Dialisis peritoneum
Rencana ini perlu dirapikan bagi memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Masalah tertentu ialah: rapikan. (April 2013) |
Dialisis peritoneal | |
---|---|
Kepakaran | Nefrologi |
ICD-9-CM | 54.98 |
MeSH | D010530 |
Dialisis peritoneal (dalam bahasa Inggeris peritoneal dialysis, PD) adalah satu rawatan untuk pesakit penyakit buah pinggang kronik yang teruk. Proses ini menggunakan peritoneum di perut pesakit sebagai selaput bagi pertukaran cecair dan bahan-bahan terlarut (elektrolit, urea, glukosa, [[albumin] ] dan lain-lain molekul kecil) dengan darah. Cecair dimasukkan melalui tiub kekal dalam perut dan dibuang sama ada setiap malam ketika pesakit sedang tidur (dialisis peritoneal automatik) atau melalui pertukaran tetap sepanjang hari (dialisis peritoneal ambulatori berterusan). PD digunakan sebagai alternatif kepada hemodialisis walaupun ia adalah jauh jarang digunakan di kebanyakan banyak negara, seperti Amerika Syarikat. Ia mempunyai risiko yang setanding tetapi adalah jauh lebih murah di kebanyakan tempat di dunia, dengan kelebihan utama adalah keupayaan untuk menjalankan rawatan tanpa melawat kemudahan perubatan. Komplikasi utama PD adalah jangkitan disebabkan oleh kehadiran tiub kekal dalam badan. Dialisis peritonial merupakan prosedur yang menggantikan fungsi buah pinggang. Ia membuang lebihan air, bahan buangan, dan bahan kimia daripada badan. Dialisis jenis ini menggunakan dinding badan untuk menapis darah. Dinding ini dinamakan lapisan peritonial.
Amalan terbaik bagi dialisis peritoneal menyatakan bahawa sebelum dialisis peritoneal dilakukan, pemahaman pesakit proses dan sistem sokongan perlu dinilai, dengan pendidikan mengenai bagaimana menjaga kateter dan bagi menangani sebarang jurang dalam pemahaman yang mungkin wujud. Pesakit perlu menerima pemantauan berterusan bagi memastikan dialisis yang mencukupi, dan perlu selalu diperiksa untuk komplikasi. Akhir sekali, pesakit perlu dididik mengenai kepentingan kawalan jangkitan dan regimen perubatan yang sesuai ditetapkan dengan kerjasama pesakit.[1]
Kaedah
[sunting | sunting sumber]-
Penyambungan
-
Kemasukan
-
Difusi (segar)
-
Difusi (buangan)
-
Penyaliran
Prinsip
[sunting | sunting sumber]Prinsip bagi peritonial dialysis adalah sama dengan hemodialisis. Kedua-dua teknik dialisis ini membentuk terapi yang menggantikan buah pinggang yang bergantung kepada pergerakan pasif air dan bahan terlarut merentasi lapisan separa-tembus didalam badan. Walaubagaimanapun, proses dialisis peritonial adalah lebih lambat berbanding hemodialisis,ia merupakan proses yang beransur-ansur dimana lapisan semulajadi badan iaitu peritoneum digunakan sebagai lapisan gantian. Sebelum ini, pesakit terpaksa melalui penukaran cecair berulang kali dalam tempoh masa 8 jam dan ke atas setiap 3 hingga 4 kali seminggu. Oleh itu, pelbagai mesin dihasilkan bagi memudahkan proses ini. Bagi dialisis peritonial automatik, mesin dialisis tersebut perlu diletakkan pada pesakit selama 10 hingga 12 jam pada waktu malam.
Cara kerja
[sunting | sunting sumber]Cecair pembersih yang dinamakan cecair dialisis, dialirkan melalui tiub ke dalam badan pesakit.Lebihan cecair, bahan buangan dan bahan kimia dibuang melalui saluran darah yang halus pada lapisan peritoneal kedalam cecair tersebut.Selepas beberapa jam, cecair tersebut dialirkan keluar daripada badan dengan membawa bersama bahan buangan dari dalam darah. Kemudian, badan pesakit diisi dengan cecair dialisis yang bersih untuk proses pembersihan sekali lagi.
