Pergi ke kandungan

Gerhana matahari 14 Disember 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gerhana matahari 14 Disember 2020
Totality as viewed from Gorbea, Chile
Map
Jenis gerhana
JenisPenuh
Gama-0.2939
Magnitud1.0254
Gerhana maksimum
Tempoh130 saat (2 m 10 s)
Koordinat40°18′S 67°54′W / 40.3°S 67.9°W / -40.3; -67.9
Lebar jalur maksimum90 km (56 bt)
Waktu (UTC)
Gerhana terbesar16:14:39
Rujukan
Saros142 (23 of 72)
Nombor katalog (SE5000)9554

Sebuah gerhana Matahari penuh terjadi pada 14 Disember 2020. Gerhana Matahari terjadi ketika Bulan melintas di antara Bumi dan Matahari sehingga menutupi sebahagian atau seluruh cahaya Matahari menuju lokasi tertentu di permukaan Bumi. Gerhana Matahari penuh hanya terjadi ketika diameter sudut Bulan sama atau lebih besar daripada diameter sudut Matahari sehingga menghalangi semua sinaran Matahari. Gerhana penuh hanya dapat diamati dari lokasi sempit di permukaan bumi, sementara gerhana Matahari separa dapat kelihatan dari wilayah yang lebih besar. Diameter sudut Bulan akan kelihatan semakin besar semasa terjadinya gerhana ini kerana gerhana terjadi hanya 1,8 hari setelah perigee (pada 12 Disember 2020).

Gerhana Matahari ini terjadi satu tahun lunar setelah gerhana Matahari cincin yang terjadi pada 26 Disember 2019.

Kejelasan

[sunting | sunting sumber]
Animasi jalur gerhana

Jalur gerhana penuh akan pertama kali melintasi Puerto Saavedra, sebelum melintasi sebahagian Wilayah Araucanía, Wilayah Los Ríos, dan sebahagian kecil Wilayah Bío Bío.[1] Bandar yang berada di jalur penuh ialah Temuco, Villarrica, dan Pucón. Gerhana penuh juga kerlihatan di Pulau Mocha. Jalur gerhana ini mirip dengan gerhana Matahari 26 Februari 2017. Gerhana ini terjadi hanya 17 Bulan setelah gerhana Matahari pada 2 Julai 2019 yang juga kelihatan dari Chile dan Argentina. Gerhana ini kelihatan sebagai gerhana Matahari separa di Bolivia, Brazil, Ecuador, Paraguay, Peru, dan Uruguay.

Argentina

[sunting | sunting sumber]

Gerhana penuh kelihatan di seluruh Patagonia Utara (terutamanya wilayah Neuquén dan Río Negro), melewati bandar-bandar seperti Piedra del Águila, Sierra Colorada, Ministro Ramos Mexía, Junín de los Andes. Gerhana sebahagiannya kelihatan dari San Martín de los Andes dan San Carlos de Bariloche.

Pengamatan saintifik

[sunting | sunting sumber]

Kesan ionosfera gerhana dipantau sebagai sebahagian dari Festival Pengukuran Frekuensi Gerhana Disember 2020, sebuah eksperimen sains khalayak yang diadakan oleh Amateur Radio Science Citizen Investigation (HamSCI).[2]

Gerhana berkaitan

[sunting | sunting sumber]

Gerhana pada tahun 2020

[sunting | sunting sumber]
  • Gerhana Bulan penumbra pada 10 Januari.
  • Gerhana Bulan penumbra pada 5 Jun.
  • Gerhana Matahari cincin pada 21 Jun.
  • Gerhana Bulan penumbra pada 5 Julai.
  • Gerhana Bulan penumbra pada 30 November.
  • Gerhana Matahari penuh pada 14 Disember.

Tzolkinex

[sunting | sunting sumber]

Kitaran Setengah Saros

[sunting | sunting sumber]

Saros Matahari 142

[sunting | sunting sumber]
  • Sebelumnya: Gerhana Matahari 14 Februari 1934
  • Selanjutnya: Gerhana Matahari 16 Oktober 2107
  1. ^ Garcia, Richard (30 December 2018). "Chile será protagonista de tres eclipses totales de Sol consecutivos por primera vez". EyN (dalam bahasa Sepanyol).
  2. ^ "December 2020 Eclipse Festival of Frequency Measurement". HamSCI.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]