajutsu yang lebih tua dan lebih bertempur kekal wujud, termasuk Araki Ryu, Tendo Ryu, Jikishinkage ryu, Higo Koryu, Tenshin Shoden Katori Shinto Ryu,Toda-ha Buko Ryu dan Yoshin ryu, sesetengah darinya memiliki wakil yang disahkan di luar Jepun. Di USA, terdapat sekitar 200 pengamal (separuh lelaki), kemungkinannya sekitar 200 pengamal naginata di Amerika Syarikat adalah lelaki, anggar Mr. Sosnowski." "Choose Your Weapon: Exotic Martial Arts", New York Times, Mandy Katz; April 15, 2009.
Binaan
[sunting | sunting sumber]Naginata, sebagaimana kebanyakan senjata, boleh disesuaikan agar bersesuaian dengan tubuh pemakai. Pada umumnya, batang naginata adalah sama ketinggian dengan tubuh penggunanya, dengan mata bilah dipasang di bahagian atasnya pada dua atau tiga shaku (satu shaku bersamaan 11.93 inci, atau 303 mm). Tidak seperti polearm, keratin rentas batangnya adalah bujur bagi membenarkan mata bilah mudah diarah, dan mencapai panjang antara 5 hingga 7 kaki (1.5 hingga 2.1 meter). Mata bilahnya biasanya melengkung, kadang kala agak melengkung ke arah hujung. Sebagaimana pedang Jepun, mata naginata adalah bilah yang ditempa, dihasilkan dari kekerasan berbeza pada tetulang ke mata bagi mengekalkan ketajaman mata dan juga kemampuan menyerap tekanan hentaman. Malah, sesetengah bilah naginata merupakan bilah katana yang dikitar semula.
Perhatikan juga hujung bertentangan bilah naginata, ishizuki, (penutup hujung logam, sering kali meruncing, yang berfungsi sebagai pengimbal beban kepada mata bilah) dipasang, menjadikan naginata senjata berkesan sebelah manapun diacu kehadapan.
Pada naginatajutsu semasa, terdapat dua cara penghasilan umum. Yang pertama, kihon yo, diukir dari sekeping oak putih Jepun dan digunakan bagi berlatih katas (bentuk). Ini agak ringan, dan mungkin mempunyai ciri tsuba antara bilah dan bahagian batang. Jenis kedua, shiai yo, menggunakan batang kayu yang serupa, tetapi bilah dihasilkan daripada buluh dan boleh diganti sekiranya ia pecah akibat hentaman kuat. Jenis ini digunakan dalam atarashii naginata, bilah buluh lebih lembut pada sasaran berbanding bilah kayu atau logam.
Kebanyakan "naginata" tiruan bagi jualan kepada umum bukanlah naginata sama sekali, sebagaimana boleh dirumuskan dari perincian di atas mengenai pembinaan sebenar. Secara khususnya, tiruan ini memiliki batang yang lebih pendek, bulat, bilah yang agak pendek, dan bahagian yang boleh diskrew bersama.
Penggunaan
[sunting | sunting sumber]Naginata boleh digunakan ‘secara dihayun, rodok, atau mengait pihak lawan'[1], tetapi disebabkan pusat jisimnya yang seimbang, Naginata sering kali diputar dan dihayun bagi menghasilkan capaian keliling yang luas. Bilah yang melengkung menghasilkan perkakasan yang berkesan bagi memotong disebabkan permukaan memotong yang lebih panjang. Di tangan pengamal yang mahir, pengguna setinggi 5-kaki (1.5 m) mampu mengawal dan menyerang dalam ruang 380 kaki persegi (35 m²) kawasan rata, terbuka dengan batang 5 kaki (1.5 m), bilah 3 kaki (1 m), capaian 3 kaki (1 m)..
Naginatas sering kali digunakan oleh tentera pejalan kaki bagi membuka ruang di medan perang. Mereka memiliki beberapa kelebihan situasi berbanding pedang. Mereka boleh menjangkau lebih jauh, membenarkan penggunanya berada di luar jangkauan pihak lawan. Tangkainya yang panjang memberikan kelebihan berbanding hulu katana, membolehkan naginata memotong dengan lebih berkesan. Berat senjata memberikan kuasa bagi menetak dan memotong, sungguhpun berat senjata biasanya dianggap sebagai kelemahan. Pemberat pada hujung tangkainya dan batangnya sendiri boleh digunakan secara menyerang atau bertahan. Pedang, sebaliknya boleh digunakan bagi menyerang lebih pantas, memiliki mata bilah yang lebih panjang (dan dengan itu permukaan menyerang lebih luas dan kurang bahagian untuk direbut), dan boleh dikawal dengan lebih tepat di tangan pemain pedang yang berpengalaman.
Pengguna terkenal
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Naginata |
- Japan Naginata Union Diarkibkan 2012-03-27 di WebCite
- US Naginata Federation home page and general information
- British Naginata Association
- Naginata Association of Western Australia[pautan mati kekal]
- Southern California Naginata Federation - history of the naginata Diarkibkan 2005-08-02 di Wayback Machine
- Canadian Naginata Federation home page
- (Portugis) Brazilian Naginata Association
- (Perancis) Naginata webpage -(France)
- (Perancis)(Portugis)(Inggeris)(Belanda) Naginata.be -(Belgium)