Langkah-langkah mengendalikan proses dialisis peritoneal automatik
[sunting | sunting sumber]Langkah 1: Kateter dialisis peritonial
[sunting | sunting sumber]Sebelum memulakan dialisis peritonial, jurubedah akan meletakkan tiub plastic (kateter) di dalam badan pesakit. Doktor mungkin akan member cadangan kepada pesakit untuk menunggu sekurang-kurangnya sebulan sebelum memulakan rawatan bagi memastikan kawasan kateter tersebut sembuh. Kateter peritonial tersebut akan diletakkan supaya keluar daripada badan di kedudukan beberapa inci daripada pusat. Kebiasaanya, pesakit akan menutup kateter tersebut dengan balutan steril.
Langkah 2: Menyediakan pemutar
[sunting | sunting sumber]Sebelum setiap sesi rawatan pada waktu malam, pesakit perlu meletakkan kaset kedalam mesin yang dipanggil pemutar automatik. Kaset ini terdiri daripada beberapa tiub yang bersambung ke beg cecair dialisis di dalam pemutar dan juga ke beg aliran steril. Semasa pesakit rehat atau tidur, pemutar tersebut akan mengisi badan pesakit dengan cecair dialisis yang membolehkan cecair tersebut mengalir di dalam badan kemudian keluar ke beg saliran steril yang dikosongkan pada waktu pagi.
Langkah 3: Menyambungkan ke mesin
[sunting | sunting sumber]Selepas mengisi tiub kaset dan cecair dialisis, pesakit perlu membersihkan tangan, menutup mulut dan hidup dengan topeng and memakai sarung tangan bagi mengelakkan kateter dialisis dan tiub tercemar.Kemudian, sambungkan kateter ke tiub yang bersambung dengan pemutar.
Langkah 4: Waktu rehat
[sunting | sunting sumber]Semasa rawatan dilakukan, pesakit boleh tidur atau berehat sementara pusingan pertama cecair dialisis masuk ke dalam badan.Dalam keadaan berbaring pesakit harus memastikan tiub dalam yang baik untuk mengalirkan cecair tersebut.
Langkah 5: Membuang sambungan
[sunting | sunting sumber]Selepas rawatan selesai kateter perlu ditanggalkan daripada mesin.Seperti langkah sebelum rawatan, pesakit perlu membersihkan tangan dan memakai topeng serta sarung tangan bagi memastikan bebas daripada bakteria pada bukaan kateter tersebut. Langkah 7 Menutup dengan penutup steril Apabila kateter ditanggalkan daripada mesin dialisis, pesakit perlu menutup penghujung kateter dengan penutup yang disteril untuk mengelakkan jangkitan. Rawatan selesai selepas mengosongkan beg saliran yang mengandungi cecair dialisis.
Jenis-jenis dialisis peritoneal
[sunting | sunting sumber]- Dialisis Peritoneal Ambulatori Berterusan (CAPD)
Dialisis Peritoneal Ambulatori Berterusan CAPD adalah kaedah yang tidak menggunakan mesin. Dilakukan 4 atau 5 kali sehari dengan meletakkan satu bag dialisat(lebih kurang 2 liter) ke dalam rongga peritoneal melalui katerer. Kaedah ini tidak mengganggu jantung, kontaminasi dengan hepatitis lebih kecil. Fungsi ginjal yang tersisa masih dapat dipertahankan, dan proses dialisis pun bekerja selama 24 jam sesuai dengan kerja ginjal secara alamiah. Selain itu,memudahkan pengendalian kimia darah dan tekanan darah. Kaedah CAPD ini juga bagi menjaga kebersihan lubang yang menghubungkan ginjal dalam perut dengan dunia luar, yaitu bekas cairan dialisat.
Keburukan CAPD adalah menimbulkan jangkitan pada rongga perut. Selain itu ,kaedah ini akan meningkatkan kadar lemak dan mengakibatkan kegemukan (obesitas), serta dapat menimbulkan hernia, serta sakit pinggang.
- Dialisis Peritoneal Kitaran Berterusan (CCPD)
Continuos Cycling Peritoneal Dialysis atau CCPD pula biasanya akan dilakukan di rumah dengan menggunakan sebuah mesin khas yang dipanggil sebagai cycler.CCPD adalah sama dengan CAPD cuma berbeza dari jumlah pertukarannya sahaja.Setiap pertukaran biasanya berlangsung selama 1 jam dan pertukaran berlaku sepanjang malam sedang tidur.
