Pergi ke kandungan

Fargo (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fargo
PengarahJoel Coen
Penulis
  • Joel Coen
  • Ethan Coen
Dihasilkan olehEthan Coen
DibintangiFrances McDormand
William H. Macy
Steve Buscemi
Harve Presnell
Peter Stormare
SinematografiRoger Deakins
Disunting olehRoderick Jaynes
Muzik olehCarter Burwell
Syarikat
penerbitan
PolyGram Filmed Entertainment
Working Title Films
Diedarkan olehGramercy Pictures
Tarikh tayangan
  • 8 Mac 1996  
    (Amerika Syarikat)
  • 31 Mei 1996 
    (United Kingdom)
Masa tayangan
98 minit[2]
Negara
  • United Kingdom[1]
  • Amerika Syarikat[1]
BahasaEnglish
Bajet$7 juta[3]
Pecah panggung$60.6 juta[3]

Fargo ialah sebuah filem jenayah komedi Amerika Syarikat 1996 ditulis, diterbit, disunting dan diarahkan oleh Coen bersaudara. Ia dibintangi Frances McDormand sebagai seorang ketua polis Minnesota yang mengandung menyiasat kes pembunuhan di tepi jalan yang berlaku selepas seorang jurujual kereta (William H. Macy) mengupah dua penjenayah (Steve Buscemi dan Peter Stormare) untuk menculik isterinya dan meminta wang tebusan daripada bapa mertuanya yang kaya (Harve Presnell).

Fargo dibuka di Festival Filem Cannes 1996 dimana Joel Coen memenangi won the festival's Prix de la mise en scène (Anugerah Pengarah Terbaik) dan filem ini dicalonkan untuk Palme d'Or.[4] Fargo menerima tujuh pencalonan di Anugerah Akademi ke-69 termasuk untuk Filem Terbaik dan memenangi dua anugerah: McDormand memenangi Pelakon Wanita Terbaik dan Coen bersaudara memenangi Lakon Layar Asal Terbaik.

Pada tahun 2006, filem ini dianggap sebagai "budaya, sejarah atau estetika yang penting" oleh Perpustakaan Kongres dan dimasukkan ke dalam Daftar Filem Kebangsaan Amerika Syarikat untuk pemeliharaan.[5] Institut Filem Amerika menamakan ia sebagai salah satu daripada 100 filem Amerika terbaik sepanjang zaman pada tahun 1998.

Filem ini telah disusuli dengan siri televisyen FX dicipta dan ditulis oleh Noah Hawley manakala Coen bersaudara berperanan sebagai penerbit eksekutif.[6]

Pada tahun 1987, jurujual kereta Minneapolis, Jerry Lundegaard terdesak untuk mendapatkan duit. Shep Proudfoot, seorang mekanik dan bekas banduan di tempat kerja Lundegaard, merujuknya kepada Gaear Grimsrud. Lundegaard pergi ke Fargo, Dakota Utara dimana dia mengupah Grimsrud dan Carl Showalter untuk menculik isterinya, Jean dan meminta wang tebusan $80,000 daripada bapa mertua yang kaya yang juga bosnya, Wade Gustafson. Sebagai balasan, Lundegaard akan memberikan Showalter dan Grimsrud kereta Oldsmobile Cutlass Ciera tahun 1987 yang baru dan separuh daripada wang tebusan. Pada hakikatnya, Lundegaard merancang untuk menuntut lebih banyak wang daripada bapa mertuanya dengan niat untuk menyimpan sebahagian daripadanya untuk diri sendiri.

Lundegaard mendapat panggilan telefon daripada GMAC tentang pinjaman yang tidak dibayar untuk kenderaan-kenderaan yang dijual daripada pengedar. Kenderaan-kenderaan ini tidak wujud kerana dia menipu GMAC. Dia juga cuba untuk meyakinkan Gustafson untuk meminjamkannya $750,000 untuk urusan hartanah. Apabila Gustafson menunjukkan minat, Lundegaard cuba untuk membatalkan penculikan tetapi sudah terlambat: Showalter dan Grimsrud sudah memandu ke Minneapolis. Lundegaard kemudian mendapati Gustafson hanya akan memberinya yuran pencari yang sedikit.

