Pergi ke kandungan

Hydrornis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hydrornis
Burung Pacat Belang Jawa jantan, Hydrornis guajanus
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Keluarga: Pittidae
Genus: Hydrornis
Blyth, 1843
Spesies

See text.

Hydrornis adalah satu genus burung Pacat dalam keluarga Pittidae. Genus ini mengandungi 13 spesies yang ditemui di Asia Tenggara. Genus ini dahulunya digabungkan dengan genus Pitta, tetapi sebuah kajian pada tahun 2006 memisahkan keluarga ini kepada tiga genera.

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Pada satu ketika semua burung pitta diletakkan dalam genus Pitta, satu-satunya genus dalam keluarga Pittidae, akan tetapi pada tahun 2006 sebuah kajian filogenetik molekular mendapati bahawa pitta membentuk tiga kumpulan berasingan, genus ini kemudian dipisahkan dan beberapa spesies telah dipindahkan ke dalam dua genera baharu, Erythropitta dan Hydrornis.[1] Genus Hydrornis telah diperkenalkan oleh ahli zoologi Inggeris Edward Blyth pada tahun 1843 dengan Pacat Dahi Biru (Hydrornis nipalensis) sebagai spesies jenis.[2][3] Nama Hydrornis menggabuungkan perkataan Greek Tua hudōr "air" dan ornis "burung".[4]

Pitta dalam genus Hydrornis mempunyai bulu Dimorfisme seks, satu ciri yang tidak ditemui pada semua spesies pitta yang lain. Kajian juga menemui burung muda dalam genera ini mempunyai warna bulu kriptik berbintik.[1]

Genus ini terdiri daripada 13 spesies:[5]

Imej Nama saintifik Nama biasa Taburan
Hydrornis phayrei Eared pitta Asia Tenggara.
Hydrornis nipalensis Pacat Tengkuk Biru Bangladesh, Bhutan, China, India, Laos, Myanmar, Nepal, dan Vietnam.
Hydrornis soror Pacat Punggung Biru Kemboja, China, Laos, Thailand, dan Vietnam
Hydrornis oatesi Rusty-naped pitta China, Laos, Malaysia, Myanmar, Thailand, dan Vietnam.
Hydrornis schneideri Pacat Schneider Sumatera di Indonesia
Hydrornis caeruleus Pacat Besar Brunei, Indonesia, Malaysia, Myanmar, dan Thailand.
Hydrornis baudii Pacat Kepala Biru Borneo
Hydrornis cyaneus Blue pitta Bangladesh, Bhutan, Kemboja, India, Laos, Myanmar, Thailand, dan Vietnam.
Hydrornis elliotii Pacat Perut Belang Kemboja, Laos, Thailand, dan Vietnam
Hydrornis gurneyi Pacat Raya Semenanjung Tanah Melayu
Hydrornis guajanus Pacat Belang Jawa Jawa dan Bali
Hydrornis irena Pacat Belang Malaya Thailand, Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera.
Hydrornis schwaneri Pacat Belang Borneo Borneo
  1. ^ a b Irestedt, M.; Ohlson, J.I.; Zuccon, D.; Källersjö, M.; Ericson, P.G.P. (2006). "Nuclear DNA from old collections of avian study skins reveals the evolutionary history of the Old World suboscines (Aves: Passeriformes)" (PDF). Zoologica Scripta. 35: 567–580. doi:10.1111/j.1463-6409.2006.00249.x.
  2. ^ Blyth, Edward. "Mr Blyth's report for December meeting, 1842, with Addenda subsequently appended". Journal of the Asiatic Society of Bengal. 12 (143): 925-1010 [960].
  3. ^ Traylor, Melvin A. Jr, penyunting (1979). Check-list of Birds of the World. Volume 8. Cambridge, Massachusetts: Museum of Comparative Zoology. m/s. 310–311. |volume= has extra text (bantuan)
  4. ^ Jobling, J.A. (2019). del Hoyo, J.; Elliott, A.; Sargatal, J.; Christie, D.A.; de Juana, E. (penyunting). "Key to Scientific Names in Ornithology". Handbook of the Birds of the World Alive. Lynx Edicions. Dicapai pada 13 January 2019.
  5. ^ Gill, Frank; Donsker, David, penyunting (2019). "NZ wrens, broadbills, pittas". World Bird List Version 8.2. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 12 January 2019.