- Dialisis Peritoneal Automatik (APD)
Dialisis Peritoneal Automatik ialah mesin dialisis waktu tidur, 10 jam sepanjang malam. Di sini, pertukaran atau kitaran larutan dialisis dilakukan oleh mesin semasa tidur. Sebelum tidur, kateter akan disambungkan kepada mesin APD yang diletakkan berhampiran katil.
Semasa tidur, mesin APD akan mengawal ketiga-tiga fasa kitaran iaitu menyalur keluar larutan terpakai, mengisi larutan baru dan mengawasi masa larutan kekal dalam rongga peritoneum ketike masa penghantaran.Pada waktu pagi, mesin akan melakukan isian terakhir bagi kebanyakan pesakit. Ini bermakna, larutan yang dimasukkan kekal dalam rongga peritoneum sehingga waktu tidur atau pertukaran seterusnya.
Teknik-teknik yang digunakan dalam dialisis peritoneal
[sunting | sunting sumber]Dialisis peritoneal intermittent manual
[sunting | sunting sumber]Intermiten manual merupakan teknik yang paling sederhana dan adalah sebuah kantong berisi cairan yang dipanaskan pada suhu yang sesuia untuk badan , kemudian cairan akan dimasukkan ke dalam rongga peritoneum selama 10 minit dan dibiarkan untuk 60-90 minit, kemudian dikeluarkan setelah 10-20 minit.Keseluruhan prosedur memerlukan sekurang-kurangnya 12 jam.keutamaan mengunakan teknik ini untuk mengatasi kegagalan pada ginjal akut.
Dialisis peritoneal intermittent dengan pemutar automatik
[sunting | sunting sumber]Suatu alat secara automatic yang akan mengalirkan cairan ke dalambahagian badan dan keluar dari rongga peritoneum. Biasanya alat pemutar dipasang pada waktu tidur sehingga proses dialisi berlaku pada pesakit sedang tidur.proses ini harus dilakukan selama 6-7 malam/minggu.
Dialisis peritoneal berpindah-pindah secara berkesinambungan
[sunting | sunting sumber]Teknik ini menjadikan Cairan dibiarkan di dalam perut dalam waktu yang lama, dan dikeluarkan serta dimasukkan lagi sebanyak 4-5 kali/hari.Cairan dikemas dalam bekas polivinil klorida yang dapat dikembang dan seterusnya dikempiskan. Jika kosong, bekas ini boleh dilipat tanpa membuatkan dari selang.Biasanya cairan harus diganti sebanyak 3 kali, dengan jarak waktu 4 jam atau lebih. Setiap pergantian memerlukan waktu 30-45 minit.
Dialisis peritoneal yang dibantu oleh pemutar secara terus menerus
[sunting | sunting sumber]Teknik ini menggunakan pemutarautomatik untuk menjalankan pergantian singkat ketika tidur pada waktu malam, manakala pergantian yang lebih lama dilakukan tanpa pemutar pada siang hari.Teknik ini bertujuan bagi mengurangkan jumlah pergantian pada siang hari tetapi pada malam hari pesakit tidak dapat bergerak secara menyeluruh kerana alat yang digunakan adalah praktikal .
Pesakit yang tidak boleh melakukan rawatan dialisis peritoneal
[sunting | sunting sumber]- Pesakit yang menderita infeksi dinding perut
- Pesakit yang memiliki hubungan abnormal antara dada dan perut
- Pesakit baru saja menjalani pencangkokkan pembuluh darah buatan di dalam perut
- Pesakit memiliki luka baru di perut.
Kelebihan PD
[sunting | sunting sumber]- PD merupakan rawatan yang ringkas, mudah dan senang dilakukan sebagai terapi di rumah.
- Kadar kematian untuk pesakit yang dirawat dengan PD lebih rendah daripada pesakit yang dirawat dengan HD pada beberapa tahun permulaan selepas menjalani rawatan.
- Kebiasaanya digunakan untuk pesakit yang menunggu untuk renal transplant.
- PD lebih selamat digunakan untuk pesakit yang tidak menghidapi penyakit diabetis dan pesakit muda yang menghidapi penyakit diabetis mellitus.
- Hasil rawatan PD lebih effektif dan lebih baik untuk pesakit kronik berbanding HD.
- Jangkitan semasa rawatan untuk PD jarang berlaku.