Showalter dan Grimsrud tiba di Minneapolis dan menculik isteri Lundegaard. Walau bagaimanapun, ketika dalam perjalanan ke tempat persembunyian kabin, mereka dihentikan oleh polis negeri di luar Brainerd, Minnesota. Grimsrud menembak dan membunuh polis itu selepas Showalter gagal untuk merasuahinya dan menembak mati beberapa orang yang melihat kejadian itu.

Pada pagi berikutnya, ketua polis tempatan, Marge Gunderson yang mengandung tujuh bulan menyiasat kes pembunuhan tersebut. Setelah mengetahui bahawa panggilan telah dibuat dari sebuah perhentian trak tempatan dimana dua lelaki "berwajah lucu" dilihat oleh seorang bekas banduan (Proudfoot), dia memandu ke Minneapolis untuk menyiasat lebih lanjut. Di pusat pengedar kereta, dia menyoal Lundegaard tentang catatan terakhir polis negeri yang dibunuh mengenai sebuah kereta Oldsmobile dengan plat pengedar dan menyedari kebetulan panggilan daripada perhentian trak untuk seorang bekas banduan yang bekerja di pusat pengedar Oldsmobile. Lundegaard menafikan bahawa kereta itu datang dari pusat pengedarannya. Dia juga menyoal Proudfoot tentang panggilan daripada perhentian trak. Semasa melawat Minneapolis, Marge terjumpa rakan sekelas lamanya, Mike Yanagita, yang gagal untuk menggoda dia semasa makan malam, memberitahu cerita tentang isterinya, seorang rakan sekelas yang lain yang telah meninggal dunia. Proudfoot marah bahawa Gunderson mengancamnya dengan potensi pelanggaran parol semasa dia disoal olehnya dan memukul Showalter pada malam itu.

Lundegaard menghubungi Gustafson dan akauntannya, Stan Grossman, memberitahu mereka bahawa "penculik" yang kononnya menuntut $1,000,000 hanya akan bercakap dengan Lundegaard. Kerana pembunuhan itu, Showalter menuntut Lundegaard mesti memberi penjenayah-penjenayah itu keseluruhan wang tebusan $80,000. GMAC juga memberitahu Lundegaard bahawa dia mempunyai 24 jam untuk membayar pinjaman sebelum mereka menghubungi jabatan undang-undang mereka. Apabila tiba masanya untuk membayar wang tebusan, Gustafson memutuskan untuk berurusan dengan mereka sendiri.

Showalter menghubungi Lundegaard dan menuntutnya untuk membayar wang tebusan pada malam itu di sebuah tempat letak kereta. Walau bagaimanapun, Gustafson memandu dengan wang tebusan dalam beg bimbitnya. Semasa pertukaran itu, dia menolak untuk memberinya sehingga anak perempuannya dikembalikan. Showalter membunuh Gustafson dan mengambil beg bimbit itu dimana dia juga ditembak di rahang. Lundegaard tiba di tempat kejadian dan meletakkan mayat Wade di belakang kereta. Pada keesokan harinya, Showalter menjumpai $1,000,000 di dalam beg bimbit itu. Showalter mengeluarkan $80,000 untuk dibahagikan dengan Grimsrud dan menanam selebihnya dalam salji di tepi jalan raya. Ketika kembali ke tempat persembunyian, Showalter mendapati bahawa Grimsrud telah membunuh isteri Lundegaard. Kedua-dua penjenayah itu bertengkar mengenai kereta dan Grimsrud kemudiannya membunuh Showalter.

