Pergi ke kandungan

Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Pantai Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pantai Barat
  • Cina:西海岸集选区/Xī Hǎi'àn Jí Xuǎnqū
    Inggeris:West Coast Group Representation Constituency
    Tamil:மேற்கு கடலோர குழுப் பிரதிநிதித்துவத் தொகுதி/Mēṟku Kaṭalōra Kuḻup Piratinitittuvat Tokuti
Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan
bagi Parlimen Singapura
WilayahBarat Singapura
Pengundi146,251
Kawasan undi semasa
Dibentuk1997; 27 tahun yang lalu (1997)
Bilangan wakil5
PartiParti Tindakan Rakyat
Wakil
Majlis BandaranPantai Barat
Ditubuhkan dariGRC Brickworks dan GRC Tanjong Pagar

Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Pantai Barat adalah sebuah Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan dengan lima Anggota Parlimen (AP) yang terletak di penghujung barat daya Singapura. GRC ini dibagi menjadi lima bahagian dan sedang dikuasai oleh Parti Tindakan Rakyat. Lima bahagian yang dimaksud meliputi Ayer Rajah, Pantai Barat, Boon Lay, Nanyang dan Telok Blangah. GRC Pantai Barat merangkumi kawasan-kawasan yang berada di sekitar Ayer Rajah, Dover, Pasir Panjang, Pantai Barat, Jurong, Pulau Jurong, Sentosa, Telok Blangah, Tuas, keseluruhan laut di sebelah barat Singapura serta sebahagian besar lautan di sebelah selatan Singapura.

GRC Pantai Barat, setelah pilihan raya umum Singapura 2020 masih dipimpin oleh S. Iswaran, yang menjadi penerus Lim Hng Kiang, dan Desmond Lee Ti-Seng. Dengan peraturan undi PAP sebesar 51.69% pengundi pada PRU 2020, GRC ini merupakan kawasan undi dengan selisih paling sedikit dibanding kawasan undi yang lain.

Kawasan undi ini, pada tahun 1997, masih menjadi kawasan undi dengan empat AP sebelum akhirnya bertambah menjadi lima apabila Kawasan Undi Perseorangan Boon Lay dan Bahagian di Kawaaan Undi Perwakilan Berkumpulan Bukit Timah diserap ke dalam kawasan ini. Di tahun 2006, Pantai Barat menyerap bahagian di Kawasan Undi Perseorangan Ayer Rajah sehingga wad ini berganti nama menjadi Bahagian Ayer Rajah-Pantai Barat. Pada tahun 2011, Bahagian yang dikuasai Cedric Foo Chee Keng bernama Kawasan Undi Perseorangan Pioneer terukir keluar dan Kawasan Perindustrian Jurong, Pulau Jurong, dan Tuas terserap ke dalam Ayer Rajah. Tahun 2015, GRC mengecil menjadi empat anggota saat Bahagian Clementi diukir keluar dan diserap ke dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Jurong. Ukuran GRC ini dibalik lagi menjadi lima AP menjelang pilihan raya umum Singapura 2020 setelah Bahagian Nanyang di CCK dan Bahagian Jurong Barat digabung ke dalam kawasan undi ini.

Kawasan undi ini ditantang Parti Pekerja di tahun 1997. Setelahnya, kawasan undi ini tak tertanding sehingga tahun 2006. Kenneth Jeyaretnam sempat memimpin pertarungan bersama dengan Parti Reform Singapura di tahun 2011 dan 2015 sebelum akhirnya kawasan ini ditanding oleh Tan Cheng Bock bersama-sama dengan Parti Kemajuan Singapura. Parti ini berjaya menghantarkan dua calon mereka menjadi NCMP setelah menantang Parti Tindakan Rakyat dengan pertandingan yang panas.

Anggota-Anggota Parlimen

[sunting | sunting sumber]
Pilihan raya Bahagian Penyandang Parti
1991 PAP
Pembentukan
1997
  • Clementi
  • Pasir Panjang
  • Telok Blangah
  • Pantai Barat
PAP
2001
  • Boon Lay
  • Clementi
  • Pioneer
  • Telok Blangah
  • Pantai Barat
PAP
2006
  • Boon Lay
  • Clementi
  • Pioneer
  • Telok Blangah
  • Pantai Barat - Ayer Rajah
PAP
2011
  • Ayer Rajah
  • Boon Lay
  • Clementi
  • Telok Blangah
  • West Coast
PAP
2015
  • Ayer Rajah
  • Boon Lay
  • Telok Blangah
  • Pantai Barat
PAP
2020
  • Ayer Rajah - Gek Poh
  • Boon Lay
  • Nanyang
  • Telok Blangah
  • Pantai Barat
PAP