- Jangka masa rawatan PD adalah pendek berbanding HD
Kelemahan PD
[sunting | sunting sumber]- PD tidak sesuai digunakan untuk pesakit tua yang menghidapi penyakit diabetis mellitus.
- Kadar pengaliran untuk mencuci buah pinggang adalah perlahan.
Komplikasi dialisis peritoneal
[sunting | sunting sumber]- Peritonisis
Ialah jangkitan serius pada perut yang terjadi ketika pembukaan di mana katerer memasuki tubuh pesakit telah dijangkiti.Tanda-tanda berlakunya peritonisis ialah berlakunya demam,warna yang luar biasa atau kekeruhan dari cairan yang digunakan dan kemerahan atau rasa sakit disekitar kateter.
Cara-cara mengatasi Pesakit yang mengalami tanda-tanda peritonisis harus segera memaklumkan kepada doktor bagi memudahkan doktor memberikan rawatan yang sesuai dan segera apabila berlakunya peritonisis ketika menjalani rawatan peritonial dialisis .Selain itu,pesakit perlulah mematuhi setiap prosedur rawatan yang telah ditetapkan.Seterusnya, komplikasi peritonisis boleh diubati dengan menggunakan antibiotik yang diberikan doctor.
- Tranplantasi buah pinggang
Komplikasi umum yang mungkin juga berlaku kepada mereka yang menjalani pemindahan buah pinggang ialah penolakan buah pinggang.Biasanya penolakan tersebut ialah disebabkan oleh pesakit tidak mengambil ubat yang telah diberikan oleh doktor.Terdapat ubat yang dapat mengelakan penolakan buah pinggan akan memberikan kesan sampingan dari penggunaan ubat ini ialah pesakit akan mudah terdedah kepada jangkitan penyakit lain kerana sistem kekebalan tubuh telah menjadi lemah.
Cara-cara mengatasi Oleh itu,sebaiknya berbincanglah dengan doktor anda mengenai rawatan bagaimanakah yang paling sesuai kepada anda dan tentang komplikasi yang mungkin akan berlaku dari setiap jenis rawatan yang akan anda lakukan.Selain pada itu,apabila berlakunya penolakan buah pinggang kepada pesakit,seterusnya pesakit terpaksa kembali menjalani rawatan dialisis. Bagi mengelakkan berlakunya penolakan buah pinggang,doktor anda akan sertakan sekali sejenis ubat yang dinamakan sebagai imunosupresan.Ubat jenis ini berfungsi sebagai ubat yang melemahkan sistem kekebalan tubuh sehingga dapat mencegah dari berlakunya penolakan buah pinggang.
Diet pemakanan untuk pesakit yang menggunakan rawatan dialisis peritoneum (PD
[sunting | sunting sumber]Menurut pakar pemakanan Universiti Perubatan Antarabangsa, Dr Winnie Chee, diet untuk pesakit yang menggunakan rawatan jenis PD agak kurang berbanding pesakit yang menggunakan rawatan jenis hemodialisis (HD). Ini adalah kerana tahap kalium, garam dan bendalir dalam badan lebih rendah disebabkan pertukaran kerap menerusi PD. Jadual di bwawah menunjukkan diet pemakanan yang disyorkan oleh Dr. Chee:
Penutup
[sunting | sunting sumber]Rawatan untuk masalah kegagalan buah pinggang boleh menyebabkan berlakunya komplikasi yang memerlukan kepada rawatan segera. Tiga pilihan rawatan sudah disediakan kepada mereka yang buah pinggangnya telah benar-benar hilang fungsi sepenuhnya.Ianya ialah hemodialisis,peritonial dialisis dan transplantasi. Sedangkan pada metode PD, darah tidak dikeluarkan dari dalam tubuh. Proses pembersihan dilakukan di dalam rongga perut (peritoneum), dengan memasukkan cairan dialisat ke dalam rongga itu. Cairan ini dibiarkan selama empat hingga enam jam hingga akhirnya dikeluarkan kembali.
Lihat Juga
[sunting | sunting sumber]- Mata bionik
- Hemodialisis
- Dialisis
- Jantung
- Otot rangka
- Abdomen
- Bioteknologi
- Arteri
- Daya tahan kardiovaskular
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Wood, M (2008-08-01). "Nephrology Nursing Standards and Practice Recommendations" (PDF). Canadian Association of Nephrology Nurses and Technologists. Dicapai pada 2010-09-08. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)