Harut dan Marut
Harut dan Marut adalah antara malaikat yang diciptakan oleh Allah tetapi tidak tersenarai dalam 10 malaikat yang wajib diketahui.
Menurut al-Quran:
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 102)
Para mufassirin berlainan Pendapat tentang yang dimaksud dengan 2 orang Malaikat itu. ada yang berpendapat, mereka betul-betul Malaikat dan ada pula yang berpendapat orang yang dipandang saleh seperti Malaikat dan ada pula yang berpendapat dua orang jahat yang pura-pura saleh seperti malaikat.
Raja Babylon ketika itu, ialah Raja Namrud dan beliau amat meminati sihir yang diajar oleh malaikat-malaikat tersebut. Ajaran-ajaran sihir ini telah diturunkan sehinggalah ke hari ini dalam pelbagai bentuk seperti jampi dan mentara.
Kisah-kisah bani Israil
[sunting | sunting sumber]Selain itu terdapat juga kisah mengenai Harut dan Marut (tidak terdapat di dalam Al Quran) yang dikatakan turun ke bumi sebagai manusia. Mereka yakin bahawa manusia tidak mempunyai banyak cubaan, maka Allah memberi mereka nafsu yang dimiliki oleh manusia. Sebaik sahaja mereka jatuh ke bumi mereka telah dijemput oleh seorang wanita kerumahnya. Mereka telah diberi pilihan, iaitu berzina, membunuh, atau minum arak. Mereka memilih arak kerana menyangka arak merupakan dosa yang paling ringan. Akibat meminum arak mereka menjadi mabuk dan telah berzina dengan wanita tersebut dan kemudian membunuhnya. Selepas itu Allah memberi mereka dua pilihan iaitu diseksa di dunia atau di alam akhirat. Memandangkan hidup di dunia hanya sementara berbanding akhirat, mereka mengambil hukuman di dunia. Mereka dikatakan digantung secara terbalik disebuah gua di Babil. Kebanyakan ulamak menolak kisah ini, contohnya Imam Ibnu Kathir [1], dan al-Baidlawi (Tafsir al-Baidlawi,jl. 1,hlm. 175)[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.