Hati Perempuan
Hati Perempuan | |
---|---|
Genre | Drama Cinta konflik |
Berdasarkan daripada | Hati Perempuan oleh Nur Ain Al-Abbas |
Ditulis oleh | Nur Ain Al-Abbas (novel) Nieza Nahar (drama) |
Pengarah | Kas Roshan |
Dibintangi oleh | Saharul Ridzwan Mia Ahmad Hafreez Adam Hafeez Mikhail Nadzmi Adhwa Bella Nazari |
Lagu pembukaan | "Sampai Mati" oleh Hazama |
Lagu penutup | "Bunga Dhia" oleh Aiman Sidek |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Azlina Sanimin |
Penerbit | Suriyati Sidek |
Penyunting | Eddey Mat Napi |
Lokasi | Malaysia |
Sinematografi | Muhammad Mohd Rameli (Carlos) |
Tempoh siaran | 44 minit |
Syarikat penerbitan | Creative Skill Solution Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 30 Mac 2015 – 14 Mei 2015 |
Kronologi | |
Mengikuti | Teman Lelaki Upahan |
Diikuti oleh | Dia... Isteri Luar Biasa |
Hati Perempuan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 yang diadaptasi daripada novel 2013 dengan judul sama karya Nur Ain Al-Abbas terbitan Penulisan2u. Novel ini diadaptasikan ke layar TV oleh Creative Skill Solution dan ditayangkan di Slot Akasia TV3 pada 30 Mac hingga 14 Mei 2015[1], menggantikan Teman Lelaki Upahan. Skrip ditulis oleh Nieza Nahar dan diarahkan oleh Kas Roshan, dibintangi oleh Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad sebagai teraju utama, serta Hafreez Adam dan Bella Nazari sebagai watak antagonis. Slogan drama ini ialah Memahami hatimu lebih sukar daripada memilikinya.[2][3]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan mengenai Yuhanis, seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala Tengku Zaril, jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan di seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhanis. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan.
Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisihan faham sewaktu berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus. Namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.
Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isteri melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril. Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam dan Daniel, bekas kekasihnya.
Bakal bersatukah dua jiwa ini jika Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar sementara Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Mia Ahmad sebagai Yuhanis
- Saharul Ridzwan sebagai Tengku Zaril
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Hafreez Adam sebagai Daniel Idrus (bekas teman lelaki Yuhanis)
- Hafeez Mikhail sebagai Tengku Zarul (adik bongsu Tengku Zaril)
- Nadzmi Adhwa sebagai Tengku Zaqif (adik kedua Tengku Zaril)
- Bella Nazari sebagai Tengku Amalin (sepupu Tengku Zaril)
Pelakon undangan
[sunting | sunting sumber]- Zuhairie Ibrahim sebagai Tengku Hazimi (bapa kandung Tengku Zaril, Tengku Zarul dan Tengku Zaqif)
- Noniswara sebagai Tengku Durahtul (ibu kandung Tengku Zaril, Tengku Zarul dan Tengku Zaqif)
- Mustaqim Bahadon sebagai Syed Ammar (rakan baik Tengku Zaril)
- Azlan Azman sebagai Nazim (orang suruhan Tengku Amalin)
- Beego sebagai Umar (abang kedua Yuhanis)
- Niena Baharun sebagai Maisara (rakan baik Yuhanis)
- Azhar Sulaiman sebagai Tuan Izuddin (majikan Yuhanis)
- Lia Asmizza sebagai Edrina (isteri Tengku Zaqif)
- Hazwan Halim sebagai Jefry (pembantu peribadi Tengku Zaril)
- Kuna Muzani sebagai Safiah (ibu kepada Yuhanis)
- Ryiena Ismail sebagai Umairah (kakak kepada Yuhanis)
- Khatijah Tan sebagai Puan Sri Khadijah (ibu kepada Daniel Idrus)
- Aidil Aziz sebagai Nizam (Rakan sekerja Yuhanis, Jatuh cinta pada Yuhanis tetapi memendamkannya kerana Yuhanis mengangapnya sebagai rakan sekerja)
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]Hati Perempuan: OST | |
---|---|
Runut bunyi oleh Pelbagai | |
Dilancarkan pada | 2015 |
Tempat | Malaysia |
Genre | Pop |
Bahasa | Bahasa Melayu |
sunting · sunting di Wikidata |
Senarai lagu | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Penyanyi | Masa | |||||||
1. | "Sampai Mati" | Hazama Azmi | ||||||||
2. | "Bunga Dhia" | Aiman Sidek | ||||||||
3. | "Dulu Pernah Kau Kata" | Zizi | ||||||||
4. | "Wanita Terindah" | Phoema Band | ||||||||
5. | "Sakitnya Tuh Di Sini" | Tustel | ||||||||
6. | "Takkan Pudar" | Ernie Zakri | ||||||||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Hati Perempuan mCentralMY.com. Dicapai pada 30 Mac 2023.
- ^ Syanty Octavia Amry (3 April 2015). Hati Perempuan sangat mencabar Diarkibkan 2018-06-21 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 19 April 2015.
- ^ Marina Shabudin (5 April 2015). Pelakon kayu? Hati Perempuan terima kritikan Sinar Harian. Dicapai pada 19 April 2015.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 7:00 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Hati Perempuan | Berikutnya |
Teman Lelaki Upahan | Dia… Isteri Luar Biasa |