Marge berbual dengan seorang rakan sekolah, menyatakan bahawa dia akan kembali dengan segera ke Brainerd dan mengulas mengenai betapa sedihnya isteri Yamagita meninggal dunia. Rakannya memaklumkan kepadanya bahawa wanita itu masih hidup dan tidak pernah berkahwin dengan Yamagita yang telah menghabiskan masa yang lama menggangunya. Susulan rakannya mendedahkan bagaimana Yanagita menipunya dengan begitu yakin sekali, Gunderson tidak kembali dengan segera ke Brainerd sebaliknya kembali ke pusat pengedaran kereta itu. Gunderson menyoal Lundegaard sekali lagi dan meminta untuk bercakap dengan Gustafson. Lundegaard panik dan melarikan diri. Marge kemudiannya menghubungi polis negeri. Selepas mendapat tip, Marge memandu ke Moose Lake dan mengesan kereta yang dicuri itu. Dia menjumpai Grimsrud sedang memasukkan bahagian badan terakhir Showalter ke dalam pengisar kayu. Dia cuba melarikan diri tetapi Marge menembak kaki dan menahannya. Marge yang sedih menyoal Grimsrud kenapa dia melakukan jenayah itu dan memberitahunya terdapat lebih banyak dalam kehidupan daripada duit. Lundegaard dikesan berada di sebuah motel di luar Bismarck, Dakota Utara dimana dia ditahan semasa cuba melarikan diri melalui tingkap bilik air.

Pada malam itu, Marge Gunderson dan suaminya, Norm duduk di katil bersama-sama dan membincangkan lukisan mallard Norm yang telah dipilih sebagai reka bentuk untuk setem pos AS. Norm kecewa kerana ia hanya akan muncul dalam setem 3¢ tetapi Marge bangga dengan pencapaiannya. Kedua-dua mereka memegang tangan satu sama lain dan gembira menjangkakan kelahiran anak mereka dalam masa dua bulan.

  • Frances McDormand sebagai Marge Gunderson
  • William H. Macy sebagai Jerry Lundegaard
  • Steve Buscemi sebagai Carl Showalter
  • Peter Stormare sebagai Gaear Grimsrud
  • Harve Presnell sebagai Wade Gustafson
  • Kristin Rudrüd sebagai Jean Lundegaard
  • Tony Denman sebagai Scotty Lundegaard
  • Gary Houston sebagai pelanggan yang marah
  • Sally Wingert sebagai isteri pelanggan yang Marah
  • Steve Reevis sebagai Shep Proudfoot
  • Warren Keith sebagai Reilly Diefenbach (suara)
  • Larry Brandenburg sebagai Stan Grossman
  • J. Todd Anderson sebagai Mangsa di padang
  • John Carroll Lynch sebagai Norm Gunderson
  • Bruce Bohne sebagai Pegawai Lou
  • Melissa Peterman sebagai Pelacur #2
  • Steve Park sebagai Mike Yanagita
  • Cliff Rakerd sebagai Pegawai Gary Olson
  • José Feliciano sebagai diri sendiri
  • Bain Boehlke sebagai En. Mohra

Asas fakta

[sunting | sunting sumber]

Fargo dibuka dengan teks berikut:

INI ADALAH KISAH BENAR. Peristiwa-peristiwa yang digambarkan dalam filem ini berlaku di Minnesota pada tahun 1987. Atas permintaan yang terselamat, nama-nama telah diubah. Sebagai penghormatan untuk yang mati, selebihnya diceritakan sama seperti yang berlaku.

