Pergi ke kandungan

Kloroplas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kloroplas dalam sel Plagiomnium affine, sejenis lumut

Kloroplas merupakan subunit organel khusus yang terdapat di dalam sesebuah sel tumbuhan dan algae. Fungsi utama kloroplas adalah untuk menghasilkan process fotosintesis apabila pigmen sensitif cahaya klorofil mengumpul tenaga daripada cahaya matahari dan menukarkannya sebelum menyimpankannya dalam molekul tenaga simpanan ATP dan NADPH, sambil membebaskan oksigen daripada air. ATP dan NADPH kemudian digunakan untuk menghasilkan molekul organik dengan mengunakan karbon dioksida dalam kitaran Kelvin. Koroplas juga menjalankan fungsi lain seperti sintesis asid lemak, asid amino dan sistem imun tumbuh-tumbuhan. Bilangan kloroplas dalam sesuatu sel berbeza, sebagai contoh 1 kloroplas dalam algae sehingga 100 kloroplas dalam tumbuhan seperti Arabidopsis dan gandum.[1]

Kloroplas merupakan salah satu daripada tiga jenis plastid dan dibezakan daripada plastid lain (iaitu leucoplas dan kromoplas) berdasarkan ketumpatan klorofil. Kloroplas merupakan struktur yang unik dan mampu bergerak dalam sel tumbuhan. Ciri-ciri kloroplas dipengaruhi faktor-faktor persekitaran seperti warna dan keamatan cahaya. Kloroplas mempunyai DNA tersendiri yang diwarisi daripada cyanobacteria fotositetik yang berasal daripada sel eukariot.

Kloroplas merupakan organel yang berbentuk ceper dan terdiri daripada dua membran.

  • Granum - merupakan bahagian kloroplas yang menjalankan tindak balas fotosintesis.di dalam nya mengandungi klorophil
  • Stroma - adalah cecair yang mengandungi enzim-enzim untuk mengawal proses fotosintesis.

Kloroplas berfungsi sebagai tempat berlakunya fotosintesis. kloroplas banyak pada sel mesofil palisad dan pada sel mesofil berspan .

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Bahagian lain di dalam sel:

  1. ^ "How large are chloroplasts?". Cell Biology By The Number. Ron Milo and Rob Philips.
Organel sel
Akrosom | Dinding sel | Membran sel | Kloroplas | Silium/Flagelum | Sentrosom | Sitoplasma | Retikulum endoplasma | Jasad / perkakas Golgi | Lisosom | Melanosom
Mitokondrion | Miofibril | Nukleus | Parentesom | Peroksisom | Plastid | Ribosom | Vakuol | Vesikel



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.