Mongolia Dalam
{{{EnglishName}}} | |||||||||
| |||||||||
Singkatan: 内蒙古[1] (Pinyin: Nèi Měnggǔ) | |||||||||
Asal-usul nama | Inner Mongolia lebih dekat dengan China sebenar berbanding Mongolia Luar | ||||||||
Jenis pentadbiran | Kawasan autonomi | ||||||||
Pusat pentadbiran | Hohhot | ||||||||
Bandaraya terbesar | Baotou | ||||||||
Setiausaha Jwk CPC | Hu Chunhua | ||||||||
Gabenor | Bagatur (Баатар) | ||||||||
Luas | 1,183,000 km2 (457,000 bt2) (ke-3) | ||||||||
- Latitud | {{{Latitude}}} | ||||||||
- Longitud | {{{Longitude}}} | ||||||||
Penduduk (2004) - Kepadatan |
23,840,000 (ke-23) 20.2/km2 (52/sq mi) (ke-28) | ||||||||
KDNK (2008) - per kapita |
CNY 776.2 bilion (ke-16) CNY 32,214 (ke-8) | ||||||||
HDI (2006) | 0.779 (medium) (ke-14) | ||||||||
Bangsa-bangsa utama | Han - 79% Mongol - 17% Manchu - 2% Hui - 0.9% Daur - 0.3% | ||||||||
Peringkat prefektur | 12 bahagian | ||||||||
Peringkat daerah | 101 bahagian | ||||||||
Peringkat perbandaran† | 1425 bahagian | ||||||||
ISO 3166-2 | CN-15 | ||||||||
Laman web rasmi http://www.nmg.gov.cn (Cina) | |||||||||
Sumber untuk data penduduk dan GDP:Sumber untuk data bangsa-bangsa:*Seperti pada 31 Disember, 2004 | |||||||||
Templat ■ Perbincangan ■ ProjekWiki China |
Koordinat: 44°03′14″N 113°52′16″E / 44.054°N 113.8711°E
Mongolia Dalam (bahasa Mongolia: , Өвөр Монгол, Öbür mongγol; Bahasa Cina: 内蒙古 ; pinyin: Nèi Měnggǔ) ialah sebuah kawasan autonomi Mongol yang terletak di bahagian utara Republik Rakyat China. Pusat pentadbirannya terletak di Hohhot manakalanya bandaraya terbesarnya ialah Baotou.
Mongolia Dalam bersempadan (dari timur ke barat) dengan wilayah-wilayah Heilongjiang, Jilin, Liaoning, Hebei, Shanxi, Shaanxi, Kawasan Autonomi Hui Ningxia, dan Gansu, dan juga bersempadan dengan Republik Mongolia dan Russia di utara. Mongolia Dalam ialah subbahagian ketiga terbesar di China dengan keluasan kira-kira 1,200,000 km² (463,000 batu persegi) atau 12% jumlah kawasan daratan China, dengan diduduki lebih kurang 24 juta orang pada tahun 2004. Kawasan autonominya ditubuhkan pada tahun 1947. Majoriti penduduk kawasan ini adalah berbangsa Cina Han, di samping minoriti Mongol yang besar. Bahasa rasminya ialah bahasa Mandarin Baku dan Mongolia yang ditulis dalam abjad klasik (Di negara Mongolia, bahasa Mongolia ditulis dalam abjad Cyril).
Pembahagian pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Inner Mongolia dibahagikan kepada 12 bahagian peringkat prefektur. Sehingga awal 1990-an, kebanyakan kawasan prefektur di Mongolia Dalam dikenali sebagai Liga (Bahasa Cina: 盟 ) yang berasal dari pembahagian Mongol pada zaman Dinasti Qing. Begitu juga, bahagian peringkat daerah selalunya dikenali sebagai Panji-Panji (Bahasa Cina: 旗 ). Sejak 1990-an, kebanyakan Liganya telah ditukarkan kepada bandaraya peringkat prefektur, tetapi Panji-Panji kekal bentuknya. Penstrukturan semula ini membawa kepada penukaran bandaraya primat dalam kebanyakan liga ini kepada daerah pentadbiran (Hailar, Jining, dan Dongsheng). Sesetengah bandaraya peringkat prefektur yang baru ditubuhkan memilih untuk mengekalkan nama Liga (Hulunbuir, Bayan Nur, dan Ulanqab), ada lagi yang menerima guna nama Cina bandaraya primatnya (Chifeng, Tongliao), dan satu lagi Liga, iaitu Ikh Juu, yang sekadar dinamakan semula sebagai Ordos. Sungguhpun berlakunya perubahan pentadbiran ini, tiadanya tanda-tanda bahawa Liga-Liga Alxa, Hinggan, dan Xilin Gol akan bertukar kepada bandaraya peringkat prefektur dalam masa terdekat.
Catatan dan rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Mongolia Dalam. |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Inner Mongolia. |
- Inner Mongolia Government website
- Li Narangoa: The Commercialization of a Tamed Ethnicity Diarkibkan 2008-11-20 di Wayback Machine
- Southern Mongolian Human Rights Information Center
Templat:Inner Mongolia Templat:County-level divisions of Inner Mongolia