May Ayim
May Ayim (3 Mei 1960 – 31 Ogos 1996) ialah seorang penyair, guru, pengarang, dan aktivis Afro-Jerman. Beliau dilahirkan dengan nama Sylvia Andler, kepada ibu bapanya yang tidak berkahwin. Ibunya berbangsa Jerman, Ursula Andler, dan bapanya ialah seorang mahasiswa kedoktoran Ghana, Emmanuel Ayim.[1]
May dijaga oleh keluarga Jerman kulit putih, Opitz. Beliau dibesarkan di Westphalia dengan nama May Opitz.[1] Setelah kembali ke pangkuan bapa kandungnya, beliau menggunakan nama May Ayim sebagai nama penanya.[2]
Setelah bekerja keras untuk mempersiapkan Black History Month (1996), May menderita gangguan mental dan fizikal. Beliau dirawat di bangsal psikiatrik hospital Auguste Viktoria di Berlin pada Januari 1996. Para doktor mendiagnosis beliau menderita sklerosis berbilang. Mereka menghentikan rawatan, yang berdasarkan pada keyakinan bahawa beliau mengalami kemurungan dan melepaskannya pada April 1996. Meneruskan perjuangannya dengan kemurungannya, May diterima semula setelah cubaan membunuh diri. Beliau kembali pada Julai. Beliau membunuh diri pada 9 Ogos 1996 dengan melompat dari tingkat 13 di sebuah bangunan di Berlin.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]May berpindah ke Berlin pada 1984 dan mengajar di Free University of Berlin. Setelah itu beliau bersama rakan aktivis, Audre Lodre, menubuhkan Initiative Schwarze Deutsche (ISD) (1986).[3] Ia ditubuhkan untuk mendorong orang-orang Afro-Jerman untuk bersatu dalam sokongan timbal balik. Filem dokumentari Audre Lodre: The Berlin Years 1984-1992, menyingkap perjalanan hidupnya dan tempoh perkembangan Afro-Jerman dalam budaya.[2]
Opitz menulis tesis Afro-Jerman: Sejarah Budaya dan Sosial Mereka dalam Latar Belakang Perubahan Sosial, yang merupakan kajian saintifik pertama sejarah Afro-Jerman. Diterbitkan sebagai buku Farbe Bekennen: Afro-Deutsche Frauenauf den Spuren ihrenGeschichte (1986).[2] May juga membantu menyunting Entfernte Verbindungen: Rassismus, Antisemitismus, Klassenunterdruckkung (1993). Surat, wawancara, esei, dan ucapan dikumpulkan di Grenzenlos und Unverschämt yang diterbitkan pada 2002.[3]. May aktif sebagai pendidik dan penulis, turut serta dalam banyak persidangan dan menerbitkan koleksi puisi "Blues in Schwarz-weiss" (2003) di Amerika Syarikat.[2]
Beliau menghadiri persidangan Women in German (WIG) di Portland, Oregon, (1987), dimana beliau memberikan bacaan Farbe Bekennen. Pasca pameran buku Third Internatioan Feminist di Montreal, Kanada (1988), ia juga menampilkan karya-karya Farbe Bekennen, dan dipamerkan di sebuah panel bersama wanita-wanita kulit hitam Jerman lain, seperti Marion Kraft dan Helga Emde.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Biography of May Ayim | Berlin 2798-May Ayim". u.osu.edu. Dicapai pada 2020-07-11.
- ^ a b c d "May Ayim". Wikipedia (dalam bahasa Inggeris). 2020-05-08.
- ^ a b "May Ayim | Marginalized Voices" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-11.
- ^ Florvil, Tiffany (2017-09-06). "Remembering Afro-German Intellectual May Ayim". AAIHS (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-11.