Pergi ke kandungan

Kkakdugi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kkakdugi
Nama Korea
Hangul깍두기
Hanjan/a
Perumian Semakankkakdugi
McCune–Reischauerkkaktuki

Kkakdugi adalah sejenis kimchi dalam masakan Korea. Lazimnya, ia mempunyai semua bahan-bahan kimchi, tetapi baechu (hangul: 배추; kubis Napa) yang biasa digunakan untuk kimchi digantikan dengan daikon Korea (called mu, ). Kkakdugi merupakan banchan (hidangan sampingan) popular dinikmati oleh orang Korea dan lain-lain.

Asal usul kkakdugi disebutkan dalam buku masakan yang bernama Joseon yorihak (조선요리학 朝鮮料理學, harfiah "Gastronomi Korea") ditulis oleh Hong Seon-pyo (홍선표) pada tahun 1940. Menurut buku itu, kkakdugi telah dicipta oleh Puteri Sukseon (숙선옹주 淑善翁主), anak perempuan Raja Jeongjo (r. 1776-1800) dan isteri Hong Hyeon-ju (홍현주 洪 顯周), seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi bergelar Yeongmyeongwi (영명위 永明慰). Apabila pengucapan tahniah berlaku kepada kerabat diraja, ahli-ahli keluarga diraja berkumpul untuk jamuan, dan puteri itu mempersembahkan hidangan baru yang dibuat dengan lobak dipotong dadu kepada raja. Raja itu sangat memujinya dan bertanya kepadanya tentang nama hidangan ini. Puteri tersebut menjawab bahawa hidangan itu tidak mempunyai nama kerana dia tidak sengaja membuatnya, tetapi mendapati bahawa rasanya sedap, jadi dia membawa hidangan baru itu ke istana. Raja menjawab bahawa hidangan itu akan dinamakan kkakdugi kerana potongan makanan menjadi kiub dipanggil ggakduk sseolgi (깍둑썰기) dalam bahasa Korea. Pada masa itu, kkakdugi dipanggil gakdokgi (각독기 刻毒氣) dan kemudian tersebar kepada rakyat jelata.[1]

Penyediaan

[sunting | sunting sumber]

Kkakdugi terdiri daripada potongan lobak menjadi kiub kecil. Lobak diperisa dengan garam, serbuk cili, daun bawang, dan halia.[2]

Lobak dan bahan-bahan lain dicampurkan bersama dan kemudian secara tradisional disimpan dalam jangdok (hangul: 장독) atau onggi (hangul: 옹기, hanja: ), kedua-dua nama yang merujuk kepada pasu tembikar besar. Penapaian mengambil masa kira-kira dua minggu di tempat yang sejuk dan kering.[2]

Kkakdugi dihidangkan sejuk dan biasanya dimakan ketika lobak masih rangup. Ini adalah sebelum lobak menjadi lembut. Kkakdugi, bersama dengan kimchi jenis lain, merupakan hidangan popular di Korea dan dipercayai untuk berkongsi banyak manfaat kesihatan seperti kimchi, disebabkan proses penapaiannya.

Kepelbagaian

[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa jenis kkakdugi utama, yang semua bahan-bahan dan penyediaannya agak sama:[3]

  • Kkakdugi biasa
  • Gul kkakdugi (굴깍두기) adalah sejenis kkakdugi yang diperisa dengan tiram mentah. Ia diperbuat terutamanya pada musim sejuk sekitar Tahun Baru Korea. Saeujeot (udang diawet masin) dan daun dropwort air, bersama-sama dengan rempah lain, digunakan untuk membuat ini.[4] Disebabkan penggunaan tiram, hayat simpanan adalah lebih pendek berbanding dengan lain-lain jenis kkakdugi. Ia paling kerap digunakan di Pulau Jeju dan Seoul.
  • Gegeolmu kkakdugi (게걸무깍두기) dibuat dengangegeolmu (gegeol lobak), makanan istimewa tempatan kawasan Yeoju.[5]
  • Myeongtae seodeori kkakdugi (명태서더리깍두기) dibuat dengan insang pollock Alaska. Meongtae merujuk kepada ikan dan seodeori ertinya organ ikan dalam bahasa Korea.[6]
  • Suk kkakdugi (숙깍두기) dibuat dengan lobak rebus selepas dipotong dadu,[7] jadi ia adalah baik untuk orang-orang tua.
  • Musongsongi (무송송이) adalah kkakdugi yang pernah dimakan di istana diraja yang namanya berasal dari kata keterangan, songsong (송송) sebab lobak untuk itu dipotong kecil dan dipotong dadu.

Seolleongtang

[sunting | sunting sumber]

Sup Korea seperti seolleongtang (sup daging lembu), galbitang (galbi, atau sup tulang rusuk), samgyetang (sup ayam ginseng) adalah dianggap "kawan baik" untuk kkakdugi.[8]

Rasa kkakdugi mengatasi rasa stew itu sendiri dan menghilangkan bau stew yang kuat. Di samping itu, lobak adalah sangat baik untuk penghadaman. Apabila makan daging dalam stew, kkakdugi dipercayai membantu dalam penghadaman.[9]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]


  1. ^ Kang Jeyun (강제윤) (2004-01-12). 막 버무린 깍두기에 밥 한그릇 뚝딱 (dalam bahasa Korean). OhMyNews.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b "Brief information about kkakdugi" (dalam bahasa Korean). Munhwa Ilbo (Newspaper) Kimchi EXPO 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-24. Dicapai pada 2015-08-21.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Gul kkakdugi(굴깍두기)" (dalam bahasa Korean). Naver/Doosan Encyber.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ 굴깍두기 (dalam bahasa Korean). Chosun. 2012-07-26. Dicapai pada 2013-03-26.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ 무 활용 음식 (dalam bahasa Korean). Dictionary of Korean Culture. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-13. Dicapai pada 2013-03-26.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Myeongtae seodeori kkakdugi (명태서더리깍두기)" (dalam bahasa Korean). Naver/Doosan Encyber.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ 숙깍두기 (dalam bahasa Korean). Korean Food RDA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-19. Dicapai pada 2013-03-26.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ Hi Soo Shin Hepinstall; Sonya Hepinstall (2001). Growing Up in a Korean Kitchen: A Cookbook. Cubed Radish Kimchi : Kkagdugi. Ten Speed Press. m/s. 100. ISBN 1-58008-281-5. Dicapai pada 2008-05-18.
  9. ^ "Good match: Seolleongtang and Kkagdugi (궁합: 설렁탕과 깍두기)" (dalam bahasa Korean). Daegu Schools Nutritionist Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 2008-05-18.CS1 maint: unrecognized language (link)