Energy Star
Energy Star merupakan piawaian antarabangsa bagi peralatan elektrik yang cekap. Asalnya ia dibangunkan sebagai satu program kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 1992, tetapi kemudiannya ia turut diguna pakai oleh negara-negara seperti Australia, Kanada, Jepun, New Zealand, Taiwan dan negara-negara Kesatuan Eropah. Peranti yang mempunyai label Energy Star, seperti perkakasan dan persisian komputer, peralatan dapur, bangunan serta peralatan lain, mampu menjimatkan sehingga purata 20%-30% berbanding peralatan elektrik lain yang sejenis.[1] Walau bagaimappun, kebanyakan peralatan yang mensasarkan pasaran Eropah menggunakan piawaian berbeza iaitu Pensijilan TCO, satu sistem penarafan penggunaan tenaga dan ergonomik oleh Konfederasi Pekerja Profesional Sweden (TCO) berbanding Energy Star.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ {{Alena Tugend. "If Your Appliances Are Avocado, They're Probably not Green." New York Times. 10 May 2008. Accessed on 29 June 2008.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman web rasmi Energy Star
- Energy Star Australia Diarkibkan 2007-07-03 di Wayback Machine
- Energy Star Kanada Diarkibkan 2016-11-20 di Wayback Machine
- Pengira penggunaan tenaga elektrik
- Rencana mengenai Energy Star di Ecolabelling.org Diarkibkan 2008-02-01 di Wayback Machine
- Kecekapan Tenaga Diarkibkan 2008-04-03 di Wayback Machine Pecahan kos, penjimatan dan kecekapan tenaga bagi peralatan Energy Star
- Senarai Perkhidmatan Tenaga & Pembekal Produk dengan pengesahan Energy Star
- Contoh Penyedia Perkhidmatan dengan pengesahan Energy Star
- Spesifikasi komputer Energy Star 4.0 Diarkibkan 2009-02-27 di Wayback Machine
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.