Pergi ke kandungan

Ikan sumpit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ikan sumpit
Toxotes jaculatrix
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Toxotidae
Spesies jenis
Labrus jaculator
Shaw, 1803

Ikan sumpit adalah jenis ikan dari keluarga monotip Toxotidae genus Toxotes yang dikenal dari cara memangsa serangga darat dan binatang kecil lain dengan menembak titisan air dari muncung khusus seakan memburu dengan sumpit; terdapat sepuluh spesies dalam genus dan keluarga ini yang sebilangan besarnya hidup di sungai dan kolam air tawar, tetapi ada dua atau tiga spesies yang mampu mendiami dua-dua habitat air tawar dan payau seperti muara dan hutan bakau.[1][2] Ikan-ikan ini boleh didapati dari India, Bangladesh dan Sri Lanka, melalui Asia Tenggara ke Australia Utara dan Melanesia.

Ikan-ikan jenis sumpit ini amat digemari sebagai peliharaan dalam akuarium,[3][4] tetapi sukar diberi makan kerana ikan jenis ini lebih suka mangsa hidup.

Ciri fizikal

[sunting | sunting sumber]

Badan ikan sumpit melonjong padat dengan sisi atas melurus dari muncung ke sirip belakang; muncung ini dapat meregang tarik dengan rahang terjembul keluar. Ukuran ikan-ikan ini agak kecil biasanya sekitar 12 hingga 18 sm, spesies T. chatareus boleh menonjol mencapai 40 sentimeter.[5]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Terdapat 10 spesies ikan yang ditemukan semuanya dalam genus Toxotes:[1]

  1. ^ a b Maurice Kottelat; Tan Heok Hui (2018). "Three new species of archerfishes from the freshwaters of Southeast Asia (Teleostei: Toxotidae) and notes on Henri Mouhot's fish collections". Ichthyological Exploration of Freshwaters. IEF-952: 1–19. doi:10.23788/IEF-952. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Kottelat2018" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Arthington, A., and McKenzie, F. "Review of Impacts of Displaced/Introduced Fauna Associated with Inland Waters. Diarkibkan Disember 1, 2008, di Wayback Machine" Environment Australia Diarkibkan April 25, 2009, di Wayback Machine Australia: State of the Environment Technical Paper Series (Inland Waters), Series 1, 1997. Accessed 2009-05-24.
  3. ^ Ridewood, ‎William George (1908). Guide to the Gallery of Fishes in the Department of Zoology. London, England: Department of Zoology, British Museum (Natural History). m/s. 145.
  4. ^ "Archer Fish (Toxotes jaculatrix)". liveaquaria. 2016-03-09.
  5. ^ Johnson, G.D.; Gill, A.C. (1998). Paxton, J.R.; Eschmeyer, W.N. (penyunting). Encyclopedia of Fishes. San Diego: Academic Press. m/s. 189. ISBN 0-12-547665-5.

 

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]