Pergi ke kandungan

Gamma Eridani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gamma Eridani (γ Eri / γ Eridani) ialah sebiji bintang dalam buruj Eridanus. IA juga mempunyai nama tradisional iaitu Zaurak, yang bermaksud "perahu." Bintang ini kelihatan kekuningan dalam Sungai Eridanus. Zaurak adalah berasal dari perkataan Arab iaitu Az-Zawraq yang bermaksud "perahu", dari nama penuhnya Al Na'ir al Zaurak, "Bintang Terang bagi Perahu".

Zaurak mempunyai magnitud ketara +2.95 dan jenis spektrum M0.5IIICa-ICr -. Ia berada 150 tahun cahaya dari Bumi.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.