Lampu neon
Lampu neon terdiri daripada tabung berisi campuran neon dan gas-gas lain bertekanan rendah dan dua elektrod (anod dan katod), di mana voltan dan arus yang mencukupi melaluinya untuk menghasilkan nyalaan berwarna oren. Lampu jenis ini digunakan sebagai lampu penanda untuk peralatan elektronik.
Gambaran umum
[sunting | sunting sumber]Fungsi
[sunting | sunting sumber]Arus elektrik, sama ada yang berjenis terus mahupun ulang-alik, dialirkan melalui tiub lalu menyala berwarna merah-jingga. Gas yang terkandung ini biasanya jenis campuran Penning - yakni sebanyak 99.5% neon dan 0.5% argon yang mempunyai voltan nyalaan lebih rendah (striking voltage) daripada neon tulen - pada tekanan sebanyak 1-20 torr. Lampu ini menyala pendar (glow discharge) pada voltan nyalaan ini yang dikurangkan oleh cahaya ambien atau keradioaktifan.[1] Voltan yang diperlukan untuk menampung nyalaan ini berkurangan secara ketara (~30%) berbanding voltan nyalaan atas sebab penyusunan ion positif berdekatan katod. Lampu neon berfungsi menggunakan nyala pendar arus yang rendah berbanding alatan pencahayaan yang lebih berkuasa tinggi.
Warna
[sunting | sunting sumber]Lampu ini biasanya berwarna jingga dan ditambahkan dengan penapis bagi meningkatkan kekuatan dan kontras lalu bertukar warna kepada warna yang lebih kemerahan. Ia turut boleh diisi atau bercampur dengan gas lain seperti argon, kripton mahupun xenon, di mana nyalaan akhir yang terhasil lebih kebiruan (termasuk adanya ultraungu). Sinaran ultraungu ini pula boleh digunakan untuk menguja komponen fosfor yang menyaluti dalaman bebuli lalu boleh menghasilkan pelbagai warna termasuk putih.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Miller, William G. (1969). using and understanding miniature NEON LAMPS (PDF). Indianapolis: Howard W Sams & Co, Inc.
- ^ Yen, William M.; Yamamoto, Hajime (2007). Phosphor handbook. CRC Press. m/s. 442. ISBN 978-0-8493-3564-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Januari 2018. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)