Empayar Mexico Pertama
Empayar Mexico Imperio Mexicano | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1822–1823 | |||||||||||
| |||||||||||
Cogan kata: [Libertad, unión y religión] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ("Freedom, unity and religion") | |||||||||||
Ibu negara | Bandar Raya Mexico | ||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Sepanyol | ||||||||||
Agama | Katolik Rom | ||||||||||
Kerajaan | Raja berparlimen | ||||||||||
Maharaja | |||||||||||
• 1822-1823 | Agustín I | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
16 September, 1810 | |||||||||||
• Agustín I dari Mexico | 21 Julai 1822 | ||||||||||
• Kejatuhan monarki | 19 Mac 1823 | ||||||||||
Keluasan | |||||||||||
4,925,283 km2 (1,901,662 bt2) | |||||||||||
Mata wang | Real Mexico | ||||||||||
Kod ISO 3166 | MX | ||||||||||
|
Empayar Mexico Pertama merupakan nama rasmi bagi Mexico yang merdeka di bawah rejim monarki bermula pada tahun 1821 sehingga tahun 1823. Wilayah Empayar Mexico termasuk provinsi-provinsi Kewizuraian Sepanyol Baru serta bekas Pemerintahan Kapten Jeneral Guatemala. Selepas pengistiharan kemerdekaan pada 27 September, 1821, menjadi tujuan parlimen Mexico bagimewujudkan sebuah komonwel di mana Raja Sepanyol, Ferdinand VII, akan menjadi Maharaja Mexico, akan tetapi kedua-dua negara akan ditadbir oleh undang-undang yang berasingan dengan pegawai perundangan masing-masing. Sekiranya raja menolak kedudukan ini, undang-undang membenarkan ahli Kerabat Bourbon untuk menaiki takhta Mexico. Walau bagaimanapun, Ferdinand VII tidak mengakui kemerdekaan negara ini dan mengatakan bahawa Sepanyol tidak membenarkan mana-mana putera Eropah mengambil takhta Mexico. Berdasarkan permintaan Parlimen negara tersebut, Agustín de Iturbide dari Mexico ditabalkan sebagai Maharaja Mexico.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Jangka hayat Empayar Pertama Mexico adalah singkat, bertahan hanya selama lapan bulan bermula pada 21 Julai, 1822 sehingga 19 Mac, 1823, dan memiliki hanya seorang maharaja iaitu Agustín de Iturbide.