Kediktatoran
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (September 2017)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Kediktatoran ialah satu bentuk pemerintahan di mana sesebuah negara diperintah oleh seorang ketua pemerintah atau entiti politik, dan kekuasaan entiti ini dilaksanakan serta dikekalkan melalui pelbagai cara agar ia masih berdiri kuat.[1] Ia merupakan sejenis autoritarianisme di mana ahli politik menentukan segala aspek kelakuan orang ramai dan orang perseorang pimpinannya melalui polisi yang ditentukan pemerintah. Pemerintahan diktator dan autoritarian selalunya menggunakan propaganda politik untuk mengurangkan pengaruh lawan atau sistem alternatif.
Pemerintahan kediktatoran serta demokrasi berperlembagaan menjadi dua jenis bentuk pemerintahan yang utama selepas berkurangnya pemerintahan beraja di kebanyakan negara sejak abad ke-19 hingga abad ke-20.[2]
Jenis
Istilah yang paling umum berkaitan dengan pemerintahan ini ialah despotisme, iaitu pemerintah di mana suatu entiti tunggal memerintah dengan secara mutlak sama ada melalui seorang individu (autokrasi) mahupun sebuah kumpulan tertentu[3] (oligarki). Despotisme boleh difahamkan sebagai kezaliman (penguasaan melalui ugutan hukuman dan keganasan), or absolutisme (faham kuasa mutlak); atau kediktatoran (sejenis pemerintahan di mana ketua yang memimpinnya merupakan diktator yang mutlak - tidak dihalangi oleh sesebuah perlembagaan, undang-undang atau sebarang kuasa pembangkangan dan sebagainya)[4]. Kediktatoran boleh mengambil bentuk autoritarianisme atau totalitarianisme.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Margaret Power (2008). "Dictatorship and Single-Party States". Dalam Bonnie G. Smith (penyunting). The Oxford Encyclopedia of Women in World History: 4 Volume Set. Oxford University Press. m/s. 1–. ISBN 978-0-19-514890-9. Dicapai pada 14 Disember 2013.
- ^ "dictatorship". Encyclopaedia Britannica. Chcago. 2013. 162240.
- ^ Despotism. Internet Archive (Filem dokumentari). Prelinger Archives. Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: Encyclopædia Britannica, Inc. 1946. OCLC 6325325.
- ^ WordNet Search – 3.0[pautan mati]
Bacaan lanjut
- Friedrich, Carl J.; Brzezinski, Zbigniew K. (1965). Totalitarian Dictatorship and Autocracy (ed. ke-2). Praeger.
- Bueno de Mesquita, Bruce; Smith, Alastair; Siverson, Randolph M.; Morrow, James D. (2003). The Logic of Political Survival. The MIT Press. ISBN 0-262-63315-9.
- William J. Dobson (2013). The Dictator's Learning Curve: Inside the Global Battle for Democracy. Anchor. ISBN 978-0307477552.
- Bruce Bueno de Mesquita dan Alastair Smith (2011). The Dictator's Handbook: Why Bad Behavior is Almost Always Good Politics. Random House. m/s. 272. ISBN 9781610390446. OCLC 701015473.
- Jan C. Behrends. Dictatorship: Modern Tyranny Between Leviathan and Behemoth dalam Docupedia Zeitgeschichte, 14 Mac 2017.