Laluan Elizabeth
Laluan Elizabeth لالوان ايليزابيث | |
---|---|
Umum | |
Nama asal | Elizabeth line |
Jenis | |
Sistem | National Rail |
Lokasi | |
Terminal | Barat: Heathrow Terminal 4, Heathrow Terminal 5 dan Reading Timur: Abbey Wood dan Shenfield |
Stesen | 41 |
Operasi | |
Dibuka | 24 Mei 2022 |
Pemilik |
|
Pengendali | MTR Corporation (Crossrail) Ltd[2] |
Teknikal | |
Tolok landasan | 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) tolok piawai |
Pengelektrikan | 25 kV 50 Hz AC (talian atas) |
Kelajuan operasi | 90 mph (145 km/j) |
Laluan Elizabeth merupakan perkhidmatan kereta api penumpang pinggir bandar dengan kekerapan tinggi di London dan kawasan sekitarnya. Laluan ini menjalankan perkhidmatan di Crossrail di London tengah, antara Paddington dan Abbey Wood; di sepanjang Laluan Utama Great Western dari London Paddington ke Reading dan Lapangan Terbang Heathrow di barat serta di sepanjang Laluan Utama Great Eastern di antara Liverpool Street dan Shenfield di timur. Perkhidmatan ini dinamakan sempena Ratu Elizabeth II, yang secara rasminya membuka laluan rel tersebut pada 17 Mei 2022 ketika tahun Jubli Platinum baginda, dan laluan ini mula berkhidmat pada 24 Mei 2022.
Projek Crossrail diluluskan pada 2007 dan pembinaan bermula pada 2009. Pada asalnya dirancang untuk dibuka pada tahun 2018, projek tersebut beberapa kali tertangguh, termasuklah untuk beberapa bulan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Pada Mei 2015, perkhidmatan-perkhidmatan komuter sedia ada di satu seksyen bagi salah satu cabang timur di antara Liverpool Street dan Shenfield dialihkan kepada TfL Rail; khidmat pendahulu ini juga mengambil alih Heathrow Connect pada Mei 2018 dan beberapa khidmat tempatan di laluan Paddington ke Reading pada Disember 2019. Perkhidmatan-perkhidmatan ini ditambah dengan seksyen Crossrail tengah pada Mei 2022.
Laluan kereta api
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "TfL Rail: What we do" (dalam bahasa Inggeris). Pengangkutan untuk London. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2015. Dicapai pada 10 Disember 2018.
- ^ "MTR selected to operate Crossrail services". Railway Gazette International (dalam bahasa Inggeris). London. 18 Julai 2014.