Pergi ke kandungan

Maharaja Sujin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maharaja Sujin
崇神天皇
Maharaja Jepun
Pemerintahan97 SM – 30 SM(tradisi)[1]
Didahului olehKaika
Diikuti olehSuinin
KeputeraanMimaki (御間城尊)
148 SM[2]
Kemangkatan30 SM (berumur 118 tahun)
PemakamanYamanobe no michi no Magari no oka no e no misasagi (山邊道勾岡上陵) (Nara)
PasanganMimaki-hime
(dengan dua suri damping)
Anakanda
antara lain...
Putera Ikumeirihikoisachi (Maharaja Suinin)
Nama selepas mangkat
Gaya Jepun: Mimakiiribikoinie no Sumeramikoto (御間城入彦五十瓊殖天皇),
juga Mimakiiribikoinie no Mikoto (御眞木入日子印恵命)
Gaya Cina: Maharaja Sujin (崇神天皇)
KerabatKerabat diraja Jepun
AyahandaEmperor Kaika
BondaIkagashikome[a]
AgamaShinto

Maharaja Sujin (崇神天皇, Sujin-tennō, Jawi: مهاراج سوجين), juga dikenali sebagai Mimakiirihikoinie no Mikoto (御眞木入日子印恵命) dalam Kojiki, dan Mimakiiribikoinie no Sumeramikoto (御間城入彦五十瓊殖天皇) atau Hatsukunishirasu Sumeramikoto (御肇國天皇) dalam Nihon Shoki ialah Maharaja Jepun yang kesepuluh.[4][5] Walaupun Sujin ialah maharaja pertama yang diterima secara meluas oleh ahli sejarah, baginda masih dirujuk sebagai "maharaja legenda" kerana kekurangan maklumat yang tersedia dan kerana tarikh pemerintahannya berbeza-beza.[6][7] Kedua-dua Kojiki dan Nihon Shoki (secara kolektif dikenali sebagai Kiki) merekodkan peristiwa yang didakwa berlaku semasa hayat Sujin. Naratif legenda ini menceritakan bagaimana baginda mendirikan kuil baharu di luar istana Imperial untuk mengabadikan Amaterasu. Baginda juga dikreditkan dengan memulakan penyembahan Ōmononushi (disamakan dengan dewa Gunung Miwa), dan mengembangkan empayarnya dengan menghantar jeneral ke empat buah wilayah Jepun dalam apa yang dikenali sebagai legenda Shidō shogun.

Semasa tahun ke-48 pemerintahan Sujin (50 SM), baginda memanggil dua puteranya dengan mengatakan bahawa baginda menyayangi mereka secara sama rata dan tidak dapat memutuskan mana yang akan dijadikan pewarisnya. Baginda kemudian meminta putera-puteranya untuk menerangkan mimpi yang mereka alami baru-baru ini, supaya bahawa dapat meramal nasib mereka dengan menafsirkannya. Nama anak sulung baginda ialah Toyoki (豊城命), dan menjelaskan kepada ayahandanya bahawa baginda bermimpi untuk mendaki Gunung Mimoro (Gunung Miwa). Semasa menghadap ke timur, baginda berkata bahawa baginda menujahkan lembingnya sebanyak lapan kali dan kemudian mengayunkan pedangnya lapan kali ke arah langit. Putera yang lebih muda, yang bernama Ikume (活目命) bermimpi memanjat Mimoro dan merentangi tali pada empat sisi. Beliau seterusnya bercerita bagaimana beliau mengejar burung pipit yang memakan sekoi itu.[8] Sujin sewajarnya memilih putera bongsunya Ikume untuk menjadi putera Mahkota seterusnya, manakala putera sulungnya Toyoki dipilih untuk mentadbir timur. Toyoki akhirnya menjadi moyang kepada puak Kamitsuke dan Shimotsuke.[8]

Pada tahun ke-60 pemerintahan Sujin (38 SM), Sujin memberitahu para menterinya bahawa baginda ingin melihat khazanah suci yang dibawa dari syurga oleh Takehinateru (建比良鳥命) yang ditempatkan di Kuil Izumo. Izumo Furune (出雲振根) ialah penjaga khazanah, tetapi pada masa itu tiada di situ kerana urusan perniagaan di Wilayah Tsukushi. Adik Furune, Izumo Iiirine (出雲飯入根), telah menerima Edik Maharaja bagi pihaknya dengan menghantar dua adinda lelakinya sebagai pembawa khazanah ini untuk menunjukkan kepada Maharaja. Apabila Furune kembali, beliau marah kepada Iiirine kerana berpisah dengan harta itu. Beliau mengajak adik lelakinya untuk mengharungi kolam (bernama Yamuya) bersamanya, di mana beliau menggunakan tipu daya bertukar pedang. Furune menukar pedang kayunya sendiri dengan pedang sebenar abangnya dan memulakan pertempuran yang berakhir dengan kematian Iiirine. Apabila istana Maharaja menerima berita tentang peristiwa itu, mereka menghantar dua jeneral [b] untuk membunuh Izumo Furune.[8]

