Pergi ke kandungan

Kakapo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kakapo
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Tribus:
Strigopini
Genus:
Strigops

Gray, 1845
Spesies:
S. habroptila
Nama binomial
Strigops habroptila
Gray, 1845

Kakapo (lebih tepat ditulis bertanda makron dalam bahasa Māori: kākāpō "kakaktua malam"[1]) atau nama saintifiknya Strigops habroptila (Gray, 1845) ialah spesies bayan nokturnal tidak boleh terbang dan endemik kepada New Zealand.[2] Burung ini juga antara burung yang mempunyai jangka hidup paling lama di dunia mampu hidup seusia 100 tahun lamanya.[3]

Burung ini terancam genting terutamanya dijejaskan ketibaan spesies-spesies ceroboh diperkenalkan orang Eropah yang menduduki pulau itu seperti kucing, tikus, dan cerpelai yang banyak memangsakan haiwan ini secara mendadaknya; hanya 201 ekor burung dewasa yang masih ada tertumpu di pulau-pulau hutan simpan jauh dari tanah besar New Zealand dengan pengawasan sangat ketat.[4]

Ciri fizikal

[sunting | sunting sumber]

Burung kakapo berukuran besar dan gemuk; jantan memiliki panjang hingga 60 sentimeter dan berat antara 2 hingga 4 kilogram ketika dewasa.[5] Sayapnya terlalu pendek sekadar ukuran mereka serta tiadanya tulang lunas di dada yang mempunyai otot memudahkan burung-burung biasa mengepak terbang, sebaliknya dua-dua pasang sayap ini digunakan kakapo untuk tujuan menyeimbang dan menopang diri berjalan di darat. Kakapo menyimpan sejumlah besar lemak dalam tubuh yang boleh dijadikan sumber tenaga.[3]

Bulu-bulu kakapo lembut kerana sifat tidak mampu terbang ini. Pada hujung kepala Kakapo terdapat bulu berwarna hijau lumut kuning berbintik hitam atau kelabu atau perang yang memudahkan ia menyamar di sebalik pepohon sekitar. Corak bintik berbeza-beza dari seekor ke seekor yang lain. Perut, bawah ekor, leher dan wajah mereka sebagian besar berwarna kuning, yang bergaris hijau pucat dan bintik lemah dengan warna kelabu keperangan.

Kaki Kakapo berukuran besar, bersisik, dan seperti seluruh betet, zygodactyl (dua jari kedepan dan dua ke belakang). Mereka memiliki kuku yang sangat berguna untuk mendaki. Ujung bulu ekornya sering rusak kerena diseret-seret terkena tanah.[3]


Betina mudah dibedakan dari jantan terkait beberapa perbedaan mencolok: mereka memiliki penutup kepala yang lebih terbatas dan sedikit, paruh mereka jika dibandingkan lebih panjang dan proporsional, ceres dan lubang hidung mereka lebih kecil, lengan dan kaki mereka lebih langsing dan abu-abu kemerahan, dan ekor mereka lebih panjang. Saat warna bulu mereka tidak banyak berbeda dengan jantan, nada warna lebih sulit dipisahkan, dengan sedikit kuning dan bintik-bnitik. Kakapo betina cenderung lebih bersifat berani dan agresif dari jantan ketika ditangani. Betina yang bersarang juga berbeda seperindukan pada kulit terbuka di perut.[3]

Telur yang dihasilkan ada dicatatkan pernah sebesar telur burung kererū.[6]

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Kakapo mempunyai deria bau yang baik membezakan pelbagai jenis bau-bauan saat mencari makan di gelap malam.[7]

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Hubungan dengan manusia

[sunting | sunting sumber]

Kakapo dimanfaatkan manusia sejak para pelayar dari Polinesia mendarat di pulau-pulau Aotearoa lagi sejak 700 tahun dahulu menurut sejarah lisan diturunkan orang Māori;[8] ia turut diperkukuhan dengan penemuan timbunan sisa makanan dan subfosil di serata Pulau Utara dan Pulau Selatan bertarikh selari ketika ini.[9]

Sebagai buruan dan sumber makanan dahulu

[sunting | sunting sumber]

