Pergi ke kandungan

Loxocemidae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Loxocemidae
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Infraorder:
Keluarga:
Loxocemidae

Cope, 1861
Genus:
Loxocemus

Cope, 1861
Spesies:
L. bicolor
Nama binomial
Loxocemus bicolor
Cope, 1861
Sinonim
  • Loxocemi - Cope, 1861
  • Loxocemina - Boulenger, 1879
  • Loxoceminae - Romer, 1956
  • Loxocemidae - McDowell, 1975[1]

  • Loxocemus - Cope, 1861
  • Plastoseryx - Jan, 1862[1]

  • L[oxocemus]. bicolor - Cope, 1861
  • Plastoseryx Bronni - Jan, 1862
  • Loxocemus Sumichrasti - Bocourt, 1876
  • Loxocemus Sumichrasti - Bocourt, 1876
  • Loxocemus bicolor - Boulenger, 1896
  • Loxocemus bicolor bicolor - Woodbury & Woodbury, 1944
  • Loxocemus bicolor sumichrasti - Woodbury & Woodbury, 1944[1]

Loxocemidae atau ular sawa Mexico ialah sebuah keluarga ular monotip[2] yang diwujudkan untuk genus monotip Loxocemus[3] yang mengandungi spesies L. bicolor yang ditemui di Mexico dan Amerika Tengah. Loxocemidae ialah keluarga ular yang terkecil dengan hanya satu spesies dan satu genus tanpa sebarang subspesies yang dikenal pasti.[4]

Keterangan

[sunting | sunting sumber]

Sebagai satu-satunya ahli keluarganya, hubungannya dengan ular-ular yang lain tidak dikenali. Ia menyerupai ahli-ahli Pythonidae dari beberapa segi, tetapi memandangkan kumpulan itu tidak ditemui di benua Amerika,maka ia dipercayai tiada pertalian. Menurut Noonan & Chippindale (2006), ia paling rapat dengan ular sawa dari kawasan Australia/New Guinea (Morelia dan Aspidites).

Ular dewasa mencapai kepanjangan maksimum 1.57 m (62 in).[5] dan purata kira-kira 91 cm (3 kaki). Badannya gempal dan agak berotot. Mancungnya berbentuk penyodok, kepalanya tirus dan matanya halus untuk membantu pengorekan. Spesies ini diperikan sebagai hidupan darat yang separa fosorial,[5] oleh itu sukar untuk diperhatikan dan dikaji. Corak warnanya lazimnya gelap dengan tompok-tompok sisik putih, namun kadang-kadang semua pigmennya hilang selepas menyalin kulit sehingga menjadi ular putih yang hanya tinggal tompok gelap kecil pada kepalanya.

Taburan geografi

[sunting | sunting sumber]

Ditemui di sepanjang pantai Pasifik Mexico di kawasan tanah pamah dan sederhana tinggi di negeri-negeri Nayarit, Jalisco, Colima, Michoacán, Morelos, Guerrero, Oaxaca dan Chiapas. Dari situnya taburannya menjangkau ke selatan melalui negara-negara Guatemala, Honduras, El Salvador, Nicaragua hingga Costa Rica.[1]

Ular sawa Mexico ditemui di pelbagai habitat termasuk hutan tropika yang lembap mahupun kering. Di Honduras dan Guatemala, ia juga ditemui di lembah pedalaman kering yang menyalir ke dalam Caribbean.[1]

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Makanannya dipercayai terdiri daripada tikus dan cicak. Ia juga pernah diperhatikan memakan telur iguana.

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Ular ini mengeluarkan dua hingga empat biji telur segugus.[5]

  • Mattison, Chris (1999). Snake. DK Publishing. ISBN 0-7894-4660-X.
  1. ^ a b c d e McDiarmid RW, Campbell JA, Touré T. 1999. Snake Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference, vol. 1. Herpetologists' League. 511 pp. ISBN 1-893777-00-6 (series). ISBN 1-893777-01-4 (volume).
  2. ^ "Loxocemidae". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 17 August 2007.
  3. ^ "Loxocemus". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 17 August 2007.
  4. ^ "Loxocemus bicolor". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 17 August 2007.
  5. ^ a b c Loxocemidae di TIGR Reptile Database. Dicapai pada 3 November 2008.

Noonan, B. P. & Chippindale, P. T. (2006): Dispersal and vicariance: The complex evolutionary history of boid snakes. - Molecular Phylogenetics and Evolution 40: 347–358.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]