Komponen Udara Belgium
Komponen Udara Angkatan Tentera Belgium | |
---|---|
Aktif | 1909-1915: Kompeni Juruterbang 1915-1940: Penerbangan Tentera 1940-1946: Seksyen Belgium, RAF 1946-1949: Penerbangan Tentera 1949-2002: Tentera Udara Belgium 2002-kini: Komponen Udara |
Negara | Belgium |
Saiz | 8,600 anggota |
Komander | |
Komander | Mejar-Jeneral Claude Van de Voorde |
Tanda kebesaran | |
Roundel | |
Simbol pengenalan |
Komponen Udara, dahulunya dikenali sebagai Tentera Udara Belgium, merupakan cabang udara bagi Angkatan Tentera Belgium. Komander sekarang adalah Mejar-Jeneral Claude Van de Voorde, yang mana telah dilantik pada 23 Julai, 2009.
Pesawat
[sunting | sunting sumber]Inventori terkini
[sunting | sunting sumber]Pesawat | Asal | Jenis | Kelainan | Dalam perkhidmatan | Nota | |
---|---|---|---|---|---|---|
Pesawat tempur | ||||||
F-35 Lightning II | Amerika Syarikat | Pelbagai peranan | F-35A | 34 buah dipesan[1] | ||
F-16 Fighting Falcon | Amerika Syarikat | Pelbagai peranan | F-16A | 43 buah[1] | ||
Pengangkut | ||||||
Airbus A321 | Perancis | Pengangkut VIP | 1[1] | |||
Embraer ERJ145 | Brazil | Pengangkut VIP | 3 [1] | |||
Airbus A400M | Perancis / Sepanyol | Angkutan udara taktikal | 7 buah dipesan[1] | |||
C-130 Hercules | Amerika Syarikat | Angkutan udara taktikal | C-130H | 9 | ||
Helikopter | ||||||
Alouette III | Perancis | Perhubungan | 3[1] | Diterbangkan untuk Tentera Laut Belgium | ||
NHIndustries NH90 | Kesatuan Eropah | ASW / SAR | NFH | 4 | Diterbangkan untuk Tentera Laut Belgium | |
NHIndustries NH90 | Kesatuan Eropah | Utiliti / pengangkutan | TTH | 4 | ||
AgustaWestland AW109 | Itali | Tinjauan / anti-armor | 20[1] | |||
Pesawat latihan | ||||||
Alpha Jet | Perancis / Jerman | Latihan / serangan ringan | 28[1] | |||
F-16 Fighting Falcon | Amerika Syarikat | latihan peralihan | F-16B | 9[1] | ||
SIAI-Marchetti SF.260 | Itali | Latihan | 32[1] |
Masa depan
[sunting | sunting sumber]Laporan kerajaan Belgium berkenaan visi pertahanan strategik menyatakan bahawa menjelang tahun 2030, Komponen Udara Belgium akan dilengkapkan dengan 34 buah pesawat pejuang baru dan sebuah pesawat penangki udara yang mampu menyokong pesawat pejuang baru ini dengan lebih bebas.
Belgium juga merancang untuk membeli 2 buah UAV pengawasan dengan pilihan tambahan 4 buah lagi. Pesawat UAV bersaiz besar ini mampu untuk terbang pada aras yang lebih tinggi. Tujuan utamanya adalah untuk tugasan peninjauan dengan pilihan untuk dilengkapi dengan senjata. [1]
Terdapat kontroversi dalam kerajaan Belgium berkenaan akan penggantian armada pesawat F-16 Fighting Falcon. Parti sosialis Flemish mendakwa bahawa kerajaan telah memilih pesawat F-35 Lightning II kerana mereka ingin membeli pesawat pejuang generasi baru. Menteri Pertahanan, Steven Vandeput menyangkal berita ini dan mengatakan bahawa tiada pilihan rasmi yang telah dibuat sehingga tahun 2018 dan semua pilihan masih terbuka. [2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Pacco, John. Belgisch Leger/Armee Belge: Het Militair Vliegwezen/l'Aeronautique Militaire 1930-1940. Aartselaar, Belgium, 2003. ISBN 90-801136-6-2.