Habib Ali al-Jifri
Habib Ali Al-Jufri | |
---|---|
Kelahiran | |
Ibu bapa | Habib Abdul Rahman bin Ali Al-Jifri Habibah Marumah bint Hassan Al-Jifri |
Habib Ali Zainal Abidin bin Abdul Rahman Al-Jifri (Arab: الحبيب علي زين العابدين الجفري ; lahir 1971) ialah seorang ulama' dan sarjana Islam dari Hadhramaut, Yemen. Beliau mengamalkan mazhab fiqh Shafie, dan mazhab akidah Ashari.
Latar Belakang
[sunting | sunting sumber]Habib Ali al-Jifri dilahirkan sebelum fajar di kota Jeddah, Arab Saudi pada hari Jumaat, 16 April 1971 bersamaan dengan 20 Safar 1391H. Kedua ibu bapa beliau merupakan keturunan Rasulullah s.a.w. melalui susur galur cucu baginda Hussein bin Ali r.a.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Habib Ali al-Jifri mula mempelajari ilmu sejak daripada kecil lagi melalui guru pertama beliau, Safiah bint Alwi bin Hassan al-Jifri. Guru pertamanya tersebut merupakan moyang saudara beliau dari sebelah ibunya, Marumah bint Hassan al-Jifri. Gurunya itu juga mempengaruhi & menunjuk ajar Habib Ali dalam mengejar ilmu & kerohanian.
Di antara guru-guru beliau ialah :
- Habib Abdul-Qadir Bin Ahmad al-Saqqaf
- Habib Ahmad Mashhur Bin Taha Al-Haddad
- Muhammad Bin Alawi al-Maliki al-Hasani
- Al-Habib Attas al-Habshi
- Habib Abu Bakr al-Mashhur al-Adani
- Sheikh Muhammad Ba-Sheikh
Dari tahun 1991-1993, beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Pengajian Islam, Sana'a, Yemen. Ketika inilah beliau mendapat peluang untuk mengambil ilmu secara langsung dari Habib Muhammad Bin Abdullah al-Hadaar, seorang ulama' muktabbar.
Kareer Profesional
[sunting | sunting sumber]- 2005-sekarang: Pengarah, Tabah Foundation
- 2003-sekarang: Ahli Lembaga Pengarah di Dar Al-Mustafa Diarkibkan 2012-09-18 di Wayback Machine, Tarim
- 2007-sekarang: Ahli The Royal Aal al-Bayt Foundation for Islamic Thought di Amman, Jordan
- 2007-sekarang: Setiausaha Agung Lembaga Pengarah, Anugerah Al-Mahabbah Diarkibkan 2014-01-06 di Wayback Machine
- 1997-sekarang: Pensyarah jemputan di Dar Al-Mustafa
Pada tahun 2009, Habib Ali al-Jifri disenaraikan di tempat ke-37 di dalam 500 Muslim Berpengaruh di Dunia.
Perjalanan Dakwah
[sunting | sunting sumber]Habib Ali al-Jifri telah menyebarkan dakwah & mengembangkan ilmu beliau di merata dunia. Bermula pada tahun 1991 di bandar & kampung di Yemen, selanjutnya pada tahun 1993 Habib Ali memulakan perjalan dakwah beliau ke seluruh pelosok dunia ; di antaranya:
- Tanah Arab: UAE, Jordan, Bahrain, Arab Saudi, Sudan, Syria, Oman, Qatar, Kuwait, Lebanon, Libya, Mesir, Morocco, Mauritania, Kepulauan Comoros, dan Djibouti.
- Asia: Indonesia, Malaysia, Singapura, India, Bangladesh, dan Sri Lanka.
- Afrika: Kenya dan Tanzania
- Eropah: UK, Jerman, Perancis, Belgium, Belanda, Ireland, Denmark, Bosnia & Herzegovina, and Turki.
- Amerika: Perjalanan sulung beliau ialah pada tahun 1998. Manakala perjalan ke-2 pada 2001 serta perjalanan ke-3 pada tahun 2002 di mana Habib Ali turut melawat Kanada.