Mikroskop (buruj)
Microscopium | |
---|---|
Buruj | |
Nama Latin | Microscopium |
Singkatan | Mic |
Genitif | Microscopii |
Sebutan | /mikroskopium/, genitif /mikroskopi.i/ |
Simbolisme | Mikroskop |
Pencerapan | |
(Epok J2000) | |
21 | |
Keserongan | −36 |
Sukuan | SQ4 |
Keluarga | La Caille |
Keluasan | 210 darjah persegi (ke-66) |
Bintang | |
Bintang utama | 5 |
13 | |
Bintang dengan planet | 2 |
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) | 0 |
Bintang dalam 10.00 pc (32.62 ly) | 2 |
Bintang paling terang | γ Mic (4.67m) |
Bintang terhampir | Lacaille 8760 (12.87 tc, 3.95 pc) |
Objek | |
Objek Messier | Tiada |
Pancuran meteor | Pancuran Mikroskop |
Buruj bersempadan | |
Catatan | |
Boleh dilihat pada garis lintang antara +45° dan −90°. Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan September. | |
sunting |
Mikroskop atau Microscopium (Mic) ialah sebuah buruj kecil di Hemisfera Samawi Selatan, salah sebuah daripada dua belas buah buruj yang dicipta pada abad ke-18 oleh ahli astronomi Perancis, Nicolas Louis de Lacaille, salah sebuah daripada beberapa buah buruj yang menggambarkan alat sains. Namanya dalam bahasa Latin dilatinkan daripada perkataan bahasa Yunani untuk mikroskop. Bintang-bintangnya adalah malap dan jarang-jarang terlihat dari kebanyakan bahagian Hemisfera Utara bukan tropika.
Bintang tercerah buruj ini ialah Gamma Microscopii yang bermagnitud ketara sebanyak 4.68, sebenarnya raksasa kuning yang terletak sejauh sekitar 381 tahun cahaya. Dua sistem bintang—WASP-7 dan HD 205739—mempunyai planet, sementara dua lagi—bintang kerdil merah muda AU Microscopii dan HD 202628 yang seperti matahari—mempunyai cakera puing. AU Microscopii dan sistem kerdil merah dedua AT Microscopii barang kali merupakan sistem kembar tiga luas dan merupakan anggota bagi kelompok bergerak Beta Pictoris. Diberi nama julukan "Speedy Mic", BO Microscopii ialah sebuah bintang dengan tempoh putaran yang sangat pantas sebanyak 9 jam 7 minit.
Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Kutipan
[sunting | sunting sumber]Teks kutipan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Mikroskop (buruj). |
- Wagman, Morton (2003). Lost Stars: Lost, Missing and Troublesome Stars from the Catalogues of Johannes Bayer, Nicholas Louis de Lacaille, John Flamsteed, and Sundry Others. Blacksburg, Virginia: The McDonald & Woodward Publishing Company. ISBN 978-0-939923-78-6.CS1 maint: ref=harv (link)