Tahun-tahun terakhir dan kemangkatan

[sunting | sunting sumber]

Menjelang akhir pemerintahannya pada (36 SM), kedua-dua rekod Kojiki dan Nihon Shoki menunjukkan bahawa Sujin mula menggalakkan pembinaan kolam dan terusan buatan. Pada masa ini, kolam Yosami (依網池) dibina berhampiran Tempat Suci Ōyosami (大依羅神社) di Sumiyoshi-ku, Osaka.[8][c] Sujin juga dikreditkan dengan membina kolam Sakaori (酒折池) yang dikatakan terletak di Karu (Kashihara, Nara). Semasa hidupnya, Sujin mempunyai dua belas anak dengan seorang ketua suri (permaisuri) dan dua suri damping lain. Apabila baginda mangkat pada 30 SM, anaknya Putera Ikumeirihikoisachi menjadi maharaja seterusnya mengikut pilihan Sujin. Tapak pengebumian sebenar Maharaja Sujin tidak diketahui, tetapi dikatakan berada di Gunung Miwa.

Permaisuri dan putera-puteri

[sunting | sunting sumber]

Maharani: Mimaki-hime (御間城姫), puteri kepada Putera Ōhiko

  • Anak Ketiga: Putera Ikumeirihikoisachi (活目入彦五十狭茅尊), kemudiannya Maharaja Suinin
  • Putera Hikoisachi (彦五十狭茅命)
  • Puteri Kunikata-hime (国方姫命)
  • Puteri Chichitsukuyamato-hime (千千衝倭姫命)
  • Putera Yamatohiko (倭彦命)
  • Puteri Ika-hime (伊賀比売命)

Suri: Tootsuayumemaguwashi-hime (遠津年魚眼眼妙媛), anak perempuan Kii no Arakahatobe

  • Putera Toyokiirihiko (豊城入彦命) leluhur Suku Keno (毛野君)[
  • Puteri Toyosukiiri-hime (豊鍬入姫命), Saiō pertama

Permaisuri: Owari-no-ōama-hime (尾張大海媛), puteri kepada Putera Tatehiroshinabi

  • Putera Ōiriki (大入杵命), leluhur Noto no kuni no Miyatsuko (能登国造)
  • Putera Yasakairihiko (八坂入彦命)
  • Puteri Nunakiirihime (渟名城入媛命)
  • Puteri Toochiniirihime (十市瓊入媛命)

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Genealogy of the Emperors of Japan" (PDF). Kunaicho.go.jp. Dicapai pada May 17, 2019.
  2. ^ Kenneth Henshall (2013). Historical Dictionary of Japan to 1945. Scarecrow Press. m/s. 487. ISBN 9780810878723.
  3. ^ Ujiya, Tsutomu (1988). Nihon shoki. m/s. 121. ISBN 978-0-8021-5058-5.
  4. ^ "崇神天皇 (10)". Imperial Household Agency (Kunaichō) (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada May 16, 2019.
  5. ^ Brown, Delmer M. and Ichirō Ishida (1979). A Translation and Study of the Gukanshō, an Interpretative History of Japan Written in 1219. University of California Press. m/s. 248 & 253. ISBN 9780520034600.
  6. ^ Yoshida, Reiji (March 27, 2007). "Life in the Cloudy Imperial Fishbowl". The Japan Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 July 2020. Dicapai pada 22 August 2013.
  7. ^ Henshall, Kenneth (2013-11-07). Historical Dictionary of Japan to 1945 (dalam bahasa Inggeris). Scarecrow Press. ISBN 978-0-8108-7872-3.
  8. ^ a b c d Aston, William George. (1896). Nihongi: Chronicles of Japan from the Earliest Times to A.D. 697, Volume 2. The Japan Society London. m/s. 150–164. ISBN 9780524053478.
  9. ^ Takeda, Yukichi (1977). Shintei Kojiki. Kadokawa. m/s. 94–99. ISBN 4-04-400101-4.
Kamon Imperial Jepun — bunga kekwa

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Maharaja Kaika
Maharaja Lagenda Jepun
97 SM – 30 SM
(tarikh tradisional)
Diikuti oleh:
Maharaja Suinin


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan