Lynx
Lynx[1] | |
---|---|
Lynx Eurasia (Lynx lynx) | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Order: | Carnivora |
Suborder: | Feliformia |
Keluarga: | Felidae |
Subkeluarga: | Felinae |
Genus: | Lynx Kerr, 1792 |
Spesies jenis | |
Felis lynx | |
Spesies | |
Lynx ranges: red = Iberian, purple = Canadian, green = Bobcat, orange = Eurasian |
Lynx (disebut [lɪŋks, lingks])[2] adalah salah satu daripada empat spesies dalam genus kucing liar saiz sederhana yang juga bernama Lynx. Haiwan dalam genus ini menonjol berbanding kucing-kucing besar lain melalui rupa berbulu panjang di hujung telinga serta misai yang panjang.
Nama lynx menyerap bahasa Latin dari akar kata Yunani λύγξ,[2] yang diertikan sebagai "terang" merujuk kepada sifat mata haiwan ini yang memantulkan cahaya terkesan.[3]
Ciri
[sunting | sunting sumber]Setiap spesies dalam genus Lynx mempunyai kadar tumbesaran tertentu yang diperhatikan dari satu jenis ke satu jenis yang lain:
Spesies | Berat badan | Panjang badan | Tinggi diri | |
---|---|---|---|---|
lynx Eurasia | jantan | 18 hingga 30 kg (40 hingga 66 lb) | 81 hingga 129 cm (32 hingga 51 in) | 70 cm (27 1⁄2 in)[4] |
betina | 18 kg (40 lb) | |||
lynx Iberia | jantan | 12.9 kg (28 lb) | 85 hingga 110 cm (33 1⁄2 hingga 43 1⁄2 in) | 60 hingga 70 cm (23 1⁄2 hingga 27 1⁄2 in)[5][6] |
betina | 9.4 kg (20 3⁄4 lb) | |||
lynx Kanada | 8 hingga 14 kg (18 hingga 31 lb) | 90 cm (35 1⁄2 in) | 48 hingga 56 cm (19 hingga 22 in)[7] | |
Bobcat | jantan | 7.3 hingga 14 kg (16 hingga 30 3⁄4 lb)[8] | 71 hingga 100 cm (28 hingga 39 1⁄2 in)[8] | 51 hingga 61 cm (20 hingga 24 in)[9] |
betina | 9.1 kg (20 lb) |
Tabiat
[sunting | sunting sumber]Haiwan ini biasanya hidup menyendiri, namun sekali-sekala boleh berkawanan bersama berpindah dari satu tempat ke satu tempat lebih selesa atau memburu. Ia sering membina sarangannya di celah rekahan batu atau timbunan kayu.
Pemakanan
[sunting | sunting sumber]Ia memakan berbagai jenis binatang dari rusa, bebiri dan kambing (baik yang jinak atau liar) ke kelinci kaki salji, rubah sampailah sekecil tupai, tikus dan pelbagai jenis burung termasuk ptarmigan, ayam belanda dan grouse.
Pembiakan
[sunting | sunting sumber]Pasangan jantan betina mengawan pada akhir musim sejuk. Seekor lynx betina hamil dalam sekitar 70 hari melahirkan antara satu hingga empat ekor anak dalam setahun. Anak-anak ini cepat membesar di mana ia kekal tinggal bersama induknya semusim sejuk sebelum ia dapat berdikari sendiri sebagai dewasa muda.
Hubungan dengan manusia
[sunting | sunting sumber]Kepercayaan
[sunting | sunting sumber]Ciri mata haiwan ini yang kelihatan terang ada dikaitkan sebagai perlambangan kepada ketajaman akal dapat melihat mana yang benar dari yang salah,[10] bahkan sehingga ada yang percaya ia dapat melihat melalui tembok dinding.[11]
Air kencing tinjaan haiwan ini pernah dipercayai pada Zaman Pertengahan mampu memberikan penawar apabila ia terkumpul dalam bentuk galian disebutkan sebagai lyncurium[12] atau lapis lyncurius,[11] batu ini dipercayai mampu mengubat demam kuning serta melegakan batu karang terkumpul di buah pinggang.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 541–542. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ a b "Definition of lynx from Oxford Dictionary". Oxford Dictionaries. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-12. Dicapai pada 5 Oktober 2010.
- ^ "Lynx". Dicapai pada 5 Oktober 2010.
- ^ Jackson, Peter (April 24, 1997). "Eurasian lynx". lynx.uio.no. Diarkibkan daripada yang asal pada May 27, 2007. Dicapai pada May 28, 2007.
- ^ "Iberian lynx – Lynx pardinus". Species Data Sheets. United Nations Environment Programme – World Conservation Monitoring Centre. 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada May 10, 2008.
- ^ Johnson, Christopher (2011). "Lynx pardinus – Spanish lynx". Animal Diversity Web. University of Michigan Museum of Zoology. Dicapai pada May 29, 2011.
- ^ politis (2016-04-04). "Animal Facts: Canada Lynx". Canadian Geographic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-01-01.
- ^ a b Sparano, Vin T. (September 1998). Complete Outdoors Encyclopedia. St. Martin's Press. m/s. 228. ISBN 0-312-19190-1.
- ^ Cahalane, Victor H (March 1, 2005). Meeting the Mammals. Kessinger Publishing. m/s. 64. ISBN 1-4179-9522-X.
- ^ Hallum, Harry (1847). Introduction to the Literature of Europe: in the Fifteenth, Sixteenth and Seventeenth Centuries, Volume 3. J Murray. m/s. 235.
- ^ a b "Lynx". Medieval Bestiary. 16 Januari 2011. Dicapai pada 29 November 2020.
- ^ Rat, Maurice (1957). "Lynx". Dictionnaire des locutions françaises. Paris,: Larousse. m/s. 238.CS1 maint: extra punctuation (link)