Ketumpatan
Ketumpatan atau ketumpatan jisim sesuatu bahan merupakan sukatan jisim per unit isipadu. Simbol yang biasanya digunakan untuk ketumpatan ialah ρ (huruf kecil abjad Yunani rho). Dalam sesetengah industri (terutamanya dalam industri minyak dan gas di Amerika Syarikat), ketumpatan merupakan berat objek per unit isipadu;[1] namun begitu, kuantiti ini lebih dikenali sebagai berat spesifik. Bahan berlainan mempunyai ketumpatan yang berbeza. Oleh itu, ketumpatan merupakan konsep penting dalam keapungan, ketulenan dan pembungkusan. Osmium dan iridium merupakan jisim yang paling tumpat mengikut suhu dan tekanan piawai tetapi kedua-duanya bukanlah bahan yang mempunyai ketumpatan tertinggi.
Maka
di mana
manakala
1 g cm-3 = 1000 kg m-3
Ketumpatan bahan lazim
[sunting | sunting sumber]Bahan | Ketumpatan dalam kg/m3 | |
Iridium | 22,650 | |
Osmium | 22,610 | |
Platinum | 21,450 | |
Emas | 19,300 | |
Uranium | 19,050 | |
Merkuri | 13,580 | |
Paladium | 12,023 | |
Plumbum | 11,340 | |
Perak | 10,490 | |
Kuprum | 8,920 | |
Besi | 7,870 | |
Timah | 7,310 | |
Titanium | 4,507 | |
Intan | 3,500 | |
Aluminium | 2,700 | |
Magnesium | 1,740 | |
Air Laut | 1,025 | |
Air | 1,000 | |
Etanol | 790 | |
Gasolin | 730 | |
Aerogel | 3 | |
Gas1 | 0.0446 darab purata jisim molekul |
1 Mana-mana gas
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Definisi ketumpatan dalam Glosori Gas dan Minyak". Oilgasglossary.com. Dicapai pada 2010-09-14.