Dan pada kredit akhir tertulis "kesemua orang adalah rekaan" untuk karya fiksyen.[7]

Walaupun plot filem ini adalah fiksyen, Coen bersaudara mendakwa bahawa ia adalah berdasarkan kes jenayah sebenar.[8] Pada mulanya, Coen bersaudara mendakwa pembunuhan sebenar berlaku cuma bukan di negeri mereka, Minnesota.[9] Coen bersaudara dilahir dan dibesarkan di St. Louis Park, pinggir bandar Minneapolis.[10] Beberapa penduduk Minnesota mengesyaki bahawa kes ini adalah sebahagiannya berdasarkan T. Eugene Thompson; dia mengupah seorang pembunuh upahan pada tahun 1963 untuk membunuh isterinya dan mengutip polisi insurans hayatnya. Walau bagaimanapun, Joel Coen menyatakan dalam satu temubual selepas kematian Thompson pada tahun 2015 bahawa cerita filem ini adalah rekaan.[11]

Dalam trivia edisi istimewa DVD filem ini, ia telah dinyatakan bahawa filem ini diinspirasi daripada pembunuhan Helle Crafts pada tahun 1986 dari Connecticut oleh suaminya, Richard yang melupuskan mayatnya menggunakan pengisar kayu.[12]

Fotografi utama untuk Fargo bermula pada 25 Januari 1995 di kawasan Minneapolis-St. Paul. Walau bagaimanapun, kerana musim sejuk yang luar biasa di kawasan ini pada tahun itu, krew-krew memindahkan lokasi pada 9 Mac ke Hallock, Minnesota untuk mencari landskap salji yang lebih sesuai kerana tetapan musim sejuk filem ini. Unit kedua dibawah arahan Roger Deakins menjalani penggambaran berhampiran Bathgate, Dakota Utara dimana patung Paul Bunyan dibina. Walaupun tajuk filem ini adalah Fargo, tiada babak yang dirakam di atau berhampiran Fargo, Dakota Utara.

Penerimaan

[sunting | sunting sumber]

Penerimaan kritis

[sunting | sunting sumber]

Fargo mendapat rating 94% dengan purata 8.6/10 di laman web Rotten Tomatoes berdasarkan 84 ulasan.[13] Filem ini juga mendapat skor 85 daripada 100 di Metacritic berdasarkan 24 ulasan, menunjukkan "penerimaan universal".[14] Gene Siskel dan Roger Ebert menamakan Fargo sebagai filem terbaik pada tahun 1996. Ia juga merupakan filem keempa kegemaran Ebert dari tahun 1990-an.[15] Dalam ulasan asalnya, Ebert memanggil ia "salah satu filem terbaik yang pernah dilihat oleh saya" dan berkata "filem seperti Fargo adalah sebab kenapa saya suka menonton filem".[16] Pada tahun 2006, filem ini dipilih untuk pemeliharaan dalam Daftar Filem Kebangsaan Amerika Syarikat oleh Perpustakaan Kongres kerana dianggap sebagai "budaya, sejarah atau estetika yang penting".

Festival filem

[sunting | sunting sumber]

Fargo ditayangkan di pelbagai festival filem. Filem ini berada dalam pertandingan utama di Festival Filem Cannes 1996 dimana ia memenangi Prix de la mise en scène (Anugerah Pengarah Terbaik). Tayangan di festival filem lain termasuk Festival Filem Antarabangsa Pusan, Festival Filem Antarabangsa Karlovy Vary dan Festival Filem Naples.

Anugerah dan pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Pencalonan

[sunting | sunting sumber]

Spin-off televisyen

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1997, sebuah episod dirakamkan untuk sebuah siri televisyen berdasarkan filem ini. Mengambil tempat di Brainerd tidak lama selepas acara dalam filem ini, ia dibintangi Edie Falco sebagai Marge Gunderson dan Bruce Bohne menyambung wataknya sebagai Pegawai Lou. Ia diarahkan oleh Kathy Bates dan tidak menampilkan penglibatan dari Coen bersaudara. Episod ini akhirnya ditayangkan pada tahun 2003 dalam Brilliant But Cancelled.[17]

