Masjid Selimiye
Masjid Selimiye | |
---|---|
Info asas | |
Lokasi | Edirne, Turki |
Koordinat geografi | 41°40′41″N 26°33′34″E / 41.67806°N 26.55944°EKoordinat: 41°40′41″N 26°33′34″E / 41.67806°N 26.55944°E |
Agama | Islam (Sunni) |
Negara | Turki |
Penerangan seni bina | |
Arkitek | Mimar Sinan |
Jenis seni bina | Masjid |
Gaya seni bina | Uthmaniyah |
Pecah tanah pada | 1568 |
Disiapkan pada | 1574 |
Spesifikasi | |
Tinggi (maks) | 43 m (141 ka) |
Lebar kubah (luaran) | 31.2 m (102 ka) |
Bil. menara masjid | 4 |
Tinggi menara masjid | 83 m (272 ka)[1] |
Bahan binaan | Batu potong, marmar |
Nama rasmi: Selimiye Mosque dan Kompleks Sosialnya | |
Jenis | Budaya |
Kriteria | i, iv |
Tarikh dimasukkan | 2011 (sesi ke-35) |
No. Rujukan | 1366 |
Negara Anggota | Turki |
Kawasan | Eropah dan Amerika Utara |
Masjid Selimiye (Bahasa Turki: Selimiye Camii) ialah sebuah masjid di bandar raya Edirne, Turki. Pembinaan masjid ini telah diarahkan oleh Sultan Selim II dan telah direka oleh arkitek Mimar Sinan di antara 1568 dan 1574.[2] Masjid ini dianggap oleh Sinan sebagai karya agungnya dan adalah salah satu pencapaian tertinggi dalam seni bina Islam.[3]
Masjid ini berdiri di tengah-tengah sebuah külliye (kompleks sebuah hospital, sekolah, perpustakaan dan/atau bak mandi di keliling sebuah masjid) yang terdiri dapadari sebuah madrasah, pusat dar-ül hadis, sebuah bilik penjaga waktu dan arasta (sebaris kedai). Masjid ini juga menempatkan Muzium Kesihatan Külliye Bayezid II. Dalam masjid ini, Sinan mengguna pakai sebuah sistem oktagon sokongan yang direka melalui lapan batang tiang yang ditoreh pada sebuah kerang segi empat di dinding. Keempat-empat kubah separa di sudut-sudut segi empat belakang acra yang muncul dari tiang-tiang merupakan bahagian-bahagian perantara di antara dinding dengan kubah besar dengan diameter 31.25 meter.
Sementara masjid lazim telah dihadkan oleh suatu bahagian dalam bersegmen, usaha Sinan di Edirne membentuk perkarangan dengan mihrab yang dapat dilihat dari mana-mana tempat dalam masjid. Dikelilingi oleh empat batang menara, Masjid Selim II mempunyai kubah mewah meliputinya. Pelbagai kawasan tamabahan juga dibina di keliling masjid: perpustakaan, sekolah, hospis, tempat mandi, dapur sup bagi golongan fakir miskin, pasar, hospital dan perkuburan. Tambahan-tambahan ini telah dijajarkan dan dikelompokkan jika perlu. Di hadapan masjid, ada satu halaman dengan keluasan sama seperti masjid. Mihrab pula dibina terbelakang ke suatu ruang kecil dengan suatu ruang cukup dalam untuk membenarkan pencahayaan melalui tingkap dari tiga rusuk. Ini menyebabkan panel-panel jubin pada bahagian bawah dinding menjadi berkilau dengan cahaya semula jadi. Almagasi dewan utama membentukan suatu oktagon berlakur dengan liputan kubah segi empat. Dibentuk oleh lapan sokongan kubah yang besar, struktur oktagon ditembusi oleh empat separuh kubah meliputi sudut-sudut segi empat. Keindahan yang terbit daripada keakuran bentuk-bentuk geometri menelan sesama sendiri adalah kemuncak pencarian hidup panjang Sinan terhadap suatu ruang bahagian dalam yang bersatu.
Ketika pengepungan Edirne oleh tentera Bulgaria pada 1915, kubah masjid telah diserang oleh meriam Bulgaria. Oleh kerana pembinaan kubah yang sangat teguh, masjid ini terselamat dari serangan dengan hanya kerosakan kecil. Melalui perintah Atatürk, struktur itu dibiarkan tidak dibaiki agar dijadikan sebagai suatu amaran kepada generasi akan datang. Kerosakan dapat dilihat pada fotograf di aras, di antara kawasan kiri bulatan tengah biru dan kaligrafi merah tua.
Lihat pula
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Architecture, Jonathan Glancey, page 207, 2006
- ^ Kiuiper, Kathleen (2009). Islamic Art, Literature, and Culture. Rosen Education Service. m/s. 201. ISBN 978-1-61530-019-8.
- ^ UNESCO World Heritage Centre. "Selimiye Mosque and its Social Complex". Dicapai pada 17 Ogos 2021.