Majlis Perbandaran Pontian
Majlis Perbandaran Pontian مجليس دايره ڤونتين | |
---|---|
MPPn | |
Jenis | |
Jenis | |
Sejarah | |
Diasaskan | 1 November 1976 |
Didahului oleh | Majlis Bandaran Pontian |
Kepimpinan | |
Yang Dipertua | Tuan Haji Ab Razak bin Khalid (sejak Januari 2024) |
Struktur | |
Ahli | 24 orang ahli majlis |
Moto | |
Setia Khidmat | |
Tempat persidangan | |
Majlis Perbandaran Pontian, Jalan Alsagoff, 82000 Pontian, Johor Darul Ta'zim | |
Laman sesawang | |
https://www.mdpontian.gov.my/ | |
Perlembagaan | |
Akta Kerajaan Tempatan 1976 | |
sunting |
Majlis Perbandaran Pontian merupakan sebuah badan pentadbiran yang bertanggungjawab bagi mentadbir daerah Pontian di Johor, Malaysia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Majlis Daerah Pontian telah ditubuhkan pada 01 November, 1976 di bawah Akta 124 (Akta Sementara) yang kemudiannya diistiharkan sebagai Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Pentadbiran Majlis ini merangkumi kawasan seluas 1080 hektar meliputi Bandar Pontian, Pekan Nanas, Benut, Permas dan Ayer Baloi. Sebelum tertubuhnya Majlis Daerah Pontian, Bandar Pontian ditadbirkan oleh Majlis Bandaran Pontian, sementara Cawangan Pekan Nanas, Benut, Ayer Baloi dan Permas ditadbirkan oleh Majlis Tempatan masing-masing. Sejak penubuhan Majlis Daerah Pontian ini, tiga buah Majlis Tempatan iaitu Majlis Tempatan Pekan Nanas, Majlis Tempatan Benut dan Majlis Tempatan Ayer Baloi dan Majlis Bandaran Pontian telah dimansuhkan dan pentadbirannya diambilalih oleh Majlis Daerah Pontian.
Pentadbiran Majlis Daerah Pontian secara keseluruhannya merangkumi kawasan seluas 19,701 hektar dan kawasan-kawasan 40 rantai kiri/kanan jalanraya utama di daerah Pontian. Walau bagaimanapun pemberian perkhidmatan kebersihan dan lain-lain kemudahan asas adalah seluas lebih kurang 1,280 hektar sahaja. Kawasan-kawasan lain adalah merupakan kawasan yang tertakluk di bawah kawalan majlis dari segi kawasan pembangunan dan pengeluaran lesen perniagaan sahaja.
Semua pegangan-pegangan yang tertakluk di dalam kawasan bercukai adalah dikenakan kadar cukai harta yang berbeza mengikuti syarat-syarat pegangan. Di kawasan ini juga Majlis memberikan perkhidmatan kebersihan dan lain-lain kemudahan asas sebagaimana keperluan penduduk kawasannya berdasarkan peruntukan-peruntukan yang diberi oleh Akta Kerajaan Tempatan.
Dengan ini juga mana-mana bangunan yang didirikan di atas tanah-tanah yang tertakluk di dalam kawasan 40 rantai kiri kanan jalan bertar yang di gazetkan dikuatkuasakan pelan bangunan bagi membina sesebuah bangunan.
Majlis Daerah Pontian
Berkuatkuasa mulai 1hb Februari 1979, Majlis Bandaran dan Majlis-majlis Tempatan telah dirangkumkan di bawah satu pentadbiran iaitu Majlis Derah Pontian melalui Warta Kerajaan J.P.U 1261 di dalam warta yang sama pula menjelaskan sempadan kawasan Majlis Daerah Pontian dengan luas keseluruhannya 2,687 ekar termasuk cawangan-cawangannya. Keseluruhan kawasan Majlis Daerah Pontian ditadbir di bawah kuasa yang diberikan di dalam Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan 1976) dengan tidak mengubah sempadan asal Majlis Bandaran dan Majlis Tempatan.
Majlis Perbandaran Pontian
Berkutkuasa mulai 31 Julai 2021 Majlis Daerah Pontian dinaiktaraf Majlis Perbandaran Pontian.
Peluasan Kawasan Bercukai Bagi Bandar Pontian
Berkuatkusa mulai 14hb Mac 1990, melalui Warta Kerajaan No. 1387, Jilid 34, Bilangan 24 bertarikh 22hb November 1990, kawasan bercukai Majlis Daerah Pontian (bagi Bandar Pontian sahaja) telah diperluaskan sebagaimana Pelan Warta PW 1921 dengan pertambahan seluas 590 ekar.
Kawasan-kawasan yang terlibat adalah sebahagian Jalan Parit Masjid, Jalan Parit Semerah dan Jalan Parit Ibrahim. Perluasan ini tidak melibatkan kawasan Majlis Daerah Pontian bagi cawangan-cawangannya.
Peluasan Kawasan Majlis Bandaran Pontian
Melalui Warta Kerajaan J.P.U 1 Jilid 20, Bilangan 3, bertarikh 29hb Januari 1976 serta Pelan Warta G. 1073. sempadan kawasan Majlis Bandaran Pontian telah diperluaskan dan menjadikan luas keseluruhan adalah 1,202 ekar.