Kepulauan Alor
Kepulauan Alor ialah sebuah kepulauan yang terletak di sebelah timur Kepulauan Sunda Kecil, Indonesia.
Pulau Alor ialah pulau terbesar dalam kepulauan ini, dan terletak di hujung timur. Pulau Pantar pula ialah pulau kedua terbesar. Pulau-pulau kecil dalam kumpulan itu termasuk Kepa, Buaya, Ternate (tidak boleh dikelirukan dengan Ternate di Maluku Utara), Pura dan Tereweng. Berdasarkan pentadbiran, kepulauan Alor membentuk kabupaten sendiri dalam wilayah Nusa Tenggara Timur. Kabupaten ini terbahagi kepada 17 kecamatan dan 158 kampung, dan berkeluasan 2,928,88 km2, dan dihuni sebanyak 211,872 orang setakat bancian 2020.[1]
Di sebelah timur kepulauan itu ialah Selat Ombai yang memisahkannya dari pulau Wetar dan Atauro, dengan pulau kedua milik Timor Timur. Di selatan, melintasi Selat Alor, terletak bahagian barat Timor. Di sebelah utara pula ialah Laut Banda, dan di barat, terletaknya seluruh Kepulauan Sunda.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Badan Pusat Statistik, Jakarta, 2021.