Pergi ke kandungan

Knight Bachelor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Knight Bachelor merupakan pangkat anugerah kesateriaan asas yang dikurniakan kerabat diraja United Kingdom kepada seorang lelaki atas sumbangan kepada orang awam baik dalam bidang profesional (seperti peguam dan hakim) mahupun kesenian (seperti artis dan karyawan). Ia adalah sebahagian daripada sistem kepujian British,[1] malah ia ,erupakan penganugerahan paling tertua[2] di mana ia telah lama wujud semasa pemerintahan Raja Henry III pada abad ke-13.

Lelaki yang mendapat kehormatan ini diberi gelaran "Sir" sementara isteri-insteri pembawa anugerah ini diberi gelaran "Lady" pada nama keluarga mereka[3][4][5] - misalnya, seorang John Doe yang dikurniakan pangkat aan dipanggil "Sir John" manakala isterinya Jane Doe diberi gelaran "Lady Doe". Tiada anugerah seumpaa yang diberikan untuk kaum wanita dan warga asing.

  1. ^ "The British Honours System". www.churchill-society-london.org.uk. Dicapai pada 2017-05-23.
  2. ^ Neave, F.G.; Turner, Grange (1930). Mozley & Whiteley’s Law Dictionary (ed. 5th). London: Butterworth & Co. m/s. 183.
  3. ^ "The British Honours System". www.churchill-society-london.org.uk. Dicapai pada 2017-05-23.
  4. ^ "Form of address". Imperial Society of Knights Bachelor. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-02. Dicapai pada 17 April 2014.
  5. ^ "Knight Bachelor". Forms of address. Debrett's. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2014. Dicapai pada 17 April 2014.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]