Daging burung kakapo digemari orang Māori dahulu kala[10] yang sering memburu[11] terutamanya pada waktu musim mengawan di mana bunyi teriakan dikicau burung kakapo memudahkan dijumpai. Burung-burung ini sering dijerat, diperangkap atau diburu dengan kawanan anjing buru, suluh-suluh api juga dihalakan untuk memeranjatkan sebarang ekor burung yang mudah ditangkap.[6] Daging burung ini dimasak dalam dapur tanah atau dalam bekas labu penuh minyak minyak mendidih;[11] daging burung ini adakala dapat diawet dalam lemak sendiri: ada suku tertentu seperti Ngāi Tahu yang membungkus daging kakapo dalam keranjang dibuat dari kulit kayu pokok Totara atau rumpai laut.[12] Catatan semasa ada menyatakan bahawa dagingnya "menyerupai rasa dan tekstur daging biri-biri",[6] sedangkan pendatang Eropah menganggap burung ini memiliki "rasa yang kuat dan lembut".[10] Telur burung juga digunakan.[6]

Kulit burung kakapo yang tersisa masih berbulu dijadikan kain pelayang;[11][12] sekitar 11,000 helai bulu dicatat perlu untuk membuat sebidang kain ini[13] tidak hanya sebagai hiasan tetapi juga untuk menahan panas semasa cuaca sejuk.[11][13] Bulu-bulu kakapo juga digunakan untuk menghiasi hujung mata taiaha melainkan sebelum pertempuran di mana bulu-bulu ini ditanggalkan.[10][12][13] Barangan bulu-bulu ini dianggap mewah kerana langkanya bulu ini dapat diperolehi.[11]

Burung ini turut dipelihara orang Māori;[6] penjajah Eropah seperti George Edward Grey ada menulis mengenai sikap seekor burung kakapo dipunyainya yang berperangai "lebih seperti seekor anjing daripada burung".[6]

Ancaman dari pemangsaan

[sunting | sunting sumber]

Pemuliharaan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Newton, Alfred (1911). "Kakapo" . Dalam Chisholm, Hugh (penyunting). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 15 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 636.
  2. ^ H.A. Best (1984). "The Foods of Kakapo on Stewart Island as Determined from Their Feeding Sign" (PDF). New Zealand Journal of Ecology. 7: 71–83.
  3. ^ a b c d Powlesland, Ralph G.; Merton, Don V.; Cockrem, John F. (2006). "A parrot apart: the natural history of the kakapo (Strigops habroptilus), and the context of its conservation management" (PDF). Notornis. 53 (1): 3–26.
  4. ^ Lazarus, Sarah. "Can tech save New Zealand's 'gorgeous, hilarious' parrot?". CNN. Dicapai pada 26 Disember 2019.
  5. ^ Higgins, P.J. (1999). Handbook of Australian, New Zealand and Antarctic Birds. Volume 4: Parrots to Dollarbird. Melbourne: Oxford University Press. ISBN 0-19-553071-3.
  6. ^ a b c d e f Riley, Murdoch (2001). Maori Bird Lore; An introduction. Viking Sevenseas NZ LTD.
  7. ^ Hagelin, Julie C. (2004). Observations on the olfactory ability of the Kakapo Strigops habroptilus, the critically endangered parrot of New Zealand. IBIS 146: 161–164
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Tipa2006
  9. ^ Heather, Barrie; Robertson, Hugh (2005). The Field Guide to the Birds of New Zealand. illustrated by Derek Onley (ed. revised). Viking.
  10. ^ a b c "Rob Tipa, Short note:"Kakapo in Māori Lore", Notornis, Vol. 53, 193-194" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-04-11. Dicapai pada 2008-02-10. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  11. ^ a b c d e Rod Morris, Hal Smith,"Wild South: Saving New Zealands endangered birds", Random House New Zealand, 1995
  12. ^ a b c "Kakapo then and now; An Iwi Perspective". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-16. Dicapai pada 2007-04-16. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  13. ^ a b c Andrew Crowe, "Which New Zealand Bird?", Penguin, 2001

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkenaan Kakapo di Wikimedia Commons