Sebuah siri TV inspirasi dari filem ini dengan Coen bersaudara sebagai penerbit eksekutif,[18] ditayangkan dalam FX pada bulan April 2014.[19] Siri ini dibintangi Billy Bob Thornton dan Martin Freeman dan musim pertamanya menerima pujian tinggi daripada pengkritik dan penonton.[19][20][21] Wujud dalam dunia yang sama dengan filem, siri ini mengambil tempat di Bemidji, Minnesota, sembilan belas tahun selepas acara filem dan menampilkan karakter-karakter berlainan. Episod "Eating the Blame" memperkenalkan kembali wang tebusan yang ditanam dalam filem untuk subplot kecil tiga episod.[22][23]

  1. ^ a b "Fargo (1995)". British Film Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-22. Dicapai pada August 5, 2015.
  2. ^ "Fargo". British Board of Film Classification. Dicapai pada August 2, 2015.
  3. ^ a b "Fargo (1996)". Box Office Mojo. Dicapai pada August 2, 2015.
  4. ^ a b "Festival de Cannes: Fargo". festival-cannes.com. Dicapai pada 2009-09-16.
  5. ^ "'Fargo,' 'Blazing Saddles' Added to National Film Registry". ABC News.
  6. ^ Goldberg, Lesley (January 14, 2014). "FX's 'Fargo' Cast, EPs on Film Comparisons, Anthology Format, Courting Billy Bob Thornton". The Hollywood Reporter. Dicapai pada January 23, 2014.
  7. ^ Fargo from the Urban Legends Reference Pages
  8. ^ Heitmueller, Karl (2005-04-12). "Rewind: What Part Of 'Based On' Don't You Understand?". MTV.com. Dicapai pada 2012-09-25.
  9. ^ O'Rourke, Mike (1997-02-11). "Reaction to 'Fargo' nomination". Brainerd Dispatch. Diarkibkan daripada yang asal pada Dec 31, 2002.
  10. ^ Smetanka, Mary Jane (2008-08-08). "We're ready for our close-up, Mr. Coen(s)". Minneapolis Star Tribune. Dicapai pada 2008-09-05.
  11. ^ Roberts, Sam (2015-09-05). "T. Eugene Thompson Dies at 88; Crime Stunned St. Paul". New York Times. Dicapai pada 2015-09-07.
  12. ^ Gado, Mark (1986-11-18). "All about the Woodchipper Murder Case". Crimelibrary.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-12. Dicapai pada 2010-02-28.
  13. ^ Fargo di Rotten Tomatoes
  14. ^ fargo Fargo (filem) di Metacritic
  15. ^ "Memo to the Academy". Siskel & Ebert. Aired on January 18, 1997.
  16. ^ Ebert, Roger (March 8, 1996). "Fargo". Chicago Sun-Times. Sun-Times Media Group. Dicapai pada March 31, 2010.
  17. ^ "Television: Reruns; Edie Falco in 'Fargo,' and Other Gems You Never Saw". The New York Times. 31 August 2003. Dicapai pada 5 December 2011.
  18. ^ Andreeva, Nellie (2012-09-21). "FX Teams With Joel & Ethan Coen And Noah Hawley For Series Adaptation Of 'Fargo'". Deadline.com. Dicapai pada 2012-09-25.
  19. ^ a b "FX Sets Premiere Date For 'Fargo,'" Diarkibkan 2016-03-12 di Wayback Machine from Variety, 1/14/2014
  20. ^ "Billy Bob Thornton to star in "Fargo" TV series". CBS News. August 2, 2013. Dicapai pada August 3, 2013.
  21. ^ "Metacritic: Fargo Season 1". Metacritic. July 14, 2013. Dicapai pada July 14, 2013.
  22. ^ Ray, Amber (May 7, 2014). "'Fargo' episode 4: The Easter egg that connects the series to the film". Entertainment Weekly. Dicapai pada June 20, 2014.
  23. ^ Nguyen, Hanh (May 6, 2014). "Fargo Boss Breaks Down That (Very Familiar) Money Shot". TV Guide. Dicapai pada June 20, 2014.

Bacaan lanjutan

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]