Khöömei
Khöömei (Bahasa Mongolia: ᠬᠥᠭᠡᠮᠡᠢ /хөөмий/khöömii; Хөөмей , khöömei ; Cina Ringkas: 呼麦 ; pinyin: hūmài) atau hooliin chor adalah salah satu gaya nyanyian diamalkan dalam budaya orang-orang nomad Mongolia, Mongolia Dalam, Tuva dan Siberia. Ia melibatkan penerapan lebih dari satu pic terbunyi mendampingi suatu pic asas dalam pelantangan suara sekaligus[1] hasil penggerakan yang mengolah rongga mulut dan saluran udara sendiri.
Pada tahun 2009, ia telah disenaraikan sebagai salah satu Warisan Budaya Kemanusiaan Tidak Ketara UNESCO.[2]
Jenis
[sunting | sunting sumber]Gaya nyanyian ini dibezakan mengikut cara suara disampaikan dalam seberapa jenis yang berbeza:[2]
- kharkhiraa khöömei - nyanyian di mana dron muzik dalam rangkuman nada suara biasa sambil ada suara sampingan mengharmoni bawah satu oktaf.
- isgeree Khöömei - nyanyian yang menekankan nada lebih tinggi daripada dron nada asas lalu menghasilkan bunyi siulan bernada tinggi.
Kelaziman
[sunting | sunting sumber]Nyanyian ini lazim dipersembahkan dalam banyak tujuan sama ada dalam peringkat rasmi seperti majlis tokoh ternama mahupun serendah peringkat tidak formal seperti semasa menggembala ternakan mahupun mendodoikan anak tidur.
Penyanyian ini sering diajarkan daripada orang-orang tua yang mahir kepada pelajar muda yang berminat. Kaum wanita pula pernah tidak digalakkan kerana dikhuatiri akan menyukarkan kelahiran anak sendiri, namun keadaan ini berubah dari seawal 1950-an lagi-lagi dengan wujudnya suatu acara "simposium antarabangsa" yang bertujuan memperkenalkan gaya nyanyian ini kepada orang ramai.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Aksenov, A. N. (1973). "Tuvan Folk Music". Asian Music. 4. m/s. 7-18.
- ^ a b "Intangible Heritage - Lists: Mongolian art of singing, Khoomei". UNESCO (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Disember 2019.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Khoomei.com
- A demonstration of throat singing (YouTube video)
- The Art of Tuva Throat Singing (13 Januari 2006) On Point Radio
- Contoh dan video jenis-jenis gaya nyanyian khöömei