Pergi ke kandungan

Lorikeet Pelangi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Burung serindit pelangi
Nominate race
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Spesies:
T. haematodus
Nama binomial
Trichoglossus haematodus
(Linnaeus, 1771)

Lorikeet Pelangi (bahasa Inggeris: Rainbow Lorikeet) atau nama sainsnya Trichoglossus haematodus adalah satu spesies burung parrot dari Australasia. Ia boleh dijumpai di Australia, timur Indonesia (Maluku dan New Guinea Barat), Papua New Guinea, New Caledonia, Kepulauan Solomon dan Vanuatu. Di Australia, ia biasanya dijumpai di sepanjang pesisir pantai timur bermula di Queensland sehingga ke Australia Selatan dan barat laut Tasmania. Habitat burung ini adalah hutan hujan, semak-samun di tepi pantai dan kawasan hutan jarang.

Lorikeet Pelangi telah diperkenalkan ke Perth, Australia Barat,[2] Auckland, New Zealand[3], Amsterdam, Belanda dan Hong Kong.[4]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Lorikeet Pelangi adalah parrot sebenar, dalam superfamili Psittacoidea dalam orderPsittaciformes.

Lorikeet Pelangi sering merangkumi Lorikeet leher merah (T. rubritorquis) sebagai spesies kecil, tetapi kini kebanyakan pihak berwajib utama menganggap ia spesies bersaingan.[5][6] Tambahan lagi, penilaian semula pada tahun 1997 mendorong kepada cadangan memecahkan kebanyakan taxa menonjol dari "Lesser Sundas" sebagai spesies berasingan, ini termasuk Lorikeet Dada Merah (T. forsteni), Lorikeet Marigold (T. capistratus) dan Lorikeet Flores (T. weberi).[7] Ini semakin diterima oleh pihak berwajib utama.[5][6] Dengan itu dianggap spesies berasingan, Lorikeet Pelangi termasuk spesies kecil berikut (dalam aturan taxonomik); kebanyakan nama biasa disenarai di bawah hanya digunakan dalam avikultur.

  • Lorikeet Rosenberg atau Lorikeet Biak, T. h. rosenbergii - Pulau Biak, Indonesia. Amat menonjol, dan kemungkinannya boleh dianggap spesies berasingan.[6]
  • Lorikeet Muka Biru, T. h. intermedius. - utara pantai New Guinea. Tidak selalu dianggap berasing dari T. h. haematodus.
  • Green-naped Lorikeet, T. h. haematodus - selatan Pulau Maluku, pulau Papua Barat dan barat New Guinea.
  • Dark-throated Lorikeet, T. h. nigrogularis - Pualu Kai, Pulau Aru dan selatan New Guinea. Jika T. h. caeruleiceps diakui, T. h. nigrogularis terhad pada pulau Kai dan pulau Aru.
  • Brook's Lorikeet, T. h. brooki - Pulau Spriti dalam kepulauan Aru. Tidak selalu dianggap berasing dari T. h. nigrogularis.
  • Pale-head Lorikeet, T. h. caeruleiceps - southern New Guinea. Tidak selalu dianggap berasing dari T. h. nigrogularis.
  • Southern Green-naped Lorikeet, T. h. micropteryx - timur New Guinea.
  • Ninigo Lorikeet, T. h. nesophilus - kumpulan Ninigo dan Hermit, barat Pulau Manus, Papua New Guinea.
  • Olive-green Lorikeet, T. h. flavicans - Pulau New Hanover, Pulau St. Matthias dan Pulau Admiralty.
  • Massena's or Coconut Lorikeet, T. h. massena - timur New Guinea, Archipelago Louisiade, Pulau Karkar, Archipelago Bismarck, Pulau Solomon dan Vanuatu.
  • Deplanche's Lorikeet, T. h. deplanchii - New Caledonia dan Pulau Loyalty.
  • Swainson's Lorikeet, T. h. moluccanus - timur Australia dan Tasmania. Populasi Semenanjung Tanjung Cape dan Pulau Torres Strait kini sering dianggap spesies kecil berasingan, T. h. septentrionalis.

