Pergi ke kandungan

Kapten

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang kapten memerhatikan laut mencari sebarang batasan, 1941.

Kapten (Jawi: کڤتن) atau kapitan[1] merupakan satu pangkat atau gelaran dengan pelbagai makna berpincang mengikut konteks disentuh baik dalam bidang pelayaran, tentera, penerbangan, polis, perkhidmatan kecemasan dan sukan, namun umumnya difahamkan menandakan peranan penjawat mengetuai atau memimpin sesebuah pasukan.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Gelaran ini datangnya dari Bahasa Latin capitaneus ("ketua") terbitan perkataan caput yakni "kepala";[2] hal ini boleh diibaratkan dengan penggunaan perkataan "kepala" atau "hulu" (lihat penghulu) merujuk kepada gelaran ketua sesebuah kelompok. Perkataan Latin ini diturunkan kepada dua bentuk Romawi yang diserap dalam bahasa Melayu:

Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera Darat Tentera Laut Tentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil Marsyal Laksamana Armada Marsyal TUDM
Jeneral Laksamana Jeneral TUDM
Leftenan Jeneral Laksamana Madya Leftenan Jeneral TUDM
Mejar Jeneral Laksamana Muda Mejar Jeneral TUDM
Brigedier Jeneral Laksamana Pertama Brigedier Jeneral TUDM
Kolonel Kepten Kolonel TUDM
Leftenan Kolonel Komander Leftenan Kolonel TUDM
Mejar Leftenan Komander Mejar TUDM
Kapten Leftenan Kapten TUDM
Leftenan Leftenan Madya Leftenan TUDM
Leftenan Muda Leftenan Muda Leftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran I Pegawai Waran I Pegawai Waran Udara I
Pegawai Waran II Pegawai Waran II Pegawai Waran Udara II
Staf Sarjan Bintara Kanan Flait Sarjan
Sarjan Bintara Muda Sarjan Udara
Koperal Laskar Kanan Koperal Udara
Lans Koperal Laskar Kelas I Laskar Udara Kanan
Prebet Laskar Kelas II Laskar Udara I
Prebet Laskar Muda Laskar Udara II
Perajurit Muda Perajurit Muda Perajurit Muda

Dalam ketenteraan

[sunting | sunting sumber]

Seseorang kapten tentera dipilih untuk memimpin dan memberi perintah ke atas kompeni askar-askar. Pangkat ini juga lebih umum bertindak sebagai pemerintah kedua pasukan artileri dalam sesebuah angkatan tentera.

Dalam pelayaran

[sunting | sunting sumber]

Kapten atau nakhoda sesebuah kapal dipertanggungjawabkan atas keselamatan kapal yang dikemudikan dalam pelayaran[6]:4 serta isi yang diangkutkan,[6]:7 kebajikan anak-anak kapal[6]:7-11 serta pematuhan pelayaran kapal dikemudikan mengikut undang-undang perairan setempat dan antarabangsa.[6]:3

Dalam sukan

[sunting | sunting sumber]

Kapten sesebuah pasukan sukan dilantik jurulatih dengan tanggungjawab diamanahkan mengatur strategi dan kerjasama sesama rakan sepasukan semasa sesuatu perlawanan itu berlangsung. Pemilihan seseorang kapten boleh ditentukan tahap keupayaan bermain mahupun kepimpinan.[7]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "kapitan". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 509 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  2. ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "căpĭtānĕus". A Latin Dictionary – melalui Projek Perseus.
  3. ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1936). Portuguese Vocables in Asiatic Languages. Diterjemahkan oleh Xavier Soares, Anthony (ed. bahasa Inggeris). Baroda: Oriental Institute. m/s. 78.
  4. ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "kapitein". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  5. ^ Kwik Khing Djoen (1923). "kapitein" (PDF). Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 164.
  6. ^ a b c d Aragon, James R.; Messer, Tuuli Anna (2001). Master's handbook on ship's business. Cambridge, Md: Cornell Maritime Press. ISBN 0-87033-531-6.
  7. ^ "Oy, oy captain! Picking captains can give coaches headaches". USA Today. 19 Ogos 2017.