Tanggungjawab operasi

[sunting | sunting sumber]
  • Ayer Rajah-Gek Poh - Kebun Teban, Kebun Pandan, Empangan Pandan, Tuas, Depot Tuas, sebelah selatan Pasir Laba, Lapangan Golf Raffles, Tuas Checkpoint, Pulau Samulun, Pulau Jurong, Integrated Train Testing Centre (ITTC), Tuas Selatan, Shipyard, Benoi dan Bundaran Gul, Bulim, Depot Bas Bulim dan Jurong Barat (Blok 271A-276D, 732-739 dan 743-766), Pusat Belanja Gek Poh
  • Boon Lay - Boon Lay (Blok 174-183D, 185-191, 196A-218D, 221 (Pusat Belanja Boon Lay), 237A-239B (Boon Lay Glade BTO) dan 257-268C), Blok Jurong Barat 617-638, 667-686
  • Nanyang - Jurong Barat (Blok 701-731, 810-866, 901-926, 928-950, 952, 953, 959-967B dan 974-980), Kamp Pasir Laba, Pasir Laba (MMRC, Lapangan Tembak SAFTI), Bukit Peng Kang, Universiti Teknologi Nanyang, Jembatan Nanyang, Nanyang Crescent, Gerbang Nanyang, Lorong Tawas, Taman Yunnan, Estet Perumahan Yunnan, dan Estet Westwood
  • Telok Blangah - VivoCity, HarbourFront Tengah, Resorts World Sentosa, Sentosa, Kelab Keppel, Tanjong Berlayar, Telok Blangah (Drive/Heights dan Jalan 31 & 32), Jalan Depot, TamanHort, Southern Ridges, NUS, Estet HDB Dover, Jalan Pasir Panjang, Bangunan PSA, Taman Sains, Kent Ridge Crescent, Universiti Nasional Singapura, one-North, Mall Rochester, Star Vista dan Pulau-pulau Selatan (Pulau Tembakul, Pulau Sekijang Bendera & Pelepah, Pulau Bukom dan Pulau Hantu)
  • Pantai Barat - West Coast Drive/Link Private Estate dan Clementi Barat (Blok 501-520, 601-613, 701-717, 720-731 dan 801A-C)

Calon-calon dan Keputusan

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya pada 2020-an

[sunting | sunting sumber]
PRU 2020: GRC Pantai Barat[1][2]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat 71,658 51.68% 26.89
Parti Kemajuan Singapura 66,996 48.32% N/A
Majoriti 4,662 3.36% 53.77
Jumlah undian sah 138,654 98.83% 1.42
Undian rosak 1,645 1.17% 1.42
Peratusan mengundi 140,299 96.04% 2.32
Pengundi terdaftar 146,089
PAP kekal Peralihan 26.89

Pilihan raya pada 2010-an

[sunting | sunting sumber]
PRU 2015: GRC Pantai Barat[3][4]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat 71,214 78.57% 12.00
Parti Reform Singapura
  • Kenneth Andrew Jeyaretnam
  • Andy Zhu Lai Cheng
  • Darren Soh Guan Soon
  • Noraini binti Yunus
19,426 21.43% 12.00
Majoriti 51,788 57.14% 24.00
Jumlah undian sah 90,640 97.40% 0.07
Undian rosak 2,416 2.60% 0.07
Peratusan mengundi 93,056 93.71% 1.33
Pengundi terdaftar 99,300
PAP kekal Peralihan 12.00
PRU 2011: GRC Pantai Barat[5][6]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat 72,564l3 66.57% N/A
Parti Reform Singapura
  • Kenneth Andrew Jeyaretnam
  • Andy Zhu Lai Cheng
  • Frankie Low Chiak Huan
  • Kumar a/l Appavoo
  • Ho Soak Harn
36,443 33.43% N/A
Majoriti 36,120 33.14% N/A
Jumlah undian sah 109,006 97.48% N/A
Undian rosak 2,821 2.52% N/A
Peratusan mengundi 111,827 92.28% N/A
Pengundi terdaftar 121,045
PAP kekal Peralihan N/A

Pilihan raya pada 2000-an

[sunting | sunting sumber]
PRU 2006: GRC Pantai Barat[7][8]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat N/A Tak tertanding
Pengundi terdaftar 137,739
PAP kekal Peralihan N/A
PRU 2001: GRC Pantai Barat[9][10]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat N/A Tak tertanding
Pengundi terdaftar 110,779
PAP kekal Peralihan N/A

Pilihan raya pada 1990-an

[sunting | sunting sumber]
PRU 1997: GRC Pantai Barat[11][12]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat 48,275 70.14% N/A
Parti Pekerja Singapura
  • Mike Chan
  • Anthony D'Cruz
  • John Gan Eng Guan
  • Ng Teck Siong
20,550 29.86% N/A
Majoriti 27,725 40.28% N/A
Jumlah undian sah 68,825 97.50% N/A
Undian rosak 1,762 2.50% N/A
Peratusan mengundi 70,587 95.36% N/A
Pengundi terdaftar 74,022
Parti Tindakan Rakyat menang (kerusi baru)
  1. ^ (Inggeris) [1]
  2. ^ (Inggeris) [2]
  3. ^ (Inggeris) [3]
  4. ^ (Inggeris) [4]
  5. ^ (Inggeris) [5]
  6. ^ (Inggeris) [6]
  7. ^ (Inggeris) [7]
  8. ^ (Inggeris) [8]
  9. ^ (Inggeris) [9]
  10. ^ (Inggeris) [10]
  11. ^ (Inggeris) [11]
  12. ^ (Inggeris) [12]