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Di Australia, pembiakan biasanya berlaku antara (September hingga Disember), tetapi boleh berbeza antara region dengan region bergantung kepada makanan yang ada dan cuaca. Tapak sarang biasanya pelbagai dan boleh termasuk lubang pada pokok tinggi seperti eucalypt, batang palma, atau batu tergantung.[8] Satu populasi di Pulau Admiralty bersarang di lubang di tanah di pulau kecil tanpa pemangsa.[9] Pasangan kadang-kala bersarang bersama pada pokok yang sama bersama pasangan Lorikeet Pelangi yang lain, atau spesies burung lain[8] Kuantiti telur bagi setiap musim adalah antara sebiji hingga tiga biji yang mana akan dieramkan kira-kira 25 hari.[10] Tugas pengeraman hanya akan dilakukan oleh burung betina.[11]

Lorikeet Pelangi betina berusia 12 minggu di laman belakang di Sydney

Secara keseluruhan, Lorikeet Pelangi tersebar luas dan biasa. Ia dengan itu dianggap Kurang DIbimbangkan oleh "BirdLife International". Status bagi spesies kecil tempatan lebih terancam, terutamanya T. h. rosenbergii (yang kemungkinannya boleh dianggap spesies berbeza) akibat ancaman kehilangan habitat dan penangkapan bagi perdagangan parrot.[6][12]

Sebagai perosak

[sunting | sunting sumber]
Diperkenalkan ke Australia Barat

Lorikeet Pelangi terlepas ke barat daya negeri Australia Barat berhampiran Universiti Australia Barat pada tahun 1960-an dan mereka sejak itu telah dikelaskan sebagai perosak.[2] Lorikeet Pelangi juga terdapat di New Zealand, terutama sekitar kawasan Auckland. Jabatan Pemuliharaan New Zealand telah mengistiharkan mereka sebagai perosak dan melaksanakan kaedah bagi mengawal dan menghapuskan mereka.[3][8]

Ramai pemilik kebun buah menganggap mereka sebagai perosak, kerana mereka terbang berkawan dan menghabiskan pokok yang mempunyai buah segar. Dikawasan bandar, burung ini menghasilkan bunyi bising dan mengotorkan kawasan sekitar dan kenderaan dengan najis mereka.[8]

Di Australia Barat, kesan utama Lorikeet Pelangi adalah persaingan dengan burung tempatan asal. Ini termasuk penguasaan sumber makanan, dan persaingan bagi ruang lubang yang terhad.[8] Burung seperti Lorikeet Kepala Ungu Glossopsitta porphyrocephala dan Kakaktua Hitam Carnaby Calyptorhynchus latirostris teruk terjejas atau digantikan.[8]

  1. ^ BirdLife International (2008). Trichoglossus haematodus. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 16 April 2009.
  2. ^ a b ScienceWA Rainbow lorikeet joins Perth pest list
  3. ^ a b "Rainbow Lorikeet pest" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-03-21. Dicapai pada 2010-09-28.
  4. ^ Birdlife Species Factsheet (additional data)
  5. ^ a b Dickinson, E. C. (editor) (2003). The Howard and Moore Complete Checklist of the Birds of the World. 3d edition. Christopher Helm. ISBN 0-7136-6536-X
  6. ^ a b c d Gill, F., M. Wright, & D. Donsker (2010). IOC World Bird Names. Version 2.4. Accessed 25-04-2010
  7. ^ Schodde, R. & I. J. Mason (1997). Zoological Catalogue of Australia, Volume 37, Part 2: Aves (Columbidae to Coraciidae). Australian Biological Resources Study. ISBN 0-643-06037-5
  8. ^ a b c d e f Tamra Chapman. "The status and impact of the Rainbow Lorikeet (Trichoglossus haematodus moluccanus) in South-West Western Australia" (PDF). Wildlife Branch, Department of Conservation and Land Management. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2005-07-19. Dicapai pada 2007-11-08.
  9. ^ Lecroy, M (1992). "A Population of Rainbow Lorikeets Trichoglossus haematodus flavicans Roosting and Nesting on the Ground". Emu. 92 (3): 187–190. doi:10.1071/MU9920187. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama HBW
  11. ^ Bregulla, Heinrich (1992). Birds of Vanuatu. Oswestry, England: Anthony Nelson. m/s. 189–191. ISBN 0-904614-34-4.
  12. ^ Juniper, T., & M. Parr (1998). A Guide to the Parrots of the World. Pica Press. ISBN 1-873403-40-2

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Lories and lorikeets