Pergi ke kandungan

Karma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Menurut ajaran Buddha, undang-undang karma, menyatakan: `bagi setiap peristiwa yang berlaku, akan disusuli oleh peristiwa yang lain yang berlaku akibat peristiwa pertama, dan peristiwa kedua ini akan membawa nikmat atau sebaliknya bergantung kepada kepada sebab musabab peristiwa pertama.' Sekiranya peristiwa pertama berlaku bukan disebabkan nafsu, kerakusan dan sifat-sifat yang buruk maka pembuatnya akan mendapat kenikmatan dan kebahagiaan. Manakala jika peristiwa pertama adalah disebabkan nafsu dan segala sifat yang buruk, maka pembuatnya akan menerima padah.

Menurut Chandogya Upanishad salah satu kitab di dalam agama Hindu, doktrin karma menyebut bahawa mereka yang bersifat terpuji akan dimasukkan kedalam rahim baik kaum Brahmin, Kshatriya, atau Vaisya; tetapi mereka yang bersifat tercela akan masuk ke dalam rahim busuk seekor anjing atau kinzir.

Dengan kata lain, setiap manusia harus bertanggungjawab atas segala yang dilakukan dan akan menerima balasannya yang setimpal.