Pergi ke kandungan

Lencana NASA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lencana NASA
Lencana "bebola daging" NASA
NASA "worm" logotype 1975–1992
Logo "cacing" NASA 1975–1992
NASA seal, color
Cap mohor NASA, warna
NASA seal, black and white
Cap mohor NASA, hitam dan putih

Logo Penntadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mempunyai tiga reka bentuk rasmi utama, walaupun yang mempunyai teks melengkung merah yang bergaya ("cacing") telah bersara daripada penggunaan rasmi sejak 1992. Tiga logo termasuk lencana NASA (juga dikenali sebagai "bebola daging"[1]), logo NASA (juga dikenali sebagai "cacing"), dan cap mohor NASA.[2][3][4]

Cap mohor NASA telah diperakui oleh Presiden Eisenhower pada 1959, dan diubah suai sedikit oleh Presiden Kennedy pada 1961.[5][6]

Logo NASA bermula dari tahun 1959, apabila Jawatankuasa Penasihat Kebangsaan bagi Aeronautik (NACA) menjadi sebuah agensi yang akan memajukan kedua-dua angkasawan dan aeronautik-Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan.

Penggunaan

[sunting | sunting sumber]

Cap mohor rasmi NASA dikhaskan untuk digunakan berkaitan dengan Pentadbir NASA. Ia digunakan dalam acara tradisional dan upacara yang lebih formal seperti persembahan penghargaan dan persidangan akhbar. Menurut Ibu Pejabat NASA, cap mohor itu tidak boleh digunakan dengan lencana NASA, kerana kedua-dua elemen tersebut dimaksudkan untuk tujuan yang berbeza dan secara visual tidak serasi apabila dilihat berdampingan.

Seperti kebanyakan imej yang dihasilkan oleh Kerajaan Amerika Syarikat, lambang, logo "cacing" dan cap mohor NASA berada dalam domain awam.[7] Bagaimanapun, penggunaannya dilindungi di bawah Kod Peraturan Persekutuan 14 CFR 1221.[8] Simbol-simbol NASA ini hanya boleh diterbitkan semula daripada bukti penerbitan semula asal, ketelusan, atau fail komputer yang tersedia dari Ibu Pejabat NASA.

Warna yang digunakan di dalam logo ialah seperti berikut:[9]

Merah:

  • Pantone 185
  • Process 0C, 100M, 100Y, 0K
  • RGB 252R, 61G, 33B
  • HEX #FC3D21

Biru:

  • Pantone 286
  • Process 100C, 060M, 0Y, 0K
  • RGB 11R, 61G, 145B
  • HEX #0B3D91

  1. ^ Garber, Steve. "NASA "Meatball" Logo". NASA History Program Office. NASA. Dicapai pada 15 October 2015.
  2. ^ Ellen Lupton (1996). Mixing Messages: Graphic Design in Contemporary American Culture. Princeton Architectural. ISBN 156898099X.
  3. ^ NASA takes `meatball' over `worm', The Roanoke Times, (May 24, 1992).
  4. ^ "Rover's stunning image of lander". BBC News. 2004-01-21. Dicapai pada 2010-01-06.
  5. ^ Executive Order 10849 (Wikisource)
  6. ^ Executive Order 10942 (Wikisource)
  7. ^ "Media Usage Guidelines". National Aeronautic and Space Administration. Dicapai pada 28 September 2016.
  8. ^ "Code of Federal Regulations 14 CFR 1221". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-06. Dicapai pada 2007-11-21.
  9. ^ "NASAstyle FULL GUIDE – NASA StyleGuide" (PDF). National Aeronautics and Space Administration (NASA). November 2006. Dicapai pada 